Ni aktiviti hari ahad lepas.
membikin donut.
resepi macam biasa la.. hasil bantuan gugel.
gandum 500g
gula sesudu besar
susu pekat yang selalu orang guna untuk buat teh tarik tu... satu sudu besar.
garam satu sudu kecik landai aje, takyah menggunung sangat nanti masin sangat
telur sebiji.
mauripan yis dalam satu per tiga paket. kalau ikut resepi gugel, untuk 1 kg gandum kena letak 1paket yis. patutnya aku letak separuh paket yis la tapi disebabkan itu je la pun saki baki yis yang ada jadi campak je al mana yang ada.
last sekali adelah marjerin dalam satu sudu besar.
yis aku bancuh dengan air panas + gula + susu + garam. biarkan sampai yis berbuih. biarkan seketika. agak2 air tu dah suam gitu, baru aku guna.
gandum aku uli dengan marjerin + telur.
kendian aku tuang air yis tadi dalam gandum. uli hingga penat.
biasanya gandum ni akan melekat-lekat kat tangan. tapi kalau nak hasil donut yang cantik, uliiii je hingga tepung tu dah tak berapa nak lekat di tangan mahupun di bekas ulian.
pastu rehatkan tepung tu hingga ia naik 3 kali ganda. seeloknya tutup bekas tepung tu dengan plastik bagi mengekalkan kelembapan.
sejam kemudian...
uli-uli lagi dan bolehlah di bentuk2 menjadi bentuk donut. lalu digoreng. pandai2 kome la donut tadi nak ditabur gula halus ke atau nak dicelup coklat masakan ke. hehe
hasil doh setelah ia naik 3 kali ganda |
anak no.2 saya pon sibuk membantu. suka la dia |
bentuk donut sebelum digoreng |
sekian,
selamat mencuba.
yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku