[Entry ni sebenarnya aku taip pada hari selasa 4/7/2017, yakni hari pertama aku masuk kerja selepas cuti hari raya. tetapi aku tak publish memandangkan aku nak tepek gambar kat sini, tapi gambar pulak belum transfer ke PC]
sekarang baru sempat boh gambar.
tapi berterabur. lantak situlah. haha
so korang baca je lah
**************************************************************
hari ni mood adelah lemau selemau lemaunya.
almaklum la baru hari pertama masuk kerja selepas 10 hari berada kat kampung halamanku, Kelantan terchentaa.
masuk kerja pagi ni tengok-tengok selonggok dokumen atas meja.
tak tahu nak sentuh mana satu. huhu
sebelum rayanya tu..
kamis aku masih kerja full day.
ngah pulak kerja halfday aje. katanya tengahari tu nak gi servis kereta jap.
aku tanya jugak dia, nak aku kerja halfday jugak ke? mana tahu kan, kot-kot setel awal, boleh bertolak awal.
dia kata takyah lah. kerja je macam biasa.
kak ita ofimet aku; dia pun cuti sama dengan aku.
start cuti pun sama, naik kerja balik pon sama. dah la dua-dua pon balik kampung sama.
KELANTAN.
kak ita buat plan, ajak aku sekali, masuk bilik HOD, mintak nak balik awal.
dalam pada takut-takut tu, aku pun ikut je la mengadap HOD.
sekali dia izinkan ngko!
dapatlah kami balik pukul 3 petang kamisnya tu.
dekat-dekat nak balik dah pun, tiba-tiba dapat wasap sorang customer nak order DG loose item.
i is sukaaaa...
sampai rumah, terus bungkus parcel nan seketul itu.
beg pakaian semua ngah dah masukkan dalam kereta dah.
setel semua, kami pun gerak keluar dari rumah, singgah pejabat pos mini, pastu terus balik kelantan.
jem?
jem la jugak, tapi tak teruk mana.
pagi masa nak gi kerja tu, aku ada dengar petua elak jem dari seorang pemanggil era.fm.
dia ajar, dalam perjalanan, waktu orang berhenti bukak puasa tu, kau jangan berhenti.
teruskan je perjalanan.
hingga rasa-rasa dah setengah jam macam tu, baru singgah mana-mana untuk makan solat semua.
so ngah pun try cara tu.
berkesan weyhh!
kereta tu memang banyak atas jalan.
tapi takde la sampai berhenti takleh gerak.
kami berbuka puasa dalam kereta dengan kurma, roti gardenia dan air mineral je.
dah sampai bentong baru cari kedai makan.
kami bertolak dari rumah pukul 4petang macam tu. sampai rumah mek aku kat kelantan pukul 3pagi.
Ini driver. dia ni sampai-sampai je pukul 3 pagi tu terus lena. aku kejut sahur pon tak sedar langsung. |
Ni aktiviti petang Jumaat. 3 ekor ayam kampung organik (amboi) yang peliharaan mek, disembelih untuk juadah berbuka dan untuk dimasak rendang untuk pagi raya |
selesai mencabut kesemua bulu, ayam perlu dilayurkan diatas api untuk memastikan semua bulu-bulu yang halus terbakar semuanya. setelah itu, ayam boleh dipotong dan dibersihkan |
Bulu ayam yang kelihatan sikit-sikit ut bolehlah dikikis keluar supaya lebih bersih. |
tahun ni tema baju raya warna pepel.
warna ni dipilih oleh amir si anak sulung.dah aku ngan ngah pun buntu tak tau nak beli warna apa.
pepel pon cantik jugak. eh semua warna pun cantik lah haha.
tahun ni pun aku tak boleh sembahyang raya.
pagi raya tu aku bangun awal untuk siapkan meja makan.
lepas tu nak mandi sunat hari raya. nak solat hari raya Aidilfitri.
tapi tengok-tengok dah period.
sudahnya pagi raya tu aku ikut ngah, anak-anak dan mek ke masjid, tapi aku tunggu je dalam kereta.
gambar selfie dalam kereta. sambil baringkan seat konon nak nyorok. iyelah, sorang lalu pandang, sorang lalu pandang. segan la i. |
aktiviti cuti raya pun padat jugak.
sebab juer, anak kedua kak yah kawin pada malam raya pertama tu.
oleh itu, persiapan lauk pauk raya kat rumah pun takde.
rumah mek, aku hanya masak rendang ayam kampung 2 ekor.
mek masak pulut kuning. pagi raya tu kita cicah je pulut kuning tu dengan rendang ayam.
rumah kakyah, takde langsung lauk raya.
hanya beberapa cucuk satey je. buat satey tu pun dek kerana orang tempah je.
hat lebih beberapa cucuk tu la buat makan pagi raya.
sebab tak masak tu, ialah tengahari tu dah nak bertolak ke homestay tumpat (rumah tumpangan untuk pihak pengantin lelaki yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan).
nak elak jem punya pasal, pukul 2.30 petang raya tu dah bertolak ke tumpat.
malamnya akad nikah.
percubaan tuan tanah untuk dapatkan angle dagu runcing nampaknya hampir-hampir berjaya kahkahkah |
sementara tunggu yang lain-lain bersiap untuk bertolak ke masjid untuk majlis akad nikah. |
selesailah majlis akad nikah. |
esoknya raya kedua, majlis sanding pulak.
Amboi anak aku, selamba duduk kat tengah-tengah ruang |
ni gambar aku tangkap semasa perjalanan balik Machang. difahamkan seberang sungai tu adalah negara Thailand. |
selesai majlis sanding, gerak balik ke Machang pukul 4petang.
sampai rumah dah 5lebih.
malas nak masak dah penat sangat, malamnya tu kami bawak mek makan mee celop Batu 30.
esoknya pulak; raya ketiga, adalah hari sambut menantu rumah kakyah.
pagi-pagi subuhaku dan ngah dah bangun.
kami kena jadi tukang bawak kak yah dan Acik (tukang masak lauk kenduri) gi pasar borong Tanah Merah.
kat pasar borong Tanah Merah |
selepas membeli sayur semua tu dalam pukul 8.30pagi jugak la baru sampai rumah.
terus siang-siang sayur nak masak dalca.
bawang halia semua tu kak yah dan anak-anak dia dah setelkan malam sebelum kenduri lagi.
kumpulan lelaki pulak potong daging nak masak kerutuk.
penat memang penat.
tapi seronok sebab bila kita adakan kenduri, orang kampung ramai datang.
time tu la kita boleh jumpa kawan-kawan dan sedara mara yang lamaaaa tak jumpa.
Cucu ke 4 kak yah. Adli |
cucu ke 5 kak yah. Adib. adik Adli |
dari kiri : tuan tanah, Ida dan adiknya Norzi, dan Dania |
dari kiri : tuan tanah, norzie, dania, ida dan anak ida, nama dia aku lupa |
Mek La dan Norzie |
Amin dan isterinya Jemmah, dan tuan tanah |
Norlin dan anaknya. Belakang Norlin tu mak dia. mak dia sepupu aku |
Ngah dan anak Zemi @ De. Anak sedara terbaru. Aira Aina namanya |
dan pengantin pun sampai |
Pengantin disambut dengan persembahan silat. Lepas silat baru di iring ke meja makan. |
Raya ke empat.
hari ni lah baru nak keluar beraya pun.
Tengahari, ikut Ngah beraya ke kota bharu rumah kawan skolah dia.
tapi sayangnya kawan dia baruuuu je gerak balik kl.
tinggal mak dia sorang je kat rumah.
ni antara rumah wajib pergi setiap kali raya ke kota bharu.
lepas tu, kami ke rumah biras aku; Zura.
nama kampung aku lupa.
tapi rumah dia memang bertentangan je dengan Cerana Resort Pengkalan Chepa tu.
kat rumah ni setiap kali datang memang dijamu nasi.
tak pernah lapar kalau datang sini.
kalau ikutkan aku, segan sangat dengan keluarga zura ni sebab mak dan ayah dia baikkk sangat.
mak dia pun lembut je, kecik pun kecik orang nya
hebat memasak. ada kedai makan yang hanya dibukak untuk sarapan pagi sahaja.
kadang tu aku curik jugak rahsia gulai dia sedap lain macam.
pastu balik kl aku praktis. tapi masih belum rasa puas hati.
Sedang panaskan enjin kereta. boring menunggu, kita wefie dulu pat belas das. nak ke rumah Pakde Uji. Mek ada je kat belakang tu. tak nampak. |
itu cerita tengahari.
cerita belah pagi takde ke?
ADAAAAAA...
tapi aku lupa pagi tu aktiviti apa.
belek gambar-gambar kat phone baru perasan ada gambar ni.
Kebanyakan YB PAS mesti kediaman dia berdekatan dengan surau atau masjid atau markas ilmu. Lokasi majlis rumah terbuka ni berdekatan je dengan PASTI Kg Kaabah ni. |
belah petang pulak bawak mek gi kampung chewal.
sebab dia nakkk sangat melawat sedara dia yang baru kematian anak lelaki.
sedara mek aku ni aku panggil Pakde Uji.
Pakde Uji ni baru je kehilangan anak lelaki dalam kemalangan beberapa hari sebelum puasa.
mek aku susah nak ke rumah dia sebab takde transport.
tu pasal la kalau aku balik, macam-macam tempat dia mintak aku bawakkan.
Pakde Uji ni memang kesian.
masuk anak dia yang kali ni, dah 3 anak lelaki dia mati di usia muda.
anak dia semua ada 6 orang.
yang sulung perempuan. pastu yang lain-lain semua lelaki.
anak nombor dua dia mati kemalangan.
kalau tak silap aku beza umur arwah setahun lebih tua dari aku.
yang ini hensem. menurun Pakde Uji hidung mancung muka bujur.
meninggal umur tak sampai 30 pon kalau tak silap aku.
bujang lagi.
anak nombor tiga pulak mati lemas setahun atau 2 tahun lepas kematian si abang.
lemas pulak sebab nak selamatkan kawan yang jatuh sungai katanya.
kalau tak silap aku, kawan yang jatuh sungai tu dapat diselamatkan.
dia yang meninggal. sebabnya dia pun tak berapa pandai berenang.
kebetulan pulak musim hujan, air sungai deras.
kematian yang ini masuk surat khabar edisi timur.
umur arwah ni setahun muda dari aku.
pun mati bujang.
terkini yang mati adelah anak nombor empat.
mati disebabkan kemalangan jalanraya.
arwah ni pangkat adik benar dari aku.
sampai aku pun dah tak cam muka dia.
mungkin sebab zaman sekolah dia tu, aku dah masuk U kat KL.
yang ini polis. dah kawin. ada 2 orang anak.ehh, ke tiga orang anak arwah, aku tak berapa pasti.
anak-anak semua masih kecik. anak bongsu dia pun belum mampu kenal rupa bapak dia.
dah arwah dengan isteri pon berjarak jauh.
arwah polis kat KL.
isteri pulak nurse di kelantan.
kesian aku dengar cerita Pakde Uji.
kisah kemalangan ni pun masuk surat khabar edisi timur.
arwah 3 beradik dalam satu kereta.
dorang baru balik dari rumah tunang si adik (anak nombor 5) di pasir mas kot (kot lagi, aku ni dengar cerita tapi nama tempat, bilangan semua tu aku tak berapa teliti sangat).
Anak nombor 5 pon masuk ICU jugak. (kerja polis jugak tak silap aku).
tapi masa aku gi melawat tu katanya dah keluar wad)
anak bongsu Alhamdulillahm, takde apa-apa, walaupun masa eksiden tu dia terpelanting keluar dari kereta dan seat belah dia duduk tu remuk hancur. mujur sangat la.
kalau tak, tak tau la macamana Pakde Uji nak hadapi.
sekarang anak tinggal 3 beradik je lagi.
dia kata risau sangat-sangat.
hingga trauma takleh tidur malam.
kehilangan 3 anak lelaki siapa tak trauma wehh.
coba korang bayangkan. bayangkan je dulu.
berani?
Raya kelima
tak pergi mana-mana.
aku ada je kat rumah.
waktu pagi, lepas makan, aku lawat keliling rumah.
tengok rumput panjang belah belakang rumah.
pinjam mesin rumput abe D.
mesin rumput.
pastu jenguk reban ayam mek.
rasa nak buat pagar.
buat pagar reban dengan ngah.
tak cukup bahan. paku takde. 'cok betul' pon takde.
tengahari tu keluar cari bahan nak siapkan pagar.
dari pagi, stop tengahari. petang sambung balik.
Raya ke enam.
tepek gambar dulu.
pening dah aku duk susun gambar je dari tadi huhu.
ini hari jumaat
ada pasar tani di bandar machang.
so aku pun pergi berdua dengan Ngah.
aku nak beli anak pokok.
sampai je kat area pasar tani, kami breakfast dulu.
tiba tiba ternampak abe D sedang pilih pokok.
rupanya dia pun datang. tapi kelibat kak yah takde.
aku pun pergi pangil dia breakfast sekali.
nampak ada pemuda hensem bersama abe D.
rupanya Ismail, cucu kepada arwah Pok Nik Omar, guru mengaji aku.
dulu kecik kurus je. sekarang ni kemain tinggi lampai, hensom lagi.
sedang makan, tibe-tiba kaka yah call.
katanya cik kiah jiran aku, ajak pergi 'berlarak' anak dia kawin.
Allahhh... semalam masa cik kiah datang kenduri kak yah, takde pulak dia ajak.
aku punya plan hari ni nak ronda pasar tani. kemudian nak tanam pokok belakang rumah.
kak yah kata, cik kiah ajak sangat-sangat ni.
ok lah. kami pon setuju. katanya nak konvoi beramai-ramai puul 10.30pagi
tapi aku cakap takut tak sempat.
takpe lah. masa ni baru pukul 8.15pagi. sempat kott.
lepas letak phone, masuk pulak panggilan dari nombor aku tak kenal.
rupanya kak ani pulak call tanya nak pergi majlis anak cik kiah ke tak.
aku cakap ok pergi, cuma nak ronda pasar tani dulu.
lepas tu, kami pon tak dapat leka-leka sangat.
beli pokok, terus balik.
beli :
anak pokok mata kucing tajuk apa ntah, mata hitam ke apakebenda, setiap jenis mata kucing, harga tak sama. yang aku beli ni RM30 sepokok. katanya yang elok. yang harga RM12 sepokok pon ada. so meh la kita beli yang elok sikit, mudah-mudahan dah berbuah nanti timbang kilo harga mahal sikit hahaha.
anak pokok limau kasturi. RM (alamakkk lupa lagiiii) rasa aku 10 je kot.
aku tanam belakang rumah.
anak pokok bunga kantan. RM8 sepokok. yang ni tak lupa haha.
aku tanam kat belakang reban ayam mek. situ redup. mudah-mudahan subur hendaknya.
anak pokok jenereh. RM8 jugak sepokok.
aku tanam dekat pagar rumah sempadan dengan rumah cik kiah.
ini pokok ulam. rasa dia lemak-lemak. yang mana suka makan ulam pucuk ketereh tu, silalah try pucuk jenereh ni. gerenti korang jatuh hati.
beli jugak sepaket baja buah.
murah je. RM8sekepet.
penjual tu kata, tabur je kat bawah pokok yang kita nak suruh berbuah tu.
tapi teknik tabur ni boros sikit. sebab nanti kalau hujan, semua baja dibawa arus.
nak lebih baik, tanam dalam tanah.
aku pun tanam kat beberapa penjuru berdekatan pokok durian, manggis dan duku.
kata penjual tu, baja ni perlu digunakan selepas musim buah.
contoh kalau korang dah habis makan buah, kira dah buang kulit buah tu, dah habis buah atas pkok, haaaa boleh la letak baja. pokok akan berbuah lebat musim berikutnya.
jangan pulak pi taruk baja ketika pokok elok berbunga.
nanti semua bunga akan gugur, dan langsung tak lekat buah nanti.
tapi kalau pokok tu belum pernah berbuah, boleh je kau letak baja anytime.
ada 2 pohon durian belakang rumah tu. belum pernah berbuah.
so aku pun letak baja situ.
dengan harapan tahun depan berbuah lebat.
semoga dapat sarapan, lunch dan dinner dengan buah durian kahkahkah.
kalau tak berbuah jugak, mungkin la itu pokok jantan.
boleh kita tebang, tanam pokok baru.
Raya ke tujuh.
sabtu.
pagi keluar ke bandar machang.
semata-mata nak beli lauk je pon.
lalu depan kedai jual periuk. saja je tanya makcik tu harga periuk.
dia kata RM230 paling murah boleh bagi.
aku hampir nak beli dah.
tapi memanbdang akan datang lagi ke bandar machang hari isnin nanti, aku pun hold dulu la.
tapi dalam hati tu bertekad dah ni.
mesti beli periuk ni. mesti beli.
Raya ke lapan.
pon lepak je kat rumah, hanya buat kerja-kerja pertukangan reban ayam je.
Raya ke sembilan.
hari isnin. pagi-pagi dah bersiap. budak-budak masih tidur lagi. biarkan je lah.
dorang bukan nak ikut pon.
aku dan ngah satu kereta, kak yah dan abe D satu kereta.
kami ke pasar isnin. sambil beli makanan untuk bekal dalam kereta nanti.
kejap lagi nak bertolak balik kl dah.
kedai pertama aku pergi ialah kedai periuk.
tapi aku pergi kedai lain dulu. bukan kedai yg aku singgah hari sabtu tu.
saje la nak risik kedai lain dulu.
sekadar nak tanya kedai dia jual harga berapa.
sekali dia offer harga RM210 untuk 9 beradik periuk cap buaya made from Thailand.
lagi murah hoiii.. apa lagi. rembat terus.
eh eh...dah panjang aku taip.
ok la nak benti dulu.