Thursday 7 November 2019

Cara Reload Atau Tambah Duit Kedalam E-Wallet Menggunakan Debit Card

Banyak sebenarnya cara untuk reload atau 'isi duit' kedalam e-wallet.

Tapi ini aku ajar cara reload guna debit card (kad ATM) Maybank.

Masa mula-mula kita daftar e-wallet, e-wallet kita kosong kan? Belum ada duit.
Untuk berbelanja, kena ada duit dulu dalam tu.


Mula-mula, klik button 'Reload e-wallet'.
Dalam kes aku ni, baki dah ada RM39. Aku reload masa bukak e-wallet hari tu. 
Aku nak tambah lagi RM50 menggunakan debit card Maybank.


 Actually nak reload RM20 pun boleh je. Kena taip la.
Lepas tu klik button Reload eWallet.

 Oleh kerana aku dah pernah reload yang kali pertama menggunakan debit card maybank, jadi dah ada nombor kad tu di situ. Aku hanya perlu klik je button Reload. Tersangat mudah.

Bagi korang yang kali pertama, nanti dia suruh isikan nombor debit card.

Nampak tak ada button + New Credit / Debit Card tu?
Tu kalau aku nak add debit card CIMB pulak ke, aku boleh la klik kat situ.
Tapi malas la banyak-banyak. Kad Maybank je cukup lah bagi aku hikhik.
Reload ni pun setakat ni untuk bayar tol je ponnn.


 Dah setel.

Sekarang baki e-wallet aku dah jadi RM89.

Kat statement maybank2u nanti akan ada tolakan RM50 sebab duit tu dah masuk dalam e-wallet.

Sekian.
Mudah-mudahan membantu.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.