Sunday, 21 April 2013

Tekwando grading kat SK Jalan Raja Muda, KL

hari ni punya citer..

pagi tadi Amir ada sesi grading untuk kelas tekwando dia. sesi grading tu kira macam test la, yang selama ni kau dok attend tekwando class tu so cikgu dia nak test tengok apa skill dah yang kau boleh blajar.

sesi grading ni buat kat SK Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. maka pergi la kami anak beranak satu keter. acara bermula pukul 11.30pagi. kami pergi pukul 10.00pagi. campur sesat secara lite2 sebab tak biasa ngan kawasan situ, sampai la jugak kat skolah tu dalam pukul 11.00pagi.

elokkk sampai, duduk sekejapan aje, acara pon mula.

mari layan gambar.
ni masa baru sampai... jumpa geng satu kelas. kat sesi grading ni dia campur dari beberapa skolah kalau tak silap aku la..

Ammar kemain boroi skrg huhu.. malam tadi dia demam, batuk ngan selsema. pagi ni sib baik dah ok.








tuan tanah


Add caption






ok la aku nak stop dulu.

ikutkan banyak lagi nak bebel ni, tapi tengok keadaan macam tak berapa mengizinkan. Ammar tetiba nangis. ni takde lain mseti si Tajul la ni punca dia.

pasni nak mandi.
pastu nak gerong kue tiow. motif nak bagitau? huhuh..

sekian.

yang baik dari ALLAH
yang buruk dari AKU.

Thursday, 11 April 2013

Pilihanraya Umum ke-13 ~ 2013

Tarihk pilihanraya umum ke 13 bagi tahun 2013 ni dah diumumkan.

katanya 5/5/2013 ni... hari ahad.

haiyooo... napa la SPR tak buat je time cuti skolah terus... kan bagusss... huhuhuh..

boleh balik sambil ngundi, sambil letak anak2 kat kampung sempena cuti tu, pastu dah dekat2 nak bukak skolah tu balik ambik dorang. itu la perancangan aku sebenarnya. nak dicutikan awal takleh pulak. sebab kebiasaannya sebelum cuti skolah tu ada periksa kan? haishhh...

ok dah.
itu je

nanti sambung bebel lagi.
nak buat kerja...

adios.



yang baik dari ALLAH
yang buruk dari AKU

Thursday, 4 April 2013

Najib bubar Parlimen Malaysia hari ini.

amboi amboi tajuk entry diaaaa... macam tajuk utama surat kabar berita harian dah kedahnya. hahaha..


Semalam 3/4/2013 telah mencatat satu sejarah apabila Parlimen Malaysia dibubarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abd Razak.

ini fakta sejarah ni weiii.
mesti masuk belog ni.

patutnya aku taip entry ni semalam. tapi tau la... sekarang ni bizi melampau. bizi satu hal. sakit hati lagi satu hal pulak. bila bercampur dua2 tu pepaham la tahap kesabaran tu lagu mana. nak bukak belog pun takde napsu.

ok taknak citer pasal hal kerja dulu. bikin hati panasssss je..

setau aku la. lepas parlimen bubar, dalam tempoh 60 hari akan ada pilihanraya umum. aku sebelum ni tak pernah mengundi. padahal daftar mengundi dah berabad lamanya. seingat aku masa belajar kat UPM Serdang lagi. tahun berapa tka berapa nak ingat dah. mungkin 1999... 2000... 2001? ntah aku lupa tahun bila. tapi aku ingat lagi aku daftar kat lapangan bangunan Hal Ehwal Pelajar UPM. masa tu tengah bukak kaunter depan tu. masa aku ngan Mek Na (kawan @ coursemate @ housemate @ orang Mulong) tengah jalan nak balik ke hostel lepas baru habis kelas, lalu nampak kaunter tu lenganggg je, lalu Mek Na pun ajak daftar. begitu la alkisah.

tahun ni aku dah set. mesti mengundi! aku harapp sesangat bos approve permohonan cuti aku nanti. harap2 la mengundi kali buat musim cuti skolah. boleh la balik kampung lama sikit. seminggu ke.. tapi tu la, bila pikirkan kerja menimbun kebelakangan ni, aku risau kot2 bos tak kasi aku cuti lelama. haish.. kebelakangan ni asal terpikirkan hal kerja je, mood terus jadi kelaut. series tak best perasaan ni.

pada aku kerja banyak tu takpe lagi. asalkan ada sistem. baru sistematik. ni takk, main suka suki je nak aku buat itu ini yang kekadang tu aku rasa ni bukan skop kerja aku. bukan aku kata nak berkira ke hapa, cuma bila kau mintak pada orang yang salah, dan orang tu boleh pulak bagi apa yang kau nak, pastu lelama kau dah rasa biasa mintak itu ini kat orang tu, dan tetiba satu hari tu kau mintak pulak pada orang yang betul, lalu orang yang betul tu cakap 'ohh, itu bukan saya buat,  itu si polan yang buat... '

derrrr... dah tu dimana SOP yang kau dok agong2kan sangat tu? tengkorak betul la kerja camni. oyye, aku la si polan itu .... #nanges#

hoiii tak nak la pikir lagi...

baik benti sini dulu.

nak sambung kerja ni. #kesat-air-mata-ngan-hujung-lengan-baju-kurung-ala2-latifah-omar#




yang baik dari ALLAH
yang buruk dari AKU