Wednesday, 2 December 2020

Melanggan Maxis PTP-Link Pulak

 Pagi ni agak huru hara sikit jadual aku.

Sepatutnya aku plan nak cuti hari ni, sebab Ngah cuti. Bersemut sangat kan, mentang dia cuti dia hasut aku suruh apply cuti jugak. Kah kah kah..

Ngah cuti ada sebab. Dia nak install plan Maxis fibre kat rumah kitorang, yang link dengan Astro. Janji dengan installer hari ni 2/12/2020.

Tapi pagi ni aku decided masuk kerja jugak. Sebab aku majuk dengan dia. Nak tau punca aku majuk?

Gini.

Hari Ahad tu Ngah ajak aku gi Ikea Damansara. Nak survey katil untuk bilik anaks bujang 3 beradik ni. Lepas tu beli la sebuah katil double decker. Padahal tak plan sangat nak beli double decker, ye la kan. Dulu dah pernah pakai katil double decker. 3 ruang lagik. Ke, orang panggil triple decker?

Tapi bila anak dah besar, katil yang asal tu aku berikan kat anak buah. Plan yang terpaling asal, adelah membeli sebuah katil queen. Tak tau cemana terbeli jugak katil double decker lagi mengkome weiii.. gara-gara harga offer RM529 saja. dan ianya menjimatkan ruang. Dan lagi pulak Amir pernah kata dia taknak kongsi katil dengan adik-adik lalu terbantut niat nak katil queen.

Dah beli katil double decker, balik pasang pat lima jam jugak. Pasang pastu salah. Bukak and pasang lagi sekali. Gitu la dia. Bajet hebat tapi dot dot dot...

Lepas tu mula la dia bad mood. Bila dia badmood nanti ada la dia buat kerja kasar-kasar, tak pun marah-marah. Nak suruh kita buang sisa kotak pembungkus katil tu pon dia main campak-campak je. Terluka la hati kita. tu yang aku majuk lalu tak jadi ambik cuti hari ni. muahahahah..

Hari ni dia sorang cuti. Kebetulan sungguh. Hari ni jugak dia demam. Katanya sakit perut. Anak aku Tajuddin pun teruk jugak sakit perut sampai rasa loya semua. Aku pulak, aku memang terasa perut memulas tapi aku ingatkan punca memulas tu sebab telan GC Plus kelmarinnya tu.

Pukul 11pagi tadi Tajuddin wasap beritahu abah demam takleh bangun, kaki semua rasa sejuk. Panik weii bila anak wasap lagutu. Terus jumpa boss mintak izin nak balik jap.

Sampai rumah tengok-tengok ada 2 orang installer sorang melayu sorang cina sedang buat kerja pemasangan Maxis Ptp-link. Ngah terpaksa menahan demam demi menunggu installer buat kerja. Aku ajak gi klinik, Ngah kata dia dah ok sikit sebab dah telan ubat juma dalam kotak ubat. Tajudin nasib baik tak demam. Hanya berak-berak je. 

Lepas dah setel, aku terpaksa masuk kerja balik. Padahal boss dah cakap takyah masuk pon takpe, anggap aku work from home. Tak tolak annual leave pon. Sumpah weiii.. aku banyak giler kerja sejak PKPB fasa pertama lagi. Boss buang staff. dia simpan aku je buat purchasing untuk building materials. Invoice pon aku jugak kena match, pastu key-in masuk dalam system sebelum pass ke account department. Lagikan hari-hari gi kerja pon kerja tak pernah habis, inikan pulak kalau cuti sehari. Boleh stress weiii..

Memandangkan terlampau sibuk kat ofis, dah lama tak update apa-apa kat blog. Jangankan blog, fb pon aku jarang up status. 

Kontrak 2 tahun bermula hari ini. Bulanan kalau tak silap RM145/month tapi aku tak pasti sebab ni semua kerja Ngah. Aku tukang guna je hehe.


Update blog ni pon sekadar nak mengetes line Maxis fibre ni je. Sesambil melayan k drama. 

Ok la.

Babai dulu.

Yang baik dari Allah,

Yang buruk dari Aku.


Monday, 31 August 2020

Pertama Kali Jumpa Founder DG Kak Nur

Masa Akma leader aku tanya kat group.. "sape nak join dinner dengan founder DG 25/8/2020 ni, sila tulis nama ye. 

Akulah stokis pertama yang tulis nama. takde pikir apa dah. hahaha.. Macamana nak pergi ke Hotel Seri Pasific kat Jalan Duta tu kemudian je lah pikir. Kerja menimbun kat ofis tapi tetap kena cuti demi nak jumpa kaknur, pon nanti-nanti lah aku pikir. Tema black and white glam tapi dalam lemari takde baju memandangkan saiz badan dah makin mengembang, juga kendian lah pikir. Yang penting bagi je nama dulu. hahaha.. begitu sekali tekadnya nak join the even.

Dah masuk 5 tahun aku jual DG Skincare, sekali pon belum pernah jumpa kaknur. Hanya melalui wasap je. Tu pun kalau ada issue yang memerlukan pengesahan dari kaknur je, baru aku wasap dia. Kalau setakat stok lambat dari HQ tu aku takkan kacau kaknur, memadai cari leader je.

OK tak mahu bebel panjang, aku sebenarnya nak tepek gambar kenangan ni je.

Founder DG dan Stokis DG

Leader Akma bersama barisan stokisnya.


Stokis Puchong, Leader Akma dan Stokis Johor Lina
Yang baju putih tu adik Kaknur. Masya Allah putih dan gebu giler la dia. Selama ni aku tengok kat fb je. Ingatkan dalam gambar je nampakcerah gebu, rupanya adik beradik dorang memang jenis putih gebu oii.
Lina datang berdua dengan kakak dia. 
Kitorang dibawah leader Akma duduk semeja. Lina duduk sebelah aku. Kakak dia duduk sebelah dia.Aku perati tengok kulit muka dorang dua bradik. 

Ya Allah bersihhhh je. 
Aku tanya Lina pakai set DG yang mana. 
Kan DG ada set serum vit E.
Ada DG set triple serum.
Sekarang ada DG Night Exclusive yang khusus untuk pakai malam bagi yang bermasalah teruk.
Atau ada campur produk apa-apa ke selain DG. 
Dia kata memang pakai DG set trial serum vit e tu je sejak dulu tak pernah tukar. 
Kakak dia pun sama, pakai set serum vit e je. 
Sumpah Lillahi Taala aku tak pandai-pandai buat cerita ye.
Aku banyak bersembang dengan dia. Siap  mintak tips macamana dia ada ramai agen. 
Bagus betul dia, langsung tak kedekut ilmu.

Stokis Puchong bersama stokis Batu Caves.

Stokis Puchong bersama leadernya. Gediks kan aku? hahaha

Gambar aksi gunting dan kak ila berpisah tiada haha

Ni masa baru sampai hotel. Terkial-kial aku menunggu Akma sampai. Segan jugak la sebab aku hanya kenal Akma je, dia pulak lambat, sibuk mekap gamaknya haha. Aku memang tak mekap pon. Ambik wuduk siap-siap kat rumah dengan harapan tak batal wuduk hingga sampai hotel. Sampai hotel elokk maghrib. Cepat-cepat aku solat. 

Memandangkan ini even pertama aku dengan DG, aku berusaha punctual.
Tapi punctuality aku berakhir dengan kejanggalan bila aku terkontang kanting sorang-sorang. Akhirnya aku redah masuk je kedalam dewan ballroom tu tanpa Akma. Duduk la sorang-sorang kat meja nombor lapan buat-buat bizi update instagram hahaha.

Dekat pukul 9malam baru Akma dan stokis lain sampai. Aseyleheyy betul huhu..




Selfie sedas sambil tunggu Akma and team
Buah tangan dari pihak HQ sebaik daftar kehadiran.










Dapat luckydraw youuuu.. RM100 cash. Jadik la kann.

Oh ya, luckydraw yang hujung-hujung tu memang best sangat. Dapat handbag, emas putih, dan barangan-barangan yang nilai dia ribuan jugak. Team Akma daripada 5 orang, 4 orang dapat luckydraw, sorang je tak dapat. Takpe la.. nasib kann.. hihi

OK la.. stop dulu.

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Nak beli Diamond Gold Skincare ORIGINAL, meh wasap kak ila meh.
012-931 1015

Nak beli terus dari kedai shopee pon boleh.



Singaporean juga boleh dapatkan Diamond Gold Skincare di kedai shopee kak ila tau, dah masuk shopee singapore pon hihi.