Wednesday 21 December 2016

Kisah Percutian Seminggu Kat Kampung Halamanku Ecewah

Minggu lepas aku sekeluarga balik kelantan.
aku applied leave sederet seminggu tu.
sangkaku Ngah pun cuti sederet seminggu jugak.
rupa-rupanya dah kat kampung, masa duk plan esok nak kesana, esok nak kesitu, tiba-tiba baru dia cakap kamis dah nak balik KL sebab jumaat tu dia dah kerja.
geram je rasa. padahal dia jugak 2 bulan sebelum tu dah berangan balik kali ni nak stay lama kat kelantan. aku ni pun percaya je la.

bertolak balik kampung pada hari Sabtu 10/12/2016, petang lepas Asar.
kata je lepas Asar, padahal keluar rumah tu boleh pulak dia ajak pergi beli pakaian sekolah siap-siap sebelum bajet lari kat kampung nanti. hahaha sabor je la.

so Asar tu kami gerak keluar dari rumah, pergi Giant BK4 beli pakaian sekolah. kat Giant je oi. tu pun Giant mahal jugak kalau nak banding dengan kat kedai pakaian Hari-Hari, atau pasaraya Bintang Shah Alam tempat kami selalu beli. nak pergi Shah Alam rasa jauh pulak.

lepas siap beli, patah balik rumah simpan pakaian sekolah. pastu baru bertolak ke kelantan. kira masih kat area KL lagi time Maghrib tu.
hujan renyai-renyai sepanjang-panjang jalan. masa kat rumah lagi dah hujan. dalam pukul 3pm tu kemain lebat jugak hujan. membawak ke Bentong, ke Raub, ke Lipis, ke Marapoh, hinggalah ke Kuala Krai sampai ke rumah aku di kampung dia renyaiiiii je turun. aku risau kalau hujan bawak keter. tapi Ngah kata hujan renyai gini la syok balik kampung. enjin keter tak panas kata dia. oh, ya la kereta kami tu kalau kira umur perempuan, dah masuk fasa monopos barangkali. hahaha.
eh tapi betul pun. walaupun begitu, banyak jasa wehh.

sampai kampung pukul 2pagi lebih-lebih.
terus tidur. masa aku sampai tu adik aku Jani pon ada je dengan bini dia. tapi sebab dorang pun dah tidur, dan kami pun ngantuk giler, maka marilah kita rebahkan diri dulu. esok-esok la kita sembang. 

pagi, bangun tu tengok mek, jani ngan bini dia dah makan. cepat dorang ni pagi belum cerah lagi dah keluar beli nasi lemak dengan roti canai. aku dengar jugak sok-sek sok-sek masa dorang keluar tu, tapi memandangkan ngantuk sangat, aku teruskan tidur.

pagi tu, ajak Ngah pergi mancing ikan kat tali air hulu kampung. kami panggil kawasan tu Putok. dah tak best dah Putok. dulu masa kecik-kecik, Putok ni ibarat surga kanak-kanak. kat sini boleh mandi terjun lipat-lipat, boleh mancing, ikan banyak oi time tu. boleh kutip buah ara liar yang hidup tepi-tepi tebing sungai buat ulam cicah budu, boleh kutip siput bendang. pastu kalau musim takde air, kami diketuai oleh sepupu aku Kak Emun (namanya Maimun), kami pakat bawak baju sekolah basuh kat tali air kat sini. ada ketika air keruh, ada ketika air jernih. memang seronok. kawasan pon terjaga rapi. takde la semak samun sangat.
dulu kiri kanan tu mana ada pokok sampai macam tu sekali. siap boleh cuci kain lagi kat batu bawah tu.sekarang ni nak hulur kaki pon takut. kemain semak lagi


sekarang ni semak samuk kemain tebal. nak lalu dengan kereta pun susah sebab lopak air kesan lori tu agak dalam. sepupu aku cakap dulu lain la, orang tua dulu dorang rajin kerjakan tanah, rajin ke kebun tebas semak. sekarang ramai orang tua dah meninggal. anak-anak pulak jenis tak rajin sambung warisan berkebun. dorang lebih suka kerja makan gaji kat kl. so tanah kebun terbiar gitu je.

kat sungai pulak, sekor anak ikan pun susah nak tengok. aku baling pancing, langsung takde sebarang anak ikan nak main gigit-gigit umpan. mengikut kata sepupu aku kakak kepada Kak Emun, iaitu Kak Eton, ada orang tak bertanggungjawap, pergi tangkap ikan guna karan. langsung mati semua ikan-ikan. kira nak untung sekali itu je. pastu sekarang ni ikan tak berapa nak ada. kalau ada pun kecik dan tak banyak. sebab tu umpan aku langsung tak bersentuh.
maka kami pun balik dan pergi ke kawasan bendang pagi kampung Pangkal Chuit. pon sama jugak, takde ikan berkenan kat umpan aku. kat tepi bendang ni ada gerai jual goreng pisang, keropok dan air tuak. giler sedap air tuak dia. fresh sangat. harga RM2 segelas. kalau beli bungkus yang tak letak air tu mungkin mahjal sikit. mahal-mahal pon mungkin 5 hinggit je kot. aku memang penggemar air tuak. dulu masa kecik, arwah Pakde Mud memang penyadat tuak. setiap petang dapat tuak fresh. air tuak kat gerai ni, memang mengingatkan aku pada air tuak arwah Pakde Mud.

habis cerita hari ahad.

isnin.
kami pergi bandar Machang.
setiap hari Isnin adalah hari besar bagi daerah Machang. nak-nak pulak kalau isnin tu jatuh pada public holiday. 
sebabnya, ada pasar pagi yang dikenali sebagai 'Pasar Sena'. Sena membawa maksud Isnin. jadi pasar sena ialah pasar isnin. tu belah pagi hingga tengahari.
belah petang pulak, adelah pasar malam. pun kat tapak yang sama.
jadi pagi petang boleh membeli-belah.
aku keluar pergi pasar sena semata-mata nak cari jering rebus. dah lama teringin. nasib baik jumpa. sebungkus harga RM2.

seplastik yang dah siap packing RM2 je. sedap giler. rugi tak beli lebi

pastu aku beli sepohon anak pokok asam gelugur. konon beli nak tanam kat tepi rumah mek. sekali balik tu cari cangkul, cangkul hilang kena curi kata mek. cari 'cok betul', 'cok betul' pulak adik aku si jani ambik pinjam bawak balik rumah dia kat kota bharu, belum hantar balik. 
sudahnya aku letak je pokor gelugur tu kat tepi pokok lengkuas mek. belum tanam-tanam hinggalah hari ni. tuan dia pun dah balik kl.


selasa
pagi-pagi lagi kami termasuk mek pergi window shoping kat rantau panjang. kawasan rantau panjang dah berwajah baru. dulu ada kedai selonggok beratap zink kat tengah-tengah tu kan. sekarang dah takde ya. tempat tu dah jadi kawasan letak kereta. shoplot yang kat tepi-tepi sedia ada tu masih ada. pastu ada beberapa buah bangunan baru.
kalau ikut selera aku la sebagai rakyat marhaen, aku lebih suka kedai-kedai atap zink tu. nampak desa, nampak macam tempat tu jual barang murah. tu pandangan aku la.




bazar Aminah ni aku tak masuk pun. sebab tak tau pun ada bangunan ni, dalam kereta dah nak balik baru nampak.


masa aku masuk bangunan baru yang bernama Pasar Rantau Panjang (Bazar Siti Fatimah), banyak kedai masih kosong. sesiapa yang nak mohon kedai dalam bangunan ni boleh la try mohon kat majlis daerah berkenaan ye.
aku sebenarnya nak cari sudip barang seketul dua. sudip yang berwarna macam batu lesung tu. bukan yang berwarna bersinar macam warna sudu tu bukan. aku nak hat pesen lama. mek aku ada 3 sudip pesen lama tu. mak mertua aku pun ada beberapa ketul. aku dah lama berkenan. pergi cari kat rantua panjang ni seketul pun takde weh. abang kedai tu cakap dah takde dah sudip pesen lama tu. kalau nak jugak kena pergi belah golok nun. mak aih.. aku rasa baru je 2, 3 tahun lepas aku nampak sudip tu kat rantau panjang. sekarang nak beli dah pupus. nyesal tak beli masa jumpa dulu.
sudahnya, aku hanya beli baju 2 helai untuk aku, dan untuk anak-anak. pastu balik.

oh ya, masa aku masuk kat kedai ni, aku ternampak bekas garam ni. beberapa bulan lalu suzi wasap kat aku. dia tunjuk gambar bekas garam ni. dia nampak kat kedai online mana ntah, kat internet. pastu dia wasap aku tanya kat mana ada jual dia nak beli. aku cakap tak pernah nampak. bila aku jumpa bekas garam ni kat sini, terus aku snap gambar dan wasap kat suzi. dan-dan tu mintak aku belikan. harga RM130 seketul. mintak tawar, dapatlah RM110. aku beli warna merah, sebab warna itu je yang ada. lagipun, penjual tu kata, ada 2 warna aje. merah dan putih. biasa lau warna merah. so elok lah. beli je mana ada.
ampak tak kedai yang banyak barang kat depan tu? kedai tu aku beli bekas garam untuk suzi.
habis cerita selasa.

Rabu pulak keluar pagi jugak. mek pun ikut sekali. dia nak pergi agro bank ambik duit. aku dan ammar teman mek pergi bank, sementara ngah pulak pergi repair kereta sebab kata dia isober rasa tak best. ammar ngan joe tak mahu ikut. dorang nak main dengan kawan-kawan.
ramai orang kat agro bank ni, majoriti warga mas. aku tunggu kat luar sambil selfie. dah boring menunggu, aku pun cakap ngan mek nak gi repair gelang tangan kat kedai mas je. nanti jumpa kar pasar besar tu la.
kat kedai emas tu pon ingatkan dia meteri gelang tu sekejap je. rupanya kena tunggu jugak setengah jam. lalu aku pon masuk jenjalan dalam pasar.
dah boring pusing, pergi lagi kat kedai emas tu, pon belum siap. harga emas pada hari tu (14/12/2016) ialah RM440ya untuk seriya berat. hahaha ini bahasa kebiasaan bagi orang kelantan bagi merujuk harga emas. jangan la tanya aku, aku pun tak faham cemana nak convert nya tu. cuma kalau tak silap aku, seriya berat tu =3gram lebih emas.
masa aku tengah tunggu gelang aku siap, ada kakak ni sorang, dia beli seutas gelang. gelang tu berat 16gram lebih. termasuk upah, harga gelang tu RM2,870.00

kawan aku kata murah jika dibandingkan dengan harga emas di kelantan dan KL. aku tak tahu sebab tak pernah masuk kedai emas di KL pon. kat kelantan pon jarang masuk kedai emas. kalau duit kepok-kepok tu lain la... hahaha

lepas dah setel kat kedai emas tu, aku lepak kat pasar besar, sementara tunggu mek dan Ngah.
kami nak ke kota bharu pulak nak melawat new born baby. anak De. Mek tak ikut . dia balik rumah dengan kereta prebet sapu.
gambar ni De wasap kat Ngah. Ngah wasap kat aku. cucu perempuan kedua Tok Ki Abd Ghafar


ke kota bharu sebab nak melawat biras aku, Zura. dia baru bersalin anak sulung pukul 1pagi kat HUSM. jadi kami nak melawat kononnya. dalam perjalanan, Ngah call De. tanya wad nombor berapa. De kata dia sedang buat bayaran sebab dah boleh balik. tengah tunggu turn nak bayar. pastu dia suruh kami tunggu je kat rumah. pastu dia kata Zura je boleh balik. anak kena tahan wad sebab masalah pernafasan sikit.
memandangkan kami dah dekat sangat nak sampai rumah dia, dan memikirkan aku belum makan nasi lagi, Ngah bawak aku ke restoran nasi ulam cikgu taman orkid berdekatan suti.

dah makan baru pergi rumah Zura.
tak kesampaian nak tengok baby. seronok tengok orang ada baby baru. bestnya dapat hidu bau baby.. tapi apakan daya...
sembang sekejap, then balik.

esoknya khamis, pagi-pagi dah bertolak balik KL.

ada cerita sedih jugak.
masa hari selasa petang. lepas aku balik dari rantau panjang. aku pergi kat gerai tengok kak yah meniaga, tengah sembang, tetiba dapat call dari murni kata Juer eksiden. berlanggar dengan teksi masa dia dan sorang kawan keluar lunch. patah kaki kanan. nangis kak yah dengar. mana tak sedih oi. anak lelaki tu je la sorang. nak kawin dah tak lama lagi.
esok nya terus kak yah pergi KL dengan murni. abe D nak ikut jugak tapi tak muat kereta.

jadi masa kami bertolak tu, adik aku Jani pun ikut ke KL, mek pun ikut. Abe D tumpang kereta Jani.

kami sampai KL dalam pukul 3petang. elok mandi solat makan, kami ke PPUM melawat Juer pulak.

kesian. macam-macam dugaan

ok dah panjang benar entry kali ni.
dua hari ambik masa nak siapkan entry ni. maklum sajalah sambil update blog, sambil kerja. kejap taip, kejap stop. mood pon tak sama. lantokkk situ.

sekian,
yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku

p/s : sekarang GreenAard Garcinia Plus ada Year End Sale (YES) dari 19/12/2016 hingga 7/1/2017. so sape nak beli GreenAard GCPlus, boleh dapat harga runtuh RM78 je sebotol. lepas tarikh tu harga balik ke asal RM90 sebotol. boleh WA 012-9311015 kalau berminat