Wednesday, 9 August 2023

Kos X-Ray Dan Medical Check-up Klinik Swasta Untuk Sambung Belajar IPT

Kot ada sesiapa yang meng-gugel kos xray dan tersesat masuk kedalam blog aku ni, ini adalah kisah anak sulung aku Amir yang dapat tawaran belajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Antara syarat MARA adalah pelajar kena buat xray dan medical checkup. 

Masa dapat tahu nak kena buat x-ray dada segala, aku pon mula gugel nak tengok anggaran kos kalau buat kat hospital swasta. Tertelan ailio beberapa kali bila tengok ada yang RM300 lebih, ada yang sampai RM500 lebih. 

Balik rumah, bincang dengan Ngah. Kitorang pertimbangkan nak buat medical checkup kat hospital kerajaan kalau rega swasta mahal sangat. Takpe la menunggu pon, kalau boleh jimat tiga pat ratus. Sebab gaji per day aku pon tak sampai 300 so aku kira kalau aku apply unpaid leave pon masih berbaloi hahaha.

Aku mintak Ngah tanyakan kat hospital kerajaan, kalau nak buat xray kena buat appointment dulu ke, atau boleh terus walk in ke. Dalam hati aku dok agak, kalau hospital kerajaan tak boleh walk in, mesti kena buat appointment dulu, almaklum la patients ramaiiii. Ngah masuk web hospital Shah Alam (kalau tak silap) dan buat appointment. sekali system tu bagi tarikh 26/7/2023, tarikh hari pendaftaran ngko! Memang tak sempat la sebabnya hari pendaftaran pon 26/7/2023. 

Malam, kitorang bincang lagi, mana nak buat xray ni. Lepas tu esok nya Ngah survey klinik pulak. Aku ingatkan xray hanya kat spital, rupanya kat klinik pon ada weyh. Ngah kata bukan semua klinik ada mesin xray, so kena cari jugak la. Dia call klinik Mediviron, Ada satu klinik kat Puchong seksyen 3 area kem askar kinrara tu. Nama klinik tu klinik Vijay. Lokasi dia sederet CIMB bank, Ngah call tanya dulu kalau nak buat xray dan medical checkup untuk student sambung belajar IPT kena cas berapa, admin tu kata kena tengok borang dulu, tapi roughly dia kata RM130 je kebiasaannya.

Selasa 18/7/2023 aku cuti. Ngah pon cuti. Kitorang bawak Amir ke klinik Vijay buat xray. Amir dikehendaki berpuasa sebab kena ambil ujian air kencing jugak. Mungkin ada IPT tak memerlukan ujian air kencing, namun untuk kemasukan ke KKTM, perlu. Aku syak untuk IPT bawah MARA semua perlu buat ujian air kencing kot.  

Kan aku cakap Ngah call tanya harga dulu sebelum datang kan? Lepas dah survey sana-sini, kitorang baru decided pergi klinik Vijay. Rupanya kos sebenar RM190, doktor kata tambahan RM60 untuk ujian air kencing dibawa ke lab. So korang, kalau nak tau harga yang tepat, sila la bawa borang medical checkup pergi klinik, minta doktor tengok dulu borang tu baru dia boleh bagi harga tepat. Walaupon sedikit ralat, tapi takpe la, kos ni masih dalam bajet aku. Ralat tu sebab dah tanya dulu, dan beberapa hari sebelum tu pon kitorang memang pergi klinik, dah tunjuk borang kat doktor dan doktor memang bagi harga RM130. Cumanya ketika tu tak boleh buat medical checkup sebab Amir tak puasa. Terpaksa la datang lagi 18hb nya tu. Daripada RM130 jadi RM190 huhu..

OK, berbalik pada kisah 18/7/2023 semula. Lepas dah setel urusan xray, ukur tinggi, timbang berat, air kencing segala, kitorang pergi breakfast. Lepas tu terus ke pejabat lembaga hasil di Shah Alam untuk urusan matikan setem pula. Sebanyak 3 salinan perjanjian pengajian nak kena matikan setem. Kat sini ramai orang, tapi service takde lama mana kerana kaunter banyak yang buka. Dalam sejam, setel urusan.

Antara dokumen nak kena sediakan untuk urusan anak masuk belajar ni, termasuklan surat beranak ibu dan bapa. Ye, bukan surat beranak anak je tau. Mak bapak punya surat beranak pun nak kena attach sekali. Ngah tak tau letak mana surat beranak dia. Jenuh cari dalam file takde. Call kampung tanya mak, mak cari pun tak jumpa. Sudahnya terpaksa la di ke kaunter JPN, mintak salinan baru. Nasib baik semua tu setel dalam satu hari. Tak rugi ambik cuti.

Eh, tapikan, lepas beberapa hari, admin KKTM masukkan nombor Amir kedalam group wasap. ada parent share info. katanya dia pergi buat xray kat klinik kesihatan UPM. Situ murah je RM89 (ke, RM98 aku lupa) katanya dalam 3 jam siap semua. Aku lambat dapat info. Kalau aku tau kat kkUPM tu boleh walk in dan murah gitu, aku dah angkut anak aku pi xray sana. UPM bukan jauh mana pun dengan Puchong.

So, itu la sedikit sebanyak pasal journey Amir bersama KKTM.

Diamond Gold skincare RM130/set. Kakak stokis sah DG. Mahu try kalu, roger je tau. 012-931 1015


Sekian dulu update.


Yang baik dari Allah,

Yang buruk dari aku.

Monday, 31 July 2023

Hantar Amir Balik Asrama

 Semalam Ahad 30/7/2023, aku hantar Amir balik ke asrama. 

Kena tulis hari berserta tarikh uiiii, sebab aku ni taip posting lepas tu peram dalam draft lupa nak upload, macam kisah raya haji tu la, tulis posting sebaik balik dari cuti raya haji, tapi endup pagi ni baru post kahkahkah.. masa tu bajet nak korek gambar-gambar nak tepek dalam blog, tapi sampai kesudah tak tepek pon. bisi manjang.

Aku belum share kat blog pon, kisah Amir; anak sulung aku dapat masuk KKTM Petaling Jaya ambik course diploma kejuruteraan elektronik (objek rangkaian internet). Alhamdulillah, aku yang terlebih seronok bila anak dapat masuk kolej MARA. Anak aku rilek je macam takde perasaan kahkah.

Sejujurnya aku tak sangka la dapat masuk MARA college, or mana-mana IPTA, sebab masa trial SPM tu result dia mengecewakan, sampai dia pun langsung tak tunjuk kat aku result dia. Lepas habis exam SPM, konon aku nak la jugak try apply UPU online semua tu guna result trial SPM dia, aku mintak result dia tak bagi. Dia kata ntah dia lupa letak mana. Langsung tak tunjuk kat aku. Bimbang aku marah ke hape aku tak tau.

Dan bila result SPM keluar, aku tak sempat nak mohon UPU online, setiap kali apply, masa nak submit tu tetiba server error ke pebenda ntah. Sampai ke sudah tak dapat mohon. Hanya yang aku sempat mohon ialah TVET under MARA. 

Aku pikir, takpe lah tak sempat mohon UPU pon, kalau mohon mungkin tak dapat hahaha. 

Lepas tu kan, selalu la dapat wasap dari IPTS dan kolej-kolej swasta untuk temuduga tawaran pengajian, ada sekali tu aku bawak Amir pergi interview, bila interviewer tu tengok result Amir dia kata lebih baik puan tunggu tawaran dari IPTA dulu sebab result dia macam boleh dapat ni. Aku percaya tak percaya je la bila dengar, dalam hati agak ralat sebab tak apply pun UPU !

Dan bila dapat offer MARA, ya Allah syukurnya Tuhan je tau. Sebagai emak, bimbang la kalau ada potensi tapi tak dapat kemana-mana kan. Nak apply kemasukan tahun depan, macam rugi pulak setahun. Tu yang aku bersyukur sangat dapat masuk kolej MARA.

6/7/2023 dapat tawaran kolej MARA. 

10/7/2023 aku buat bayaran-setuju-terima sebanyak RM350 kepada pihak MARA. 

Kemudian dalam seminggu lepas tu, masa kitorang kalut nak setelkan mati-setem perjanjian pengajian dan segala mak nenek dokumen, tiba-tiba Amir dapat call tawaran diploma teknologi kimpalan ILP Kuantan (kalau tak silap aku). Pegawai tu call Amir, Amir cakap nak tanya mak dulu hahaha. 

Lepas bincang anak beranak, aku cakap takpe la Mir, kita ambik tawaran MARA ni la, dah la dekat, yuran pengajian pon free. Aku fikir macam ni je. Masa tunggu tawaran tu, aku mintak supaya Allah permudahkan urusan. Aku selalu doa, aku serahkan urusan pengajian anakku sepenuhnya kepada-Mu ya Allah. aaa gitu lebih kurang. So bila dapat MARA dulu, aku andaikan MARA pilihan paling baik untuk Amir sambung belajar, yang Allah dah atur. Amir pon nampaknya okey.

Nanti kalau kelapangan aku story pulak pasal x-ray dan medical checkup untuk masuk MARA ni.

Dia ajak lunch sizzling mee kat Giant BK5


Budak ni perut melayu. Mesti nasi la dia

Lepas makan, masuk DIY jap nak beli botol air

Malamnya Ammar ikut hantar Amir balik asrama, dia nak tengok skolah abang Amir katanya

nampak pendak bila pakai seluar tiga suku kahkah



Sekian,

Yang baik dari Allah,

Yang buruk dari Aku.