Hari cuti kan kan kan..
Malam tadi adalah tak cukup tido. Sebab baby ammar kejap2 terjaga. Kejap2 terjaga… nak kata demam tidak. Nak kata sejuk pun ermmm… saya rasa tak sejuk mana kot sebab saya bukak suhu ekon pun bukan sejuk mana. Lagipun bila sentuh pipi baby ammar takde la rasa sejuk mana. Pakaian tido dia pun tebal n berselumut pulak tu. Tapi tak tau la tetiba je macam dia tak berapa nak lena sangat tido. Mungkin perut dia tak selasa kot… sebab dia kan baru 6 bulan. Jadi baru diajar makan makanan selain susu. Dan saya bagi nestum beras je la kat dia buat permulaan ni. Padahal nurse dah cakap jangan bagi nestum sebab nestum tak berapa berkhasiat n ada gula tambahan yg boleh membuatkan baby jadi hyperactive. tapi saya pikir buat permulaan ni biar dia makan nestum dulu. saya plan bila dia dah 7bulan lebih baru nak buatkan bubur nasi. bubur nasi kan lebih pekat sikit dari nestum, sebab tu la bagi nestum dulu (kononnnnn... ) Cara bagi dia makan adalah bancuh nestum tu dalam botol susu. Pekat dia lebih pekat sikit dari susu.
Errr… ni sebenarnya nak citer pasal tak cukup tido ni tapi tersyasyul citer pasal pemakanan baby pulak dah… huhuhuh
Pastu kan bila tido tak cukup tu mula la terbit cita2 nak tido ganti petang nanti (ececeh ingat puasa je ke ada ganti2 tido pun ada gak weiiii)
Tengahari dah siap masak makan sumer hati pun berbunga2 riang niat hati nak tido ni.. tambah pulak baby ammar pun dah tido so saya pun apalagi…
Terbungkang la saya dalam bilik konon2 nak tido sementara baby ammar tido dalam buai. Tapi heran sungguh tak lelap2 pun. Sumpah takleh tido. Padahal penat giler nak mampos tiap2 hari ngan rutin harian yang tak pernah habis.
Penat memang penat. Saya kerja isnin sabtu. Hanya hari ahad je la kalau nak balas dendam nak tido sampai tengahari pun. dendam yg selalunya tak terbalas pon!
Bila saya pejam mata nak tido tapi tak lena2 saya jadi bengang pulak. Tambah saya bengang bila saya tengok laki saya pantang dia letak kepala atas bantal. Tak sampai 5 minit dah kuar bunyi berdengkur dah. Giler senang nak lena. Adakah kerana dia lebih penat dari saya? Mustahil! Saya yakin saya lagi penat dari dia ececeh (matik la kalau lakiku baca entry nih… huhuhuh)
Yg tak leh blahnya saya jadi hangin lak ngan laki saya kalau dia tido dengan jayanya pastu saya pulak kena layan tv tengok citer karton tv9 ngan anak2. Sungguh tragis hokey!!!
Dah
Taknak taip banyak2. Saya nak masak megi ni nak makan. Orang kata salah satu cara nak kasi nyenyak tido ialah perut kenyang. Baik saya cuba. Nak makan nasi dah tak lalu. Baru je makan tadi.
Adios…
gambar yg takde kena mengena ngan tajuk entry |
3 OTROMEN yg selalu buat ummi bertukar jadi raksasa.. yg kecik tu belum lagi tapi BAKAL |
ni tayang gigi ke tayang anak tekak ni |
Ammar dan abah |