Thursday, 19 September 2019

Diamond Gold Skincare Kini Packaging Dalam Kotak.

Bulan lepas HQ DG Skincare telah pon keluarkan DG dengan packaging baru. Kali ni pembungkusan set DG guna kotak pula. Sebenarnya dah banyak kali juga HQ tukar packaging, namun sebelum-sebelum ni, yang mereka tukar hanyalah bentuk dan warna sticker.

Ok nak citer pasal packaging baru.

Set masih ada 2 jenis dan 2 saiz.

DG Set Serum Vit E.
DG Set Triple Serum.

Saiz pulak ada saiz Trial dan ada saiz Exclusive (saiz besar).

DG Set trial Serum Vit E
DG Set Exclusive Serum Vit E

DG Set Trial Triple Serum
DG Set Exclusive Triple Serum.

Meh tengok gambar pulak.




Perasan tak?

Set exclusive dah jadi lebih murah.

Dulu DG set exclusive serum vit E harga RM220 semenanjung. (RM230 Sabah Serawak)
Sekarang dengan packaging terbaru guna kotak ni, harga jadi RM190 je. (RM200 Sabah Serawak).

Sebabnya dalam set terbaru ni, sabun hanya ada 1 ketul je. Packaging lama sabun ada 2 ketul.
Item lain dalam set masih kekal, takde perubahan. Krim masih 15gram each. Serum masih 60biji/botol. Hanya sabun je kurang seketul.
Sangat berbaloi pada aku sebab kalau harga loose, sabun DG RM25/pc.

Aku jangkakan lepas ni akan lebih ramai orang pilih set exclusive.



Malam tadi ada sorang kakak dari Balakong datang rumah aku nak beli set DG.
Mula-mula nak set trial.
Aku pun serah kat tangan dia set trial. Lepas tu sembang pasal harga loose.
Sembang pasal set trial set exclusive.
Bila dengar aku cakap set exclusive RM190 (jeeee) terus dia mintak tukar ambik set exclusive. hahaha..

Baru nak try pakai DG skincare katanya.
Dia cerita kat aku. Dia tertarik tengok seorang perempuan muda kerja kedai makan tempat dorang sekeluarga selalu makan.

Kulit muka budak tu kemain cerah. Bersihhh sangat. Orang Thailand katanya.
Kakak ni pun risik tanya pakai apa. Rupanya pakai DG skincare.
Budak Thailand tu siap tunjuk kotak set DG kat kakak ni. Supaya tak tersalah beli.
Kemain sporting mendedahkan rahsia kecantikan hahaha.

Kakak ni pun apa lagi. Terus mintak suami dia carikan.
Suami dia tolong gugel, lepas tu jumpa agen Gombak. Tapi katanya tak jadi pergi Gombak sebab minggu lepas dorang rushing balik Terengganu.

Lepas balik dari Terengganu, kakak ni suruh suami gugel lagi sekali dan jumpalah blog picisan aku.

Orang kata selagi tak dapat, rasa tak lengkap kann. Jadi jangan di tahan-tahan. Nak, terus cari. Jumpa, terus beli. hahaha

Dan betul lah.
Rezeki takkan salah alamat.
Kakak ni datang cari aku beli 1 set exclusive DG Serum Vit E.

Paling terharu, kakak ni super ramah oii.. masa sembang tu rasa macam dah sepuluh tahun kenal hahaha.

Aku ni sebenarnya jenis pendiam. Pendiam je tau, bukan pemalu. Kalau jumpa yang pandai lead the conversation, Insya Allah aku jadi ramah dan gila-gila. Kakak ni memang pandai lead.

Insya Allah katanya kalau serasi, nanti dia akan datang beli dengan aku lagi.

Saya tunggu kakk.. hihi.

Pasni aku nak racun dia suruh jual DG pulak. Sebab PR kakak ni memang bagus. Cara sembang dia tu santai dan buat kita yang tak kenal ni rasa selesa. Orang-orang macam ni dia tak sedar yang sebenarnya dia ada influence power.


** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Nak kulit cerah bersih macam adik manis ni?
Meh grab sekotak set DG.

Wasap 012-931 1015 - kak ila untuk order.

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Wednesday, 4 September 2019

Bermalam Dalam Khemah Di Suara Rimba Chelat Kunang-Kunang, Hulu Langat.

Lama weiiii tak update blog.
Ahhh tak kisah la.

Bukan ada orang rindu aku pon. kahkahkah..

Hujung minggu merdeka lepas, kami sekeluarga pergi berkhemah di Suara Rimba Chalet Kunang-Kunang, Hulu Langat. Tidur sana dalam khemah-bawak-sendiri 2D1N.

Plan asal,  pergi 3 keluarga, tapi sehari sebelum bertolak, satu keluarga tarik diri sebab anaknya tiba-tiba demam panas. Kawan tempat kerja Ngah jugak tu. Kesian dia.

Ngah dengan Usop tong-tong duit makanan RM50 seorang untuk BBQ. Kawan tu pun bayar jugak RM50. Tapi nak buat macamana, takde rezeki huhu.. Anak demam panas jangan buat main weiii.. nak-nak pulak bawa masuk hutan. Kalau aku pun tak berani.

Usop ni anak dia baya-baya anak-anak aku la jugak. Dulu kitorang pernah sama-sama pergi mandi sungai kat mana ntah, ada aku blog pasal ni dulu.

Anak-anak pun memang best friend.
Nama isteri Usop pon sama Ila jugak, sama dengan nama aku hahaha.

Check in pagi Sabtu 31/8/2019.
Sebelum tu Ngah dah booking dengan membayar RM20 kepada pengurus chalet (mungkin dia la kot tokey. Ngah panggil dia puan Sue).

Kami sampai sana dalam pukul 10 lebih. Ngah masuk nak check in, sekali staff kata kena check in pukul 2petang.
Ngah frust sebab masa booking hari tu puan Sue kata boleh check in pukul 10pagi. Ngah bukan apa, dia lagi suka masuk pagi-pagi sebab nak pilih lokasi terbaik. Lepas tu nak pasang khemah lagi.

Lagipun masa booking kata boleh check in awal. Kemain pagi-pagi buta keluar rumah. Kalau tau kena tunggu pukul 2petang, baik kitorang gerak lewat je.

Aku rasa pelanggan tak kisah kalau diberitahu lebih awal, atau cakap je boleh check in awal KALAU takde pelanggan masa tu.

"Check in adalah pukul 2pm encik, tapi jika kebetulan tiada customer ketika encik nak masuk tu, kami benarkan encik check in lebih awal." Haaaa gitohhhh.

Kan senang?

Masa ni Usop belum sampai lagi.

Dalam pukul 11pagi puan Sue sampai dan akhirnya kami boleh check in awal.
Masuk-masuk tu tapak khemah memang kosong takde sape pun. Iye la, semalam kan Jumaat. Orang masih kerja. Sape je datang berkhemah hari berkerja kan?

Dah masuk, kami pilih tapak khemah paling rapat dengan sungai. Tapak ni memang paling hujung, dan takkan ada orang melintas depan khemah kami.  Hari kami pergi tu, semua tapak khemah fully booked.

Puan Sue kata ada satu group 7 family akan datang kejap lagi. Jadi pada pandangan kami, memang elok la kami ambik tapak paling terpencil. Kalau ambik kawasan tengah, nanti mesti mengadap khemah dorang. Nak buat ungun api nak bakar ayam pun mesti depan khemah dorang. Kan ke segan kalau begitu?

Puan Sue tu baik dan ramah giler. PR dia bagi aku bagus.

Kat sini kalau bawak khemah sendiri, harga lebih murah. Kalau rasa leceh nak kena beli khemah bagai tapi guna hanya setahun sekali. tak payah beli khemah. Kat sini dorang sediakan khemah. Aku tengok kondisi khemah dia pun semua cantik. Memang boleh tahu khemah tu khemah baru.

2 tapak khemah dengan khemah sendiri, harga Puan Sue charge adalah RM80 (RM40 untuk family Ngah, RM40 untuk family Usop). Aku tak pasti ini harga seperti dalam page dorang atau harga special yang Puan Sue bagi.

Boleh refer rate kat page dorang. Taip je nama chalet tu.

Ok jom layan gambar.

Nak ambik gambar sekeluarga tapi Ngah dan Amir sibuk angkut barang ke tapak khemah. Dapat snap dua beradik ni pon jadik la. Ni pon stress pujuk. dorang ni kalut nak masuk mandi benornya haha.

Hari pertama. Baru siap pacak khemah.





Aku sebenarnya tak suka budak mandi kat kolam buatan ni. Sebab kat belah atas tu kolam itik dan angsa berkubang. Memang la air kolam itik tu tak mengalir masuk dalam kolam budak-budak ni tapi kalau air melimpah, atau dibuatnya itik-itik tu terlebih galak, memang air masuk tu ke kolam bawah. Siapa pernah datang sini faham la maksud aku.

Nama pon budak. Larang pon mana dorang hirau.


Nampak tak pagar kat belakang Usop tu?
Kena melepasi pagar tu baru ada tapak khemah. Dalam pagar, adalah kawasan chalet tapi sayang aku tak snap langsung gambar chalet. Masa mula-mula sampai, handphone aku dah nak habis bateri. Power bank pulak berebut dengan Joe, si kaki tik tok.

Ni pon kebanyakan gambar ehsan dari phone Ngah dan isteri Usop. huhu






  

Anak perempuan Usop ni kemain kental haha.

Dari pagi mambawak ke petang taknak naik. Nak berendam je kerja.

Padahal bibir dah biru, badan pun dah vibrate. Tapi pantang ajak naik, terus muncung kat umi dia. Umi dia pulak kebetulan 1st day datang bulan. Memang takleh berendam.

Humairah ni dia taknak dengan orang. Nak dengan mak pak dia je. Ni pun dah masuk hari kedua dah nak balik dah pon, baru nak dengan aku. Agaknya muka aku ni mengerikan kot. Walaupon mak hencik gigih pakai DG skincare tetap seram barangkali. Ni kalau tak pakai apa-apa, mahu sawan budak tu tengok aku kahkahkah.

Tuan tanah dengan makanan berpisah tiada.

Pertandingan susun 10biji batu. Pemenang akan dapat top up bernilai RM5.
Saja nak bagi seronok-seronok.


 Pemenang susun batu.

kawan baik
 






Tahun depan kemana kita??