Monday, 25 November 2019

Nasi Goreng Ayam Campur Kacang Panjang Simple

Bahan-bahannya:

Bawang putih 2 ulas
Bawang holland 1 biji
Nasi sejuk untuk 5 orang makan
Dada ayam
Kiub pati Ayam Maggi separuh ketul je
Kacang panjang 7 tangkai
Carrot suku batang
Minyak masak separuh cawan untuk menumis.

Selanjutnya rujuk video dibawah hehe.


Tak tau la kenapa video aku ni kecik dan sempit sangat pandangan.
Aku tengok video orang lain kemainnnn lagi terang benderang dan besar betul.
Tapi tu la, tak tau nak ejas macamana.
Nak belajar pun, sekeliling aku ni takde sape pakar bidang ni ekekeke. Dan takde masa juga nak kelebet benda ni hahaha.

Adekah yang video cantik-cantik tu menggunakan i phone canggih manggih?
Aku rasa tak semestinya kot.
Aku tengok video masak-masak orang Thai, orang Bangladesh, dan orang Nepal (semua kakak layan oiiii hahaha) takkan la semua pun ada handphone canggih kottttt.

Takpe, nanti aku slow-slow belajar lah.


** Testimoni pengguna Diamond Gold Skincare **

Kagum giler tengok perubahan adik manis ni. Cerah dan bersihhhhh sangat kulitnya. Kalau rajin pakai memang lawa. Sebab tu aku selalu pesan kat customer yang baru pertama kali nak cuba, suruh rajin pakai. At least set pertama tu biar tak ponteng. Jangan pakai time rajin je.

Alhamdulillah, setakat ni semakin ramai pulak patah balik pakai DG setelah beberapa bulan curang hihi.

Yang sedihnya bila ada ex-agent, dulunya aktif jual DG, lepas tu bila dah berenti jual, dan bila dia jual produk lain pula, dia pergi burukkan DG.

Allahh.. Jangan la macam tu.

Aku tahu pun, sebab customer tu cerita. Katanya dia pakai DG beli dari A. Lepas tu nak repeat order A cakap dia dah tak jual DG lagi. Customer, biasa la kan mesti tanya kenapa dah tak jual. A pon apalagi, terus ambil kesempatan burukkan DG. Demi kepentingan diri sendiri, dengan harapan customer tu tukar pakai produk yang dia baru jual pulak. Agaknya leww.

Customer tu pun cari agen lain, lalu jumpa aku.

Kita sebagai penjual produk, ceritakanlah keistimewaan produk yang kita jual tu, cerita yang best-best hingga orang meleleh ailio nak beli dan dan tu jugak. Janganlah sekali-kali burukkan produk yang kita tak jual.

Urusan rezeki adalah urusan Allah.
Susah hati, adukan pada Allah.
Nak sale banyak, mintak dengan Allah.
Gitooohhhh... tiba-tiba jadi ostajah jadian hahaha.

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Friday, 22 November 2019

Jamuan Akhir Tahun Kelas 2 Syukur

Semalam sekolah agama; kelas Ammar 2 Syukur dan kelas Joe 4 Syukur ada jamuan potlock.

Mula-mula dapat tahu tu ustaz kelas Joe yang hantar wasap dalam group. Katanya murid tahun 4 semua buat jamuan sekaligus. Menu ditetapkan siap-siap oleh cikgu.

Kelas 4 Taubat - bawa spageti / bihun / macaroni
Kelas 4 Khauf - bawa nugget / ayam goreng / sosej
Kelas 4 Zuhud - bawa kuih muih atau sebarang makanan ringan
Kelas 4 Sabar - bawa air twister oren
Kelas 4 Syukur (kelas Joe) - bawa air twister oren
Kelas 4 Ikhlas - bawa buah-buahan / desert.

Senang kerja aku. hehehe..

Aku rasa cara cikgu kelas 4 handle majlis jamuan ni sangat teratur.
Dapat elakkan pembaziran jugak sebab pilihan makanan lebih balance. Takde la tiba-tiba tu ramai nau bawak bihun goreng. Sampaikan murid pun naik muak tengok bihun hahaha.
Variety pon ye jugak. Macam-macam hado.

Lepas pada dapat info dari ustaz kelas Joe, dapat pulak info dari ustaz kelas Ammar, pasal jamuan akhir tahun. Rupanya jatuh pada hari yang sama. Bezanya Kelas Ammar sesi pagi, kelas Joe sesi petang.

Ustaz kelas Ammar minta ibu bapa senaraikan nak bawak apa. Aku bawak air twister oren jugak la dah alang-alang tu kan, suruh apak dorang belikan sekaligus hehehe.

Beberapa gambar kenangan ustaz kelas Ammar share dalam group.
Kita tepek sini. Mana tau kan, 20 tahun nanti salah seorang dalam gambar ni jadi perdana menteri ke, jadi pilot ke, jadi artis ke. Jadi menantu ke. ehhhh..










Comey je semua. Muka suci masing-masing walaupun comots hehehe.

Gambar kelas Joe takde pulak ustaz share kat group.
Nak mintak, i is segan huhu... dapat gambar kelas Ammar ni pun ehsan salah seorang ibu dalam group minta ustaz share gambar. Barulah dapat.

Hari ni kelas Amir si anak bujang tingkatan 2 pulak ada jamuan.

Tapi aku tak bekalkan apa-apa pon.
Pasalnya cikgu dah collect RM5/murid untuk jamuan.

Dua hari sebeluma tu, salah seorang parent ni dia kata nak sponsor KFC.
Lepas tu bersambung-sambung pulak ada yang kata nak hantar bihun, ada yang nak bawa apam, kek, air twister oren, buah dan macam-macam lagi. Dah jadi potluck pulak.

Aku tanya Amir nak bawak apa-apa tak. Dia mintak gorengkan nugget. Aku kata dah ada yang bawak nugget. Apa kata umi goreng keropok je. Lamaaaa dia diam, berfikir agaknya. Lama betul weyhh sampai malam tadi baru jawab hahahaha...

Takyah bawak apa-apa la. Sebab dah banyak sangat makanan kata dia.
Pisang nak? aku tanya. hahaha pisang je terlintas sebab paling mudah.
Ponnn dia kata tak payah.

Ok lah kalau taknak, budaknan satu ni tak boleh paksa-paksa nanti dia sentap hahaha.
Malam tadi lepas maghrib aku ingat nak keluar kejap dengan Ngah nak cari barang, nak jugak sponser apa-apa kalau boleh.
Ehh tup-tup kawan satu kelas dia Eiman datang rumah ajak teman beli jajan, katanya nak bawak sekolah jamuan esok.

Tak lama lepas tu Amir bawak balik gula-gula 2 peket. Adoi la nakkkkk. Sape je nak makan gula-gula ngko ni. Elok la sangat. Ngko beli gula-gula, Si Eiman beli sumi. hahahahaha...

Esok dah start cuti sekolah.
Bermula la rutin baru kakak tetiap pagi kena masak sikit-sikit bekal anak-anak duduk rumah.
huhu..


** Testimoni Diamond Gold Skincare **


Bersihhhh sangat kulitnya sejak konsisten pakai DG.
Kakak ada jual, kalau nak beli boleh wasap nombor kakak ye.

012-931 1015 - kak ila ngko.. hikhik

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.