Dua minggu sudah, 29/12/2017 kitorang bawak mek makan steamboat kat Shah Alam. Seingat aku, mek belum pernah lagi masuk makan kat kedai yang ada dapur tengah-tengah meja, pastu nak makan masak sendiri berkonsepkan celop-celop ni. Ntah la boleh masuk ke tidak dengan anak tekak dia. Aku pun firstime jugak Ngah bawak ke sini. Nasib baik masa aku sampai tu, ada disediakan nasi goreng, tapi sikittt lagi nak habis. Cepat-cepat aku ambik untuk mek takut mek tak selera nak makan makanan lain. Kalau nasi, memang takkan tolak lah dia. Ada satu tray mee goreng kat sebelah tray nasi goreng tapi dah kosong.
Masa kitorang sampai tu sedang azan Isyak. Oleh kerana meja kitorang betul-betul bersebelahan dengan port makanan, jadi memang meriah lah meng-angkut bahan nak dicelop. Mek aku ni banyak benda dia tak makan, kambing tak makan, daging lembu pun tengok keadaan jugak. Malam tu dia tak jamah pun daging grill sebab dia takut tertukar dengan kambing. Fish fillet pon dia tak lalu. Yang dia laju makan hanyalah udang dan kupang. So aku pun ambik udang lebih sikit untuk dia. Aku siap pesan lagi, "mek, kedai ni kita bayar sekali masuk, makan sikit ke makan banyak ke memang sama je harga dia. RM20 seorang". Nampaklah banyak sikit dia makan HAHAHA.
"Ambik gambar mek tengah makan sedap ni, pastu tunjuk kat Jani" HAHAHA maka terhasillah gambar ni |
Kedai ni bagi aku murah. Dan aku yakin orang lain pon rasa kedai ni murah dan sangat berpatutan. Sebab tu setiap malam minggu pelanggan penuh hingga terpaksa tunggu baru dapat meja.
RM20/head dewasa
RM11/head kanak-kanak 7 tahun hingga 12 tahun.
RM15/head warga emas.
Mek dicas harga warga emas.
Untuk sup steamboat, kitorang pilih rasa tomyam. OK la tak pedas mana pon.
Lepas dah kenyang mentekedarah, kitorang pon balik. Dalam perjalanan, mek bagi feedback. Katanya kat sini sedap. Sup (tomyam) pon sedap katanya. rasa manis-manis je. Aku dengar tu macam, wahhh mek bagi komen ni. jarang la mek nak komen tentang tempat makan jika aku tak tanya.
Jadinya, Sabtu malam lepas (13/1/2018) kitorang repeat datang sini balik. Sebab esoknya (Ahad) mek dah nak balik kelantan. Balik dengan Jani. Dah lama mek request kitorang suruh belikan dia tiket bas, tapi sorang pon taknak layan HAHA. Bukan apa, mek sekarang kerap kencing. Naik bas mana boleh berhenti-berhenti semata nak layankan mek nak kencing. Jadi Jani suruh tunggu, balik je dengan dia.
Mula-mula tu macam nak pergi makan pizza kat Hermanos je tapi memandangkan mek pernah puji Capsicum sedap, jomlah kita bawak mek makan situ je. Aku ajak adik aku Jani join sekali. Jani ni pun selera dia macam mek jugak. Banyak benda dia tak makan. Kambing tak makan, fish fillet pon dia tak makan. Cuma tak seteruk mek.
Kali kedua kesini, aku pilih kuah sup memandangkan dulu dah try tomyam. Konon sup langsung tak pedas so anak-anak boleh hirup. Sekali kurengggg la. Tomyam lagi sedap. Mek pun cakap kuah tomyam lagi sedap. Ngah pon cakap rugi kita pilih kuah sup. Habis tu? kalau kita tak pilih sup, kita takkan tahu la yang tomyam tu lagi sedap, kan?
Dua beranak bergurau |
Dapat meja palingggg hujung paling jauh dari makanan. Dah la menunggu meja pun dekat setengah jam. Padahal datang lebih awal dari masa kitorang datang dulu. Naik melas aku sikit-sikit nak punggah lauk, sikit-sikit nak ambik aiskrim. Pastu sikit-sikit nak tambah kupang. Tu yang aku makan je apa yang Ngah bawak. Sos pon makan je apa yang Amir bawak. Malas aku nak gi pilih sendiri.
Ok la habis dah cerita makan. HAHAHA penutup yang sangat tiba-tiba.
** Testimone Diamond Gold Skincare **
"Sejak pakai DG, kulit makin licin dan cerah, hinggakan mak pon terliur nak pakai jugak hihi"
Nak order Diamond Gold Skincare?
Wasap ke nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko
Sekian,
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku