Hahaha.. tajuk pon mengundang sangat niiii
OK meh aku nak explain seringkasnya.
Pertama, ekzema ni kebiasaannya dia paling alah kepada makanan laut dan kekacang. Jangan la makan dua benda ni. Kau makan jugak, nanti rasakan lah menggaru tengah-tengah malam sampai boleh berdarah lekat kat cadar. Pagi esok nak mandi menjerit pedih.
Paling kesian kalau yang ekzema tu anak-anak kecik umur tiga pat tahun. Dorang mana tahu apa nak kena pantang kan. Asalkan sedap, kau jamu apa pon semua dorang makan. Paling kesian waktu tidur malam. Garu sana-sini. Aku tau la aku kecik-kecik dulu pernah rasa. Sampaikan mek aku dah takde cara nak tolong, dia suruh aku cuci kaki dengan air panas suam sebelum tidur. Lepas tu dia sapu ubat apantah. Baru aman tidur ku.
OK sambung pasal susu kambing.
Protien dalam susu kambing takkan merangsang ekzema jadi makin gatal pon. Malahan, kalau baca kat laman web kesihatan, susu kambing mampu bantu melegakan ekzema kerana dalam protien susu kambing ada riboflavin yang merawat simptom ekzema, asma, insomnia malahan demam kuning sekalipon.
So, kalau korang minum susu kambing vitamilk tapi tetap juga ada simptom ekzema makin galak gatalnya, cer check jugak faktor lain.
Contohnya persekitaran lembab ke. maklum la sekarang ni hujan kan. So kaki kau basah kena air hujan bercampur lumpur dan sedikit sisa taik kucing hahaha..
Tak pon bilik kau berhabuk ke, itu boleh menjadi asbab ekzema susah nak baik. Espacially kalau rumah depan jalan raya tu kan. Habuk dan jalanraya berpisah tiada.
Boleh jadi jugak sebab pemilihan sabun mandi yang salah. Orang ada ekzema, biasanya doktor suruh dia guna sabun mandi yang takde buih besar-besar. Sabun biasa-biasa kebanyakannya ada SLS, SLS ni la yang buatkan sabun tu berbuih-buih. Buih tu fungsinya untuk tarik minyak di permukaan kulit. LAgi banyak buih, lagi banyak minyak dia tarik, lagi kering kulit kau nanti. Bila kulit makin kering, lagi marah la ekzema. Lagi gatal jadinya.
Sebab tu orang ada ekzema kena guna sabun mahal hahaha, sebab kebiasaannya sabun mahal takde SLS
Mengada-ngada kan. Kalau lahir-lahir jadi anak orang kaya takpe jugak. Macam aku ni anak penoreh getah je. Dedulu nak beli lauk dapur pun susah, inikan pulak nak beli sabun mahal untuk aku buat mandi. Apekahh
Jadi, cuba check dan amati betul-betul apakah punca ekzema kau bertambah galak. Sebab mengenalpasti punca sebenar adalah sangat perlu untuk mencari kaedah rawatan terbaik.
Sejak zaman nenek moyang kita dulu, dorang dah tahu akan khasiat susu kambing. Dorang akan usaha cari susu kambing untuk rawat ahli keluarga yang mengalami masalah demam kuning, ekzema mahupun lelah.
Hamis pun dorang paksakan jugak kau minum hahaha..
** Testimoni Vitamilk **
Tengok ni haa.. dah kering ekzema anak dia sejak amalkan minum susu kambing vitamilk.
Siapa ada ekzema, memang takleh elak.
Kena jaga makan.
Kena extra jaga kebersihan. Habuk-habuk ni dia marah
Kena pakai sabun mahal buat mandi.
Agithuuuuh..
Siapa nak try vitamilk, boleh wasap nombor kat bawah ni k
012-931 1015 - kak ila kamu.. hikhik
Sekian,
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku.