Wednesday, 5 November 2014

Resepi Belut Masak Paprik

Kat Machang, setiap pagi isnin memang agak meriah sebab ada pasar pagi yang terkenal dipanggil Pasar Ssena. Ssena ni bermaksud Isnin, orang kelantan panggil hari isnin sebagai hari ssena. jadi, pasar isnin dipanggil pasar ssena. tengok la kreatip tak kreatip bahasa kami huhu.

gambar paprik belut ni dah lama dah. kalau tak silap aku hujung tahun 2013. sekarang ni dah hujung tahun 2014.

balik kampung tahun lepas. pergi pasar ssena.
ternampak ada mokcik ni duduk bersila jual belut. belut yang dia jual memang dia dah siap2 siang dan bersihkan dan dah siap2 pack kan dalam plastik.
aku masuk dekat dan tanya berapa RM.
katanya RM10.00.
aku ingat RM5 jek hehe

lalu aku beli sepeket.
aku ni memang dah lama teringin nak makan belut. tapi tu la, nak siang i is tak reti. malahan geli campur takuit. sebab belut tak duduk diam. pergerakan dia macam ul*r. dan sangat licin.

dah beli balik masak paprik.
sedap weyh..
nah resepi kalau nak cuba.
:)

tambah air kalau nak berkuah sikit ye. jangan jadi macam aku. 

Bahan-bahan :

3 ekor belut yang telah dipotong pendek dan dibersihkan
bawang putih 1 ulas
bawang merah besar 1 biji
halia besar sikit dari bawang putih
bawang besar (yang kuning tu) 1 biji
cili giling 1 sudu besr
sos cili 1 sudu besar
sos tomato 1 sudu besar
sos tiram 1 sudu besar
daun limau purut 5 helai
serai 1 batang
2 batang kacang panjang yang dipotong pendek2
kobis bunga sebesar penumbuk (hari tu buat aku tak letak, sebab takde huhu)
cili padi 5 biji (pun aku tak letak sebab anak2 tak boleh makan pedas)
minyak masak untuk menumis (lebih kurang 3 per 4 cawan)

panaskan minyak.
tumiskan bawang putih, bawang merah besar dan halia yang telah ditumbuk lumat.
masukkan cili giling. tumis sampai garing. (kalau guna cili giling yang kat kedai tu, seeloknya bancuh dulu dengan sedikit air, baru ditumis supaya kegaringan dia sekata, sebab kebiasaannya cili giling kedai ni agak pekat.
masukkan belut, sos cili, sos tomato dan sos tiram. letak sedikit air.
masukkan daun limau purut, serai.
masukkan kacang panjang,kobis bunga dan cili padi yang diketuk kasi pecah
perasakan dengan garam dan gula. masukkan juga ajinomoto jika suka.


sekian.

yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku

Tuesday, 4 November 2014

Donut asal boleh nama dia :P

Ni aktiviti hari ahad lepas. 
membikin donut.
resepi macam biasa la.. hasil bantuan gugel.


gandum 500g
gula sesudu besar
susu pekat yang selalu orang guna untuk buat teh tarik tu... satu sudu besar.
garam satu sudu kecik landai aje, takyah menggunung sangat nanti masin sangat
telur sebiji. 
mauripan yis dalam satu per tiga paket. kalau ikut resepi gugel, untuk 1 kg gandum kena letak 1paket yis. patutnya aku letak separuh paket yis la tapi disebabkan itu je la pun saki baki yis yang ada jadi campak je al mana yang ada.
last sekali adelah marjerin dalam satu sudu besar. 

yis aku bancuh dengan air panas + gula + susu + garam. biarkan sampai yis berbuih. biarkan seketika. agak2 air tu dah suam gitu, baru aku guna.
gandum aku uli dengan marjerin + telur.
kendian aku tuang air yis tadi dalam gandum. uli hingga penat.
biasanya gandum ni akan melekat-lekat kat tangan. tapi kalau nak hasil donut yang cantik, uliiii je hingga tepung tu dah tak berapa nak lekat di tangan mahupun di bekas ulian.
pastu rehatkan tepung tu hingga ia naik 3 kali ganda. seeloknya tutup bekas tepung tu dengan plastik bagi mengekalkan kelembapan.

sejam kemudian...

uli-uli lagi dan bolehlah di bentuk2 menjadi bentuk donut. lalu digoreng. pandai2 kome la donut tadi nak ditabur gula halus ke atau nak dicelup coklat masakan ke. hehe






hasil doh setelah ia naik 3 kali ganda

anak no.2 saya pon sibuk membantu. suka la dia



bentuk donut sebelum digoreng

jangan tiru macam saya goreng donut api besar. sudahnya donut sekejapan aje dah gelap. sebaiknya minyak kasi deep fry, dan api seeloknya kecik aje. mula menggoreng setelah minyak benar2 panas. again, api slow/sederhana.






sekian,
selamat mencuba.

yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku