Friday 1 November 2019

Deepavali Di Pengkalan Datu Kelantan

Langsung takde plan nak balik kampung pon Deepavali hari tu.
Baik kampung Kelantan ke, kampung Pahang ke, memang plan nak duduk-duduk kat rumah je asalnya.
Boleh setelkan lipat baju ke.
Boleh susun atur katil kat bilik anak ke.

Aku dah lamaaa sebenarnya nak rombak katil double decker bilik budak 3 beradik tu.
Konon nak beli katil baru saiz queen, tapi asik la tertangguh-tangguh.

Jadi sempena cuti Deepavali ni duduk rumah boleh la kita kerjakan bilik tu.

Ehh.. alih-alih petang Rabu tu Ngah wasap aku ajak balik Pekan.
Katanya Zura (biras aku) dah 2 hari masuk wad nak beranak tapi belum beranak-beranak lagi.
Mak dan abah nak melawat ke Pengkalan Datu tapi takde driver. 
Makanya serta merta Ngah cadangkan aku apply leave 3 hari. Jumaat, Sabtu dan Selasa.

Ni kira balik kampung tanpa dirancang.

Bertolak dari Pekan Khamis lepas Isyak. 

Sampai rumah mak dalam pukul 3.30pagi.
Takde sembang-sembang dah. 
Terus meluru masuk bilik tidur. Hantu punya menantu lagu ni lahhh.
hahaha.

Dalam pukul 11pagi kitorang gerak ke Pengkalan Datu.
Nak pagi sangat tak boleh. Mak kena ambik ubat kat klinik Peramu.
Abah pulak ada check up kat hospital Pekan.
Dah setel semua baru gerak.

 Sampai Tok Bali, kitorang singgah kedai ni.
Nama kedai tu Selera Ikan Bakar Bondaku kalau tak silap.

Konon nak meriak upload gambar ni kat fb tapi apakan daya line tenet langsung takdak.
Geram haku dengan U Mobile ni.




 Aku order udang celup tepung 2 pinggan.
Sepinggan RM10/200gram udang.
Sotong saiz sederhana 2 ekor. Abang kedai tu kata sotong RM60/kg.
Keropok lekor RM2.
Chicken chop 4 set. Harga RM3.90/set.
Padan la murah pun. Portion dia kecik je.
Tapi walaupun kecik, anak-anak kenyang sebab order makanan lain jugak.
Air teh o panas 2, teh ais 1, laici 1, milo ais 1.
Total RM76 je.
Tu pun udang habis makan sepinggan je. Sepinggan lagi bungkus bawak balik.

Aku rasa punca tak habis sebab masih kenyang melantak pau masa berenti kat RnR Paka sebelum tu.
Dalam kereta pun habis bekal karipap yang mak buat, budak-budak ni bedal.
Kiranya berenti ni pun sebenarnya sabit nak luruskan kaki je padahal.


Sampai rumah Zura dalam pukul 6.30petang.
Kebetulan Zura baru discharged pagi nya tu.

 Esoknya Sabtu, kan?
Haaaaa... setiap Sabtu ada pasar terapung kat tepi sungai Cerana Resort.
Dekattttt je dengan rumah Zura. Jalan kaki tak sempat berpeluh.

Jadi apa lagi.
Harus kakak kau punch card kat sini perabih seringgit dua haha.


 Ini kuih rare.
Kat Machang aku belum pernah jumpa lagi.
Namanya kuih Tonyoh Ubi Kayu.
Ubi kayu tu disagat. Orang Kelantan panggil sagat tu tonyoh.
Sagat kasar-kasar lepas tu kukus kalau tak silap aku.
Lepas tu sira dengan air nisan.
Air nisan tu maksudnya air gula melaka. Bukan batu nisan ye. hahaha.
Makan dengan kelapa parut yang digaul garam.

Ni pula kerabu nipah. Sedap oiiiii.
Kalau jumpa ni sila la beli.
Aku firstime makan kerabu nipah ni masa kenduri Fakrul (anak cik kiah jiran mek) kat rumah pengantin perempuan di Pasir Mas.
Firstime makan tu memang terkena yang sedap. Sebab tu jadi suka.
Sekarang kalau pergi mana-mana, kalau jumpa kerabu nipah memang aku beli.
RM2 je ponn lahai murah bebenar.


Pasar terapung ni rasanya sama je macam mula-mula aku pergi dulu.
Peniaga dalam perahu rasanya takde bertambah banyak.
Tapi ada la penambahan.
Peniaga yang kat tebing sungai tu iye, makin ramai.
Kebanyakannya jual makanan.

Tambang bot tak naik. Masih sama. RM5 dewasa. RM3 kanak-kanak.
Kali ni aku tak naik bot sebab malas.
Lagipun Ammar dan Joe tak ikut sekali.
Dorang ralit main game kat rumah.
Kalau dorang ada, harus dorang mintak naik bot. Ada harapan dengan aku aku sekali terpaksa naik.

 Ni pulak petang Sabtu.
Aku, Ngah, abah, Zemi dan anak dia Aiya ke pasar malam Pengkalan Chepa.

Beli apa?
Makanan lagikkk.

Kebanyakan pasar malam kat Kelantan, setiap kali masuk azan maghrib, semua peniaga tidak dibenarkan sama sekali berjual beli. Walaupun kau bukan muslim, tetap kena patuh jugak.

Waktu ni peniaga boleh tinggalkan kedai masing-masing untuk memunaikan solat maghrib.
Yang tak solat tu lantak dorang la, yang penting pihak berwajib dah sediakan ruang untuk memudahkan urusan ibadat.
Nak taat atau nak ingkar tu, pilihan diri sendiri. Gituuuu.

Walaupun tiada urusniaga, pengunjung boleh je meronda-ronda dalam tu, cumanya belum boleh beli.
Dah habis tempoh solat, hahhhh kau borong la semua.





 Lepas balik dari pasar malam Pengkalan Chepa, adekah aku tidur?

Tidak sama sekali oiii.
Amir pulak ajak pergi Wakaf Che Yeh.
Dia nak paw aku baju selai dua katanya.
Kebanyakan baju dia dah kecik.
Itu la, setiap kali beli baju mesti dia pilih baju yang ngam-ngam dengan saiz badan dia ketika itu.
Budak baru nak up, memang la cepat besarnya.
Tak sampai 3 bulan, baju dah kecik.

Sesiapa yang teringin nak jalan-jalan ke Kelantan, aku suggest cari penginapan yang berdekatan dengan Wakaf Che Yeh.

Sebab apa tau.
Kat Kelantan ni, Wakaf Che Yeh ni je paling meriah waktu malam.
Kat tempat lain meriahnya waktu siang.

Jadi, kalau dapat cari hotel atau homestay yang boleh jalan kaki je ke pasar Wakaf Che Yeh tu, lagi bagus.
Antaranya ni.
Holiday Villa Hotel.
Lintas jalan je, terus sampai.
Aku snap gambar ni masa lepak minum kat warung lepas penat berlaga t*t*k dalam pasar tu.

Baby belum ada nama. Tapi mama papa dia nak namakan Aisyah.
Pagi esoknya; yakni pagi Ahad, Kitorang sarapan nasi kerabu kat restoran nasi kerabu Taman Uda.
Kemain panjang oiiii beratur tunggu giliran.
Walaupun panjang, takde la tunggu lama sangat sebab barisan untuk makan di situ lain, barisan untuk bungkus pulak lain.

Nasi keranu kat sini sedap bagi anak tekak aku.
Ada dua pilihan nasi kerabu.
Nasi kerabu biru - ini yang biasa kita nampak kat KL. Ada budu dan sambal.
Nasi kerabu putih - ini dipanggil juga nasi kerabu tumis. Budunya ditumis bersama kepala santan dan rempah-rempah lain.

Aku lebih sukakan nasi kerabu tumis.

Masa nak bayar tu kan, aku rasa yang jag kaunter masa tu ialah tokey kedai.
Murah betul dengan senyuman. Memamg pandai ambik hati pelanggan.
Ni yang kita nak.

Oleh kerana dia ramah dan sentiasa senyum, aku jadi selesa nak bertanya.
Lalu aku tanya berapa harga nasi kerabu kambing bakay yang aku makan tadi.
Kakak tu kata RM10.
Wowww... pada aku tak mahal dah sebab kambing dia banyak jugak.
Nasi kerabu daging RM5.
Itu je la yang aku tahu.

Nasi kerabu ikan kembung celop tepung pon ada.
Nasi kerabu ayam bakar pun ada tapi masa aku sampai tu ayam bakar dah habis.
Mahu tak habis, time cuti gini kemain panjangggggg barisan bungkus.




Ni aku punya.
Nampak macam ada kambing dan ada ikan sekali kan?
Sebenarnya ikan tu Ammar punya.
Tapi dia taknak ikan, dia letak ikan dalam pinggan aku dan ambil separuh kambing aku.



Lepas kenyang makan, kitorang ke Pasar Besar Siti Khadijah.




Rupanya pasar sedang renovation kat bahagian bawah.
Bahagian ni kawasan ikan, ayam dan barang basah yang lain.
Sementara revovation, peniaga ikan ayam semua beroperasi kat belah luar.
Nampak agak messy la sikit.
Tapi orng tetappp lah ramai.

Kali ni aku tak beli apa pon.
Hanya beli ulam pucuk jenereh dan ulam pucuk petai.
Pucuk petai ni pertama kali aku try.
Try pun sebab terluir masa nampak seorang youtuber dari Thailand tunjuk dia makan somtam pastu macam-macam ulam dia makan siap bunyi rangup krup krap ulam tu.
Aku sampai tertanya-tanya daun ulam apa panjang tirus ni.
Rupanya pucuk petai.
Rasanya bukan pucuk petai yang pokok petai biasa tu tau.
Alahhh lupa pulak nak snap gambar. huhu.







Pagi Isnin dah bertolak balik Pahang.
Singgah tepi pantai Penarik, Setiu makan udang celop tepung.
Orang kata rugi lalu sini kalau tak singgah.


Abah pilih kedai ni.
Katanya sini tak ramai orang, takyah menunggu lama.
haha.
Mee goreng ni memang sedap ikut selera aku.
Aku memang suka mee basah-basah. Kalau kering tak sedap.
Aku syak RM3 sepinggan sebab dia ada tulis kat kertas kecil.
Tengok gambar kat bawah tu ada aku tepek.

Udang celup tepung RM10
Ikan kembung celup tepung RM6/ekor.
Ni Amir request.
Telur sotong RM10.
Dia campur sekali sepinggan dengan fishball 2 cucuk @ RM2/cucuk.

Sotong celup tepung 2 ekor.
Total RM34 untuk 2 ekor ni.
Memang puas hati makan.


OK sekian je la laporan jenjalan sempena cuti Deepavali.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.