Friday 14 November 2014

HOD

Aku kerja makan gaji swasta.
taukeh adelah cina. bidang construction.

HOD aku lelaki.
dulu ofis lama, HOD pompuan.
kalau nak bandingkan lelaki dengan pompuan, yang aku dah pernah alami, memang ketara perbezaan dia.
HOD aku sekarang ni seorang yang kalau dia resign, memang aku la orang terpaling bahagia. hahaha.. malahan seluruh isi department ni aku rasa menangis kesyukuran.
sungguh weyh tak tipu ni.

dia ni aku syak saiko sikit. macam ada wayar putus kot. depan public memang dia nampak tenang takda apa yang pelik. tapi dia ni kalau bab kerja memang tak tahan stress.

dia tak boleh banyak kerja, mula lah dia nak hot temper tak tentu pasal.
macam monthly report. sepatutnya dia kena buat dan serah kat director. ni takk, dia suruh aku buat.
padahal aku ni line purchasing. sedangkan report tu line contract. dan HOD aku ni pulak dah tentu-tentu heading purchasing & contract line.
dah tak pasal-pasal aku kena bayangkan kerja QS.

tu takpe lagi. dah kita kuli ni kena hadap je la. walaupun dalam hati tu menangisi huhu..

kami dalam department ni ada 6 orang termasuk HOD.
dia ada bilik sendiri. standard la tu HOD kan.

bila dia nak tegur staff dia, patutnya panggil la staff dia masuk bilik dan kau nak marah pon marah la dia. sila jaga aib staff anda, boleh?
ni tak, kalau dia nak tegur walhal typing error je pun, dia boleh depan-depan semua orang mention secara sukati dia je.
contoh aku kena hari tu. lama dah, sebulan ada la kot.

aku buat comparison sebelum issue PO. comparison tu kena bagi dia review and approve.
aku salah date je pun. tahun 2014 aku pi taip 2015. memang typing error la tu.
macam biasa, comparison sekali dengan suppliers quotation aku attach dan letak atas tray depan dia. selalu dia akan ambik sikit masa untuk review.

lepas 20 minit dia keluar dari bilik dia and datang dekat aku.

".. Roz, (dia je panggil aku Roz, orang lain panggil Ila).."
".. lu punya date salah ni"
aku pun tengok la bahagian date yang dia tunjukkan tu
".. lu tukar then print balik kasi i sign"
"... ooo... tau.."
" ... ooo, lu sudah tau salah tapi u buat bodohh je taknak tukar ye.."
???
tu la cara dia. menegur tapi disamping tu menghangatkan darah orang je. mungkin dia nak buat lawak, tapi tu la, lawak dia tak sampai.

bengang je aku.

pastu beberapa hari nak kursus GST. kami 5 orang kena attend. hanya sorang staff junior je terkecuali, takyah attend.
GST course tu hari Sabtu.

hari Jumaatnya.
HOD aku email kitorang suruh sediakan soalan apa nak tanya kat penceramah tu nanti.
kami semua 5 orang ni macam, errrr... nak tanya apa hek, dengar ceramah pun belum ni. dah la HOD aku mintak hantar kat dia sebelum jam 3pm.
halamak, aku dah la tengah serabut kebetulan banyak materials nak kena order ni. kena jugak siapkan PO hari ni. takut kalau tak sempat faks PO kang materias tak sampai site kang orang site mesti carik aku nanti.


tak sompek aku nak mentelaah kat internet. mana nak kejarkan quotation lagi.

lalu aku pun reka la soklan yang aku rasa relevan dengan tajuk dia GST, tapi agak kampung sikit.

tu pun 2 soklan je aku reka. kawan2 yang lain penuh satu A4 paper. lantaklah situ.

soklan aku lebih kurang bunyik cenggini :

"kalaupun kerajaan kata barang terkawal takkan naik, tapi boleh jamin ke gandum (contohnya), tak naik harga? sedangkan kerajaan tak punya gandum. yang punya gandum adelah peniaga, pemborong tu semua."
bodohkan soklan aku? huhu

lepas lunch, HOD panggil aku ke bilik dia. pintu tak tutup ni hoi.

dia kata kat aku, "Roz, lu punya soklan ni i ingat nak widraw la, soklan ni tak perlu tanya GST lecturer laa, ini soklan lu kena tanya kat Najib laa..."

terbakor jiwa aku sekejapan.

gilo sungguh.

tak boleh ke cakap nice - nice sikit. memang korang rasa macam biasa je. tapi intonasi dia sekali dengan cara senyum sinis dia tu alahai... memang aku rasa nak sepakkkk je. sungguh tak reti nak appreciate orang dia nih.

selasa lepas.
aku nak hantar PO bagi GM sign. terserempak dengan dia depan pantry. ofis GM depan pantry. belakang pantry tu tandas. sila bayangkan sendiri.

jumpa aku.
".. eh Roz, nanti lu tolong ajar Anita buat report jugak tau. dia tu aiyaa, selalu buat mistake la, buat comparison pun boleh salah, tak mau pilih harga murah, aiyoo, saya pun tak tau la dia tu macamana buat kerja, banyak kali simple-simple thing pun boleh salah haa, kalau takmo kerja pergi balik rumah la, haiyaa... bla bla bla.."

???

sukati ko la labuuu...
malas aku nak layan sangat
aku cakap ok ok ok je la. kang kalau cakap lebih-lebih kang sendiri cari sakit hati nanti.

pendek kata yang pernah dan sedang kerja dengan dia tu tau la dia cemana.
macam takde keserasian dalam bekerjasama gitu.

eh ok la.
ada order masuk.

cau cin cau!

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.