Tuesday 5 November 2019

Pengalaman Aku Daftar E-Wallet Dan Pasang Sticker RFID Touch n Go Kereta

September lepas, ofis aku upgrade sistem parking.
Setiap kenderaan yang nak masuk parking dalam kawasan ofis wajib ada sticker RFID, baru boleh masuk.
Kalau takde sticker RFID, palang takleh bukak.
Pak guard pun takleh bantu. Terpaksa la park kereta kat kawasan luar.

Tapi management ofis aku ni idok le kejam. 
Dorang bagi tempoh sehingga akhir Oktober. Selagi belum masuk bulan November, aku masih boleh masuk dalam kawasan ofis dengan menggunakan car access card.
Masuk je bulan November, semua wajib activate RFID sticker dah.

OK meh nak citer pengalaman aku buat RFID sticker.

Kat ofis aku ada menyediakan perkhidmatan pasang RFID sticker dengan bayaran RM7/sticker.
Tapi RFID sticker yang ofis sediakan ni hanya untuk keluar masuk kawasan ofis aku saja lah.
Tak boleh guna untuk laluan tol RFID TnG tu.
Tak boleh masuk parking kat shoping complex yang ada sistem RFID.
Pendek kata sticker ofis ni hanya untuk keluar masuk ofis je semata-mata.

Jadi lebih baik aku pasang je RFID Touch n Go sticker. Dah alang-alang tu kan.
Satu sticker untuk macam-macam tujuan.
Dah tentu boleh bayar tol.
Boleh masuk parking kat shoping complex yang ada sistem RFID TnG.
Kiranya banyak tempat boleh masuk jika pasang sticker RFID TnG. 

Untuk pasang sticker RFID TnG ni, benda pertama wajib ada ialah e-wallet.
E-wallet ni maksudnya dompet eletronik.

Takde e-wallet, dari mana nak tolak duit tol, betul tak?

Cara untuk ada e-wallet ialah, download kat Play Store handphone masing-masing.

Nanti keluar macam gambar bawah ni.




Kemudian klik Create Account.

 Kemudian isi je maklumat yang dia minta.


Lepas dah klik kat 'I agree...' tu, dia mintak referal code.
Referal code ni maksudnya sesiapa yang rekemenkan aku download e-wallet. 
Boleh je skip part ni tapi rugi oii kalau tak pergunakan peluang ni.

Minta la sesiapa berikan referal code tu, nanti kawan tu akan dapat 3 kali FREE TOL untuk laluan tol tertentu yang bernilai bawah RM2.50. 
Kalau laluan tol yang nilainya lebih dari RM2.50, ia bagi diskaun takat RM2.50 je.
Langsung tak tolak duit dari e-wallet kita pun. 

Contohnya kalau aku bagi referal code aku kat kau.
Kau isi referal code tu.
Lepas tu nanti aku dapat la rebate tol 3 kali.
Unlimited pulak tu.
Unlimited tu maksudnya kalau aku memberikan referal code aku kat 10 orang, maknanya aku layak dapat 3 X 10 = 30kali tol rebate. Ok lah kannnn.

Jadi aku masukkan referral code officemate aku See Chin. 
Memang dia la pon yang duk tepi mengajar aku hikhik.





Setel part e-wallet.

Lepas tu kena isikan data kenderaan pulak, 
Kiranya macam link kan e-wallet tu dengan kereta kita.
Kalau tak, macamana tol tu nak tahu kereta yang lalu tu nak tolak dari e-wallet mana, kann?

Klik kat 'Add TNG Card Now.
Lepas tu isikan maklumat kenderaan kita, seperti yang dia nak.


Preferred Card Name tu maksudnya nama apa kita nak bagi kat card tu.
Macam aku, aku namakan nombor plate kereta aku.
Kalau kau ada 2 kereta, boleh add lagi.
Nanti boleh namakan macam ni :

Kereta pertama = Preferred Card  Name : ABC1234 TnG Card
Kereta kedua = Preferred Card Name : XYZ1234 TnG Card

Gituuuuh.

Lepas tu dah habis ke?

BELUMMMMM 
hahaha

Lepas dah ada e-wallet, aku perlu pasang sticker RFDI pula.
Agen RFID ada banyak.
Kat Giant ada. 
Kat Tesco ada. 
Biasanya agen ni duduk kat satu meja di pintu masuk utama pasaraya. 
Dorang pasang banner untuk kita nampak.

Aku hari tu pasang sticker RFID kat Giant BK5.
Sekejap je tak sampai 10 minit dah siap.
Brother cina tu pasang kat lampu depan belah kiri.
Dia pesan jangan guna selagi belum terima mesej activation successfull.

Lepas dah setel pasang sticker RFID, baru aku pergi ke management ofis untuk dorang register dalam sistem supaya aku boleh masuk parking dalam kawasan ofis.

Mudah je sebenarnya.

OK sekarang meh aku ajar cara nak share referal code kita kat kawan yang baru nak buat e-wallet.
Ececeh.

Mula-mula buka aplikasi e-wallet TnG.
Nanti keluar macam ni.
Lepas tu klik kat button yang aku bulatkan tu.


 Nanti akan keluar macam gambar bawah ni pulak.
Klik kat bahagian aku bulatkan tu.
Lepas tu akan keluar lah referal code macam kat bawah ni.

Haaa... nampak tak tu?
Itu kakak punya referal code.
Nak guna, ambik je lah hikhik.
Nanti kakak dapat free 3 kali tol rebate.
Siapa yang guna referal code ni, kakak ucapkan berbanyak terima kasih tau.

Ok sekian dulu.

Ada masa nanti kakak sambung hihi.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.