Tuesday, 13 May 2014

gambar tengok bila TRW lwn PKNS

Kepenatan aku ni.
Baru habis mendobi. Esok nk kerja dah.
Kain byk lagi blom lipat. Sok sok je la aku lipat kau ye kain. Tak larat sgt dh ni.

Ni pon online jap demi nk mintak nyawa candy crash je. Untuk main sok sok. Tapi alang alang dh on P1 ni maka mari update barang sebaris.










Sunday, 4 May 2014

Berakhirnya Catuan Air

Assalamualaikum..

skrg jam pukul 1.45am.
kat rumah ni, tinggal aku sorang je belum tido lagi.

melayan running man. tapi aku dah tengok dah episod ni. tu pasal tak berapa enjoy tengok ni.

ni petang tadi punya pasal la ni. ntah cemana tengah tengok tv tetiba terlelap. jam 6 terlelap, jam 8 sedor.
dah mandi tu segar badan. sampai skrg ni mata keras je taknak tido. takpe la, elok jugak. anak2 tido boleh la aku lipat baju barang sebakul.

skrg ni air dah kembali normal dah. dah takde catuan dah. hari last takde air rumah aku adelah Selasa. eh, ye ke Selasa eh? aku rasa betul dah tu. Rabu ada air. Khamis labour day tu pun ada air. nasib baik. kebetulan pak sedara aku Pok Wen datang rumah. seb baik masa yang hari ada air. senang aku nak masak.

Pok Wen ni nama betulnya Ismail. kebiasaan orang kelantan, kalau nama Ismail tu dorang akan panggil Mail tak pun Wen. gambar takde.
Pok Wen adelah adik mek. adik susuan. bukan adik beradik kandung. mek aku tak sempat kenal mak kandung sendiri. Arwah mak kepada mek aku ( nenek kandung aku) meninggal ketika dalam pantang lahirkan mek. Arwah meninggalkan mek yang masa tu umur dalam 2 minggu camtu lebih kurang. masa tu kehidupan amat lah susah. susah segala - gala. makan minum susah, ubat-ubatan lagi la payah nak dapat. harapkan ubat kampung je semata. lepas arwah nenek kandung aku meninggal, mek aku dibela oleh kakak mek sendiri. iaitu anak arwah yang tua. Bidah namanya. itu la mak kepada Pok Wen. kami panggil Mak Musa. malah semua kenalan panggil dia Mak Musa. itu la yang aku kenal sebagai nenek. masa arwah nenek kandung meninggal, Mak Musa masa tu ada anak kecik jugak yang masih menyusu badan. anak tu bernama Saayah. Saayah ni la saudara susuan mek aku. aku panggil Saayah sebagai mek jugak. Mak Musa la yang bercerita semua ni kat aku. kata Mak Musa (meninggal pada tahun 1998), masa baby mek aku sangat comel. comel sampai tak sampai hati nak bagi orang lain bela. dulu ada orang mintak nak ambik mek aku jadikan anak angkat. kalau la dulu senang nak ambik gambar macam skrg kan, mesti aku dapat tengok rupa mek masa baby. sambil banding2 kan dengan gambar anak2 aku huhu..

eh, aku sepatutnya nak cerita kisah catuan air kan. apa la merepek sampai ke adik beradik susuan bagai. ok sambung...

sepatutnya kalau ada lagi catuan, hari Jumaat tu dah start takde air balik. ni takk, sampai skrg ni air ada je. betul la kata Ngah, catuan berakhir 30/4/2014. Ngah kata dia baca kat fb kata Dato' Khalid melalui fn beliau meramalkan catuan Insya Allah berakhir 30/4/2014. cumanya memandangkan aku tak baca sendiri, dan tak pulak double check kat mana2 sumber, lalu aku simpan jugak air kot2 la tetiba esoknya takde air kan. tu takpe, biar beringat sebelum kena kan.

ok, kita sambung lain kali pulak.


babai.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku