Wednesday, 4 September 2019

Bermalam Dalam Khemah Di Suara Rimba Chelat Kunang-Kunang, Hulu Langat.

Lama weiiii tak update blog.
Ahhh tak kisah la.

Bukan ada orang rindu aku pon. kahkahkah..

Hujung minggu merdeka lepas, kami sekeluarga pergi berkhemah di Suara Rimba Chalet Kunang-Kunang, Hulu Langat. Tidur sana dalam khemah-bawak-sendiri 2D1N.

Plan asal,  pergi 3 keluarga, tapi sehari sebelum bertolak, satu keluarga tarik diri sebab anaknya tiba-tiba demam panas. Kawan tempat kerja Ngah jugak tu. Kesian dia.

Ngah dengan Usop tong-tong duit makanan RM50 seorang untuk BBQ. Kawan tu pun bayar jugak RM50. Tapi nak buat macamana, takde rezeki huhu.. Anak demam panas jangan buat main weiii.. nak-nak pulak bawa masuk hutan. Kalau aku pun tak berani.

Usop ni anak dia baya-baya anak-anak aku la jugak. Dulu kitorang pernah sama-sama pergi mandi sungai kat mana ntah, ada aku blog pasal ni dulu.

Anak-anak pun memang best friend.
Nama isteri Usop pon sama Ila jugak, sama dengan nama aku hahaha.

Check in pagi Sabtu 31/8/2019.
Sebelum tu Ngah dah booking dengan membayar RM20 kepada pengurus chalet (mungkin dia la kot tokey. Ngah panggil dia puan Sue).

Kami sampai sana dalam pukul 10 lebih. Ngah masuk nak check in, sekali staff kata kena check in pukul 2petang.
Ngah frust sebab masa booking hari tu puan Sue kata boleh check in pukul 10pagi. Ngah bukan apa, dia lagi suka masuk pagi-pagi sebab nak pilih lokasi terbaik. Lepas tu nak pasang khemah lagi.

Lagipun masa booking kata boleh check in awal. Kemain pagi-pagi buta keluar rumah. Kalau tau kena tunggu pukul 2petang, baik kitorang gerak lewat je.

Aku rasa pelanggan tak kisah kalau diberitahu lebih awal, atau cakap je boleh check in awal KALAU takde pelanggan masa tu.

"Check in adalah pukul 2pm encik, tapi jika kebetulan tiada customer ketika encik nak masuk tu, kami benarkan encik check in lebih awal." Haaaa gitohhhh.

Kan senang?

Masa ni Usop belum sampai lagi.

Dalam pukul 11pagi puan Sue sampai dan akhirnya kami boleh check in awal.
Masuk-masuk tu tapak khemah memang kosong takde sape pun. Iye la, semalam kan Jumaat. Orang masih kerja. Sape je datang berkhemah hari berkerja kan?

Dah masuk, kami pilih tapak khemah paling rapat dengan sungai. Tapak ni memang paling hujung, dan takkan ada orang melintas depan khemah kami.  Hari kami pergi tu, semua tapak khemah fully booked.

Puan Sue kata ada satu group 7 family akan datang kejap lagi. Jadi pada pandangan kami, memang elok la kami ambik tapak paling terpencil. Kalau ambik kawasan tengah, nanti mesti mengadap khemah dorang. Nak buat ungun api nak bakar ayam pun mesti depan khemah dorang. Kan ke segan kalau begitu?

Puan Sue tu baik dan ramah giler. PR dia bagi aku bagus.

Kat sini kalau bawak khemah sendiri, harga lebih murah. Kalau rasa leceh nak kena beli khemah bagai tapi guna hanya setahun sekali. tak payah beli khemah. Kat sini dorang sediakan khemah. Aku tengok kondisi khemah dia pun semua cantik. Memang boleh tahu khemah tu khemah baru.

2 tapak khemah dengan khemah sendiri, harga Puan Sue charge adalah RM80 (RM40 untuk family Ngah, RM40 untuk family Usop). Aku tak pasti ini harga seperti dalam page dorang atau harga special yang Puan Sue bagi.

Boleh refer rate kat page dorang. Taip je nama chalet tu.

Ok jom layan gambar.

Nak ambik gambar sekeluarga tapi Ngah dan Amir sibuk angkut barang ke tapak khemah. Dapat snap dua beradik ni pon jadik la. Ni pon stress pujuk. dorang ni kalut nak masuk mandi benornya haha.

Hari pertama. Baru siap pacak khemah.





Aku sebenarnya tak suka budak mandi kat kolam buatan ni. Sebab kat belah atas tu kolam itik dan angsa berkubang. Memang la air kolam itik tu tak mengalir masuk dalam kolam budak-budak ni tapi kalau air melimpah, atau dibuatnya itik-itik tu terlebih galak, memang air masuk tu ke kolam bawah. Siapa pernah datang sini faham la maksud aku.

Nama pon budak. Larang pon mana dorang hirau.


Nampak tak pagar kat belakang Usop tu?
Kena melepasi pagar tu baru ada tapak khemah. Dalam pagar, adalah kawasan chalet tapi sayang aku tak snap langsung gambar chalet. Masa mula-mula sampai, handphone aku dah nak habis bateri. Power bank pulak berebut dengan Joe, si kaki tik tok.

Ni pon kebanyakan gambar ehsan dari phone Ngah dan isteri Usop. huhu






  

Anak perempuan Usop ni kemain kental haha.

Dari pagi mambawak ke petang taknak naik. Nak berendam je kerja.

Padahal bibir dah biru, badan pun dah vibrate. Tapi pantang ajak naik, terus muncung kat umi dia. Umi dia pulak kebetulan 1st day datang bulan. Memang takleh berendam.

Humairah ni dia taknak dengan orang. Nak dengan mak pak dia je. Ni pun dah masuk hari kedua dah nak balik dah pon, baru nak dengan aku. Agaknya muka aku ni mengerikan kot. Walaupon mak hencik gigih pakai DG skincare tetap seram barangkali. Ni kalau tak pakai apa-apa, mahu sawan budak tu tengok aku kahkahkah.

Tuan tanah dengan makanan berpisah tiada.

Pertandingan susun 10biji batu. Pemenang akan dapat top up bernilai RM5.
Saja nak bagi seronok-seronok.


 Pemenang susun batu.

kawan baik
 






Tahun depan kemana kita??

Tuesday, 20 August 2019

Aidiladha 2019. Pekan

Tahun ni raya haji kami sambut di Pekan, Pahang. Rumah family Ngah.
Raya haji jatuh pada hari Ahad 11/8/2019. 
10/8/2019 hingga 17/8/2019 tu pulak cuti sekolah seminggu. Memang cun sangat la warga pantai timur balik beraya seminggu terus.

Tapi memandangkan kali ni balik Pekan, tambah pulak cuti tahunan aku pun dah habis, terpaksa apply 2 hari je. OK la tu. Kat Pekan takde apa sangat. Cuti lama-lama pun tak tahu nak pergi mana. Balik-balik masuk dapur bukak tudung saji. Ulang alik ke dapur je pat belas kali sehari. Itu pasal la berat aku dah 68kg. 

Sementelah cuti sekolah seminggu, memang hazabedah jugak meredah jalan jem. Ngah tengok kawan-kawan update kat fb kata Bentong jem 2 jam tak bergerak, dia pun ajak kitorang lalu jalan Kuala Pilah. Aku dah agak dah, musim ni kau lalu la jalan mana pon, tetap jem jugak. 

Tapi takpe, aku suka je lalu jalan kampung, lalu jalan yang tak biasa dilalui bagi aku satu new journey gituu. So semua dah plan, kalau sempat, kita singgah mandi kat R&R Ulu Bendul. 3 beradik tu la paling eksaited.

Sampai Ulu Bendul dah lebih 6.30petang. Orang pun tak ramai, dah balik agaknya. Almaklumla esok kan raya. Yang ada cuma beberapa keluarga india dan sekumpulan budak-budak remaja baru-nak-up.



 Budak-budak baya ni, memang suka la main air. Aku rasa kalau rumah dekat, harus tiap-tiap minggu muka dorang je dalam kolam ni.
 Tajuddin.
Dia dengan bangganya kata dah pandai berenang. kahkahkah


 Yang sorang ni penakut. Jadi port dia hanyalah di pinggir tangga je. Boleh la tu.

 Ni belah atas. Ramai je mandi belah atas kat area pondok hijau tu, aku malas nak meneroka sangat sebab period 1st day ni mudah benar sakit pinggang.






Laki bini lepak bawah khemah sambil kunyah ayam gorang seringgit.
Ada penjual ayam goreng kat tempat parking kereta tadi. Ngah beli sikit. Sekali nampak seekor kucing miow miow mintak ayam. Bagi lah seketul.

Tiba-tiba datang lagi dua ekor, agaknya bau makanan kot.
Patutnya ayam tu untuk 3 badik tu tapi takpe la. Bagi je la kat kucing dulu. So ketiga-tiga ekor kucing dapat seketul ayam singgit.

Dalam kereta budak-budak tanya mana ayam goreng. Aku cakap dah bagi kucing, dan-dan tu merajuk oii.

Terpaksa singgah bandar Pilah beli pizza hat RM5 sekeping tu. Makan la korang jangan berebut. umi kau dah beli sorang sekeping, gaduh kang siap la.







Sambung perjalanan pukul 7.30malam. Sampai rumah abah kat Pekan pukul 11.45malam.

Pagi raya, mak masak rendang ayam lawan dengan nasi himpit.
Mak jugak menempah satay ayam dan daging.
Selain satay, mak tempah jugak laksa pahang.

Part tempah satay segala ni, tacing jugak aku sebagai menantu hantu huhu.
Masa raya puasa yang lepas, mak tempah satay dan laksa. Masa tu yang balik hanyalah Cik sekeluarga dan Sat yang masih bujang. Ngah dan De tak balik, kami beraya di kelantan.
Mak cakap dia rasa macam tak best selagi tak hidangkan satay dan laksa sebagaimana dia hidangkan masa raya puasa. Sebab anak-anak yang tak balik tak dapat makan. Sampai macam tu sekali ngko, dia punya prihatin.

Banyak pulak tu dia order.

Jenuh ulang alik makan dari pagi hingga malam. Memang takde waktu lapar pun weyhh.

Lepas maghrib Amir tanya takde nasi ke? hahaha.. dasar perut melayu sungguh.

Terpaksa aku jegilkan biji mata suruh Amir tak minta nasi depan-depan mak mertua hahaha. Makanan banyak giler weyh takkan aku nak masak nasi pulak lagi. Kalau rumah mek tu lain la. Ni rumah mertua kau jangan mengada-ngada hahaha. Walaupun mak tak kisah, tapi aku kisah. Gituuuu.

Petang tu abah bawak balik 3 plastik daging korban dari masjid. Tak lama lepas tu, adik mak datang bawak seplastik daging. Katanya dia korban tahun ni. Merasa jugak la walaupun tak balik kelantan hihi.

Seplastik daging tu aku masak singgang.

Pagi raya kedua mak masak mee kari.
Mee kari pon ada cerita dia jugak.

Aku kan ada buat open house lepas raya puasa hari tu. Antara menunya mee kari.
Memandangkan jamuan start dari tengahari sampai larut malam.
Sat dan Cik sekeluarga sampai lepas isyak. Paling last. Waktu tu mee kari yang Ngah masak dah habis. Yang ada hanya nasi hujan panas, lemang dan nasi himpit rendang daging.

Agaknya anak bercerita tak sempat makan mee kari rumah Ngah, tu sebabnya mak masakkan mee kari raya kedua.

Tu aku cakap, mak ni pantang dengar, dia mesti usahakan. tu cara-cara tak request.
Kalau request, memang PASTI dapat.

Raya kedua aku masak nasi. Kesian kat anak bujang aku tu sebelum tidur dah pesan esok nak makan nasi kahkahkah.

Petang raya kedua De dah bertolak balik Kelantan untuk hantar isteri dan anak dia balik. Esoknya dia bertolak dari kelantan ke Puchong. Malamnya tu dah kena kerja.

So tinggal la keluarga Ngah dan Sat.

Raya kedua dorang pasang tangki untuk lajukan air kat rumah mak.
Rumah mak sebelum ni air laju je, tu sebab tak perlukan tangki. Tapi sejak perumahan dah makin banyak, air pun jadi slow. Nak basuh baju pun terpaksa pergi dobi, kalau nak guna mesin basuh kena bangun pukul 5pagi. Masa tu air laju.

Ngah dan adik bongsunya siapkan jugak tangki air tu. Tangki Ngah beli dari Shopee.

Tengahari Rabu, kitorang bertolak balik Puchong.
Sampai Puchong elokk azan Asar.

Kat bawah ni aku tepek gambarrrrr je. Untuk kenangan diri sendiri huhu.

Muka tuan tanah mana pernah runcing.  

 Makngah dan Ayra.
Ayra ni anak sulung De. Tak lama lagi dalam bulan 10 ni nak dapat adik baru.
Jarang-jarang sekali jumpa, dia susah nak mesra dengan orang.


 Berjaya jugak capture sekeping hahaha.. Kemahinn muka tak redho.
 Penampakan dua rakan subahat sedang melarikan motor To'Ki





 Gigi kedua Ammar tanggal jugak akhirnya.
Dah lama goyang, cuma tak kuat mana. Dia kunyah lauk tiba-tiba jadi makin goyang.
Jenuh jugak aku tarik, taknak jugak tanggal.
Akhirnya dengan jasa Tajuddin, tercabut juga.
Kedua-dua giginya dicabut oleh Tajuddin.





 Laman rumah To'ki luas.
Tolak la sampai lebam.







 Ni raya ketiga.
Aku angkut anak-anak ke kedai dobi. Sementara Ngah kat rumah uruskan pemasangan tangki air. Air rumah mak bukan takde, cuma slow sangat. Jangankan nak basuh kain baju, nak mandi pun berpeluh dulu dalam bilik air menunggu air penuh sebaldi


  Masa Ngah uruskan kerja pasang tangki dan pump air, dia jumpa satu paip bocor. Bocor tu sebelum meter. Dia nak baiki tapi aku tak bagi.
Aku cakap kalau kebocoran selepas meter, ya kita boleh usik sebab air tu dah jadi air kita. Ni bocor sebelum meter kena lapor kat pihak berwajib.


Tak tau la abah dah lapor ke belum, sebab esoknya kami dah balik Puchong.

Kitorang balik Puchong raya ke empat. Malam sebelum baliknya tu, bawak abah, mak dan Sat keluar makan. Konon nak makan steambot tapi takde rezeki. Kedai steambot kat Pekan tutup. Memandangkan aku nakk sangat makan steambot, Sat bawak kitorang hingga ke Kuantan tapi dah namanya takde rezeki, kedai tu pun takde steamboat. Kedai tu buka, cuma steamboat tak jual. Yang jual hanya shellout.

Taknak shellout. Kami patah balik ke Tanjung Lumpur. Singgah je la mana-mana kedai pon. Janji dapat makan. Dah sejam cari kedai steamboat takde jugak. Abah pun dah nampak penat.

Akhirnya singgah Sintari (ke Santari aku dah lupa)
Kami makan bergoreng bergoreng je. Nasi goreng USA, nasi goreng paprik, nasi goreng seafood.. gitu je la. Nak order makanan hidang takut lambat.

Sekian.
Yang baik dari Allah.
Yang buruk dari Aku.