Tapi kebanyakan adalah sebab seller!
This is true. Aku kadang heran kenapa ada antara pembeli vitamilk lepas beli, akan bagi bad review kat produk.
Bila aku fikir balik aku dapati :
Kebanyakan seller masih muda, rata-rata umur belasan atau baru awal 20an. Kebiasaan seller peringkat umur ni masih baru lagi, baru nak belajar berniaga, kesabaran kurang, pendek kata belum matang lagi.
Bukan la aku nak kata semua sama, cuma KEBANYAKAN nya macam tu lah. Kurang sabar. Customer pon rata-rata dari umur dorang jugak. Iye la kan, kalau seller ni umur 20 katakan, sudah tentu dia punya crowd di instagram ke di tiktok ke, umur-umur baya dia jugak. Jadi tahap degil pon sama hahaha
Ni bukan aku reka-reka sendiri tau. Ni dari pemerhatian sendiri.
Jenis tak sabar satu hal, jenis mudah terpengaruh pun satu hal jugak. Pantang ada isu pada produk, dia terus percaya. PAstu murung. Pastu tukar jual produk lain pulak. Bila produk yang dia jual tu pon ada isu, dia murung lagi, tukar jual produk lain lagi. Macam tu la ulang-ulang-ulang, sampai abang jamil mampos hahaha. Padahal produk tu elok je takde masalah pon. Yang mencipta masalah tu manusia yang berkepentingan. Aku dah masak dah dengan semua permainan ni.
Ada satu kes tu. Katanya dia belikan mak dia vitamilk. lepas tu mencanak tekanan darah mak dia naik. Pastu salahkan vitamilk. Aku baca nak tergelak.
Apeeee daaa..
Ntah-ntah mak dia makan durian pon kita tak tahu. Sekarang kan musim durian. Sep-sep hantu durian tu mampu ke tengok saja? Tak pon sejenis yang suka makan benda manis.
Bukan nak pertahankan vitamilk, kalau memang di diagnos oleh doktor kata darah naik sebab minum vitamilk, takpe la aku faham.
Ni tak, pandai-pandai buat andaian, siap bagitahu dah campak vitamilk dalam tong sampai. adududu.. kot taknak minum vitamilk dah, takpe. Minum la minuman yang awak biasa minum dulu-dulu tu semula.
Takpe.
Takde paksaan pon. Cumanya agak annoying bila ada cubaan untuk hasut orang lain supaya tak minum vitamilk jugakk. Sejenis penyakit hati.
Ada satu kes lagi, minum vitamilk lepas tu datang bulan darah keluar berketul-ketul. Terus bimbang, terus wasap seller tanya kenapa darah period saya keluar ketul-ketul. Seller pun cuak tak tau nak jawab apa, dia screen shot masuk dalam group nak mintak tolong jawapkan.
Dari screen shot tu didapati customer tu hanya bagitau dia period 20/6/2021 - 28/6/2021. Darah period berketul. Bila bilang, total days period 9 hari, dimana bagi aku normal la. Tak dinyatakan pulak adekah 9 hari tu darah berketul? atau hanya 3 hari pertama je berketul. Kalau hanya 3 hari pertama darah keluar berketul, itu normal. Darah haid aku pon berketul pada 3 hari pertama.
Malahan kalau customer tu sejak akil baligh darah haid keluar jenis tak berketul, and bila minum vitamilk baru berketul, wahhh.. aku kira vitamilk adalah sangat bagus!
Darah haid yang sihat memang sepatutnya berketul kan. Sila tanya doktor, atau baca kat laman web sakit puan tengok.
Kalau ketulan darah tu tak keluar habis, tertinggal di dinding rahim, kemungkinan akan dapat masalah keputihan. bau busuk macam ikan masin jeruk. Silap haribulan spender kau boleh berlubang sebab vagina kau berasid. So kalau asbab minum vitamilk mampu keluarkan ketul-ketul darah haid, teruskanlah minum k. Takde apa nak dirisaukan pon. Vitamilk kan minuman kesihatan.
** Testimoni Vitamilk **
Selama ni tiap-tiap pagi minum teh tarik kan? Haa.. apa kata cuba tukar minum vitamilk tarik pulak. Tengok abam macho ni, kulit makin sihat jerawat makin hilang, tona kulit pon makin cerah, cerah dia seluruh badan tau, bukan kat muka je. Asbab konsisten minum vitamilk. Dah habis 7 botol dah.
Vitamilk ni susu kambing.
Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Kalsium dah tentu ada. Diformulasi pulak dengan vitamin C. Musim-musim macam ni orang memang cari produk yang ada sumber vitamin C. Untuk kuatkan imun system.
Nak try, boleh roger nombor kat bawah ni
012-931 1015 - kak ila ngko hehe
Yang nak join agen pon di alu-alukan.
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku