Friday 2 December 2016

Ammar ke Tadika PRA Tahun Depan

Tahun depan (2017) Ammar 6 tahun.
Bulan Ogos yang lalu. aku try apply sekolah PRA untuk Ammar.
sebab aku fikir Ammar darjah 1 nanti memang akan skolah di skolah yang sama dengan abang-abang dia, jadi senang sikit aku rasa.

tak sangka pulak permohonan untuk PRA tu dapat.
jadi tahun depan Ammar akan bersekolah tadika PRA di SKS1 Bandar Kinrara.
ingatkan susah nak dapat, sebab ramai jugak yang cakap susah nak dapat, sebab PRA hanya beri keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah saja.

ye, memang la aku ni pun masuk dalam golongan pendapatan rendah, tapi ramai yg lebih rendah dari aku. gitu.. masa aku apply tu, aku tak letak harapan tinggi sangat untuk dapat. kalau dapat, dapatlah. kalau tak dapat, tak dapatlah.

bila dapat, aku rasa elok jugak. sebab salah satunya yuran tu rendah la berbanding dengan tadika swasta.
elok jugak. setahun tadika kat tadika swasta. setahun lagi kat tagika gamen.

aku ni bukannya tak suka sekolahkan anak kat tadika yang femes yang hebat-hebat tu. cumanya aku kena la berpijak di bumi nyata. sapa taknak wei anak dia pandai cakap english seawal umur 4 tahun. cuma kos dia pun tinggi la jugak.

lagipun, tadika je baru. biarlah dia enjoy dengan dunia kanak-kanak seadanya. takyah paksa-paksa nak cepat pandai. lagipun, takda sebarang formula kata anak yang belajar kat tadika swasta tu semuanya bila besar masuk U. takda pulak formula kata anak yang masuk tadika PRA mahupun KEMAS tu kebanyakannya tak pandai sampai ke sekolah menengah.

bila dah dapat masuk skolah PRA. ada masalah lain pulak.
Transportation.

minggu lepas (26/11/2016) ibu bapa yang anak dia berjaya masuk PRA, ada sesi taklimat ringkas.
aku dengan ngah pon pergi la dengar apa cikgu PRA nak cakap.
antaranya ialah waktu pembelajaran.
budak PRA habis waktu persekolahan lebih kurang 1 jam sebelum budak darjah 1. oleh itu. ibu bapa digalakkan untuk TIDAK hire van budak sekolah biasa kerana biasanya van budak sekolah ni datang lewat. jadi budak-budak tadika terpaksa menunggu sejam untuk balik rumah.
betul jugak tu. anak aku ni nakal dia bukan sikit-sikit. suka explore situ sini. aku nak hire sapa nak ambik ammar ni?

jenuh dah dekat sebulan ni cari transporter tak dapat-dapat lagi. kalau dapat suri rumah yang sama-sama ambik anak dia balik PRA bagus sangat kan. tapi kalau takde jugak, terpaksa la mintak van budak sekolah ambikkan.
pastu aku ingat nak tukarkan taska ammar tu sekali. taska yang ammar duduk sekarang ni ok je. bukan tak ok. cumanya aku kalau boleh nak letak 3 beradik tu selonggok setempat. senang aku nak angkut balik kerja karang, tak perlu kutip sorang kat situ sorang kat sini. aku bercadang nak letak semuanya kat daycare yang amir dan joe tinggal sekarang. cumanya bibik kat situ masak tak sedap hahaha.

anak aku si amir tu la cakap. ada bibik baru kat situ. nama dia Aton. so kami panggil dia bibik Aton. jarang benar dia makan bila bibik aton masak. kalau bibik yang sorang lagi tu masak amir makan je. ntah aku pun pelik. apa yang tak sedap nya sampai taknak makan langsung.









baju raya joe masa joe umur 3 tahun. sekarang dapat kat dia. untung anak semua lelaki. boleh pas-pas baju. pakai sampai lunyai hahaha.





p/s :
siapa nak kurus tanpa perlu diet beriya, boleh try Garcinia Plus keluaran GreenAard ye.
sebotol RM90. FREE postage.
Wasap daku 012-9311015

bye

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku