Wednesday, 27 May 2020

Kak Ila, Boleh Ke DG Skincare hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata?

Aku jarang-jarang dapat juga soalan ni. 
Tak selalu, tapi sepanjang aku jual DG dah masuk 4 tahun lebih ni ada la tiga pat orang customer tanya. 
Biasanya aku jawab TAK BOLEH.  
Basically memang tak boleh pon. 
Kebiasaannya lingkaran bawah mata ni bukan masalah kulit. 
Ianya sangat berkait rapat dengan cara hidup kita. 
Biasa terjadi disebabkan kurang tidur, selalu guna komputer / laptop / handphone secara kerap. 
Dah la kerap, lama pulak tu mengadapnya. 
Lagi satu sebab pengambilan ubat-ubatan. 
Kalau kau sejenis burung hantu selalu berjaga lewat malam dan kurang tidur, cuba ubah cara tidur. 

Pastikan tidur awal dan tidur secukupnya. 
Insya Allah lingkaran bawah mata tu nanti hilang. 
Jangan pulak pergi tidur dari pukul 10 malam sampai esoknya orang dah azan Asar kau tak bangun-bangun pulak. Nanti mata jadi bengkak dan lebam semula. 

Suatu ketika dulu aku pernah dapat wasap pertanyaan dari salah seorang customer. 
Dia nak pakai set DG sebab nak hilangkan lingkaran bawah mata ni la. 
Bila aku explain, baru dia cakap yang dia ada makan ubat. 
Aku tak ingat ubat sakit apa. 
Darah tinggi ke kencing manis lupa dah. 
Oleh kerana dia memang tak boleh tinggal ubat, lama-kelamaan bawah mata dia jadi gelap lebam. 
Tu yang dia nak try DG. 

Aku memang cakap terus terang je. 
Kalau puncanya dari ubat, DG takkan dapat bantu.
Supaya customer faham sejelas-jelasnya. 
Kalau dia nak beli juga nak cuba juga, setidak-tidaknya dia aware bahawa kulit dia boleh cerah, kusam boleh hilang. Tapi lebam bawah mata akan kekal di situ. 
Kalau dia taknak beli, pon tak mengapa pada aku. Daripada berbohong semata nakkan sale tapi end up produk tu tak dapat memenuhi janji (menghilangkan lingkaran bawah mata tadi), tak ke lagi naya. Naya kat pembeli. Naya juga kat kita sebagai penjual. Keberkatan takde.

Nak tahu kenapa aku jual DG dan masih jual walaupon dah 4 tahun. dah la dengan macam-macam rintangan? 

Sebab DG ni menunaikan janji. 

DG kata kalau pakai konsisten, kulit kusam boleh cerah dan naik seri. Memang betul.
Kulit jerawat boleh dirawat dan kembali licin bersih. Memang betul.
Yang kulit jeragat DG tak pernah kata jeragat mampu hilang selepas sekian sekian hari. 
Walaupon memang ada jenis jeragat yang bila pakai mampu hilang, namun DG hanya claim mampu pudarkan jeragat je. 
Konsep dia jangan janji bintang dan bulan kalau tak mampu ditepati. 
Jangan overclaim. 

Rezeki ni kurniaan Tuhan. 
Kalau kita jujur beri maklumat tentang produk, kalaupun customer nan satu tu hilang, pasti Tuhan kirim berpuluh-puluh lagi customer yang baik dan tak cerewat datang cari kita nak beli DG.                            

Agithuuuu


Terpegun tak? macam budak sekolah pulak sejak naik kulit bersih ni kan? haha

Nak try Diamond Gold Skincare?
Meh roger nombor ni
012-931 1015 - kak ila awak hikhik

Sekian
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku





Wednesday, 6 May 2020

Hari Pertama Berkerja Setelah 49 Hari #Dudukrumah

Alhamdulillah.. sejak PKP dikuatkuasakan pada 18/3/2020 tempohari, akhirnya hari ni bos aku dah bukak semula ofis. 
Semua dah kena masuk kerja. Hari pertama takde apa sangat nak buat. 
Bersembang je dari pagi sampai balik kerja. Macam-macam kisah oii. 

Pasal kerja sekolah anak-anak yang bertimbun hingga mak-mak stress. Ni aku pun stress ye. 
Nak-nak pulak anak-anak jenis degil taknak belajar macam anak aku tu. Dan paling sadis subjek bahasa Arab. Nanges oiii.

Pasal kena bayar yuran taska FULL walaupon tak hantar anak. Kesian jugak kalau kena bayar full.
Nasib baik la anak-anak aku dah tak duduk taska / transit sejak awal tahun ni. 
Dorang duduk transit sekolah agama. Jimat kat situ.
Yuran van sekolah anak-anak pun bulan ni kena bayar separuh je. Nasib baik sangat-sangat. 
Officemate aku sorang ni taska kena bayar full, yuran van pun kena bayar full. 
Merungut jugak la dia. Nak-nak pulak bila aku cerita aku hanya bayar yuran van separuh je. 
Aku rasa patutnya pengusaha van mahupon taska/transit ni cas separuh pon dah ok, dengan andaian takde kos diesel untuk khidmat van sekolah. 
Dan takde kos bahan makanan untuk kos taska / transit. 
Apa salahnya kalau mintak bayaran separuh je kan. 
Bukan awak sorang derita. Orang lain pon ada kisah derita masing-masing, cuma tak beritahu sesiapa je. 
Macam aku ni. Bulan March punya gaji semua staff bos potong 20%. Yang manager level bos potong 50%. 
Suka ke tak suka ke, tetap kena redho. 

Pasal apa lagi tajuk bersembang.
Oh ye, pasal masak memasak.
Sejak PKP ni ramai dah yang pandai masak makanan yang sebelum ni tak pernah buat. hahaha

Aku yakin di luar sana, ada segelintir keluarga yang terselamat dari cerai berai dek kerana tak dapat keluat semasa PKP.
Ehh tahu tahu tahun depan bakal timab anak baru hahaha.

Sekian bebelan.

**  Testimoni Diamond Gold Skincare ** 





Oh ya.
Kakak awak ni masih aktif jual Diamond Gold Skincare tau. 
Dulu kakak mini stokis je hikhik. 
Sekarang kakak maju selangkah jadi stokis pulak. Boleh wasap kalau nak try. Nak jadi agen pon boleh.

Wasap je 012-931 1015 - kak ila 


Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.