Monday, 31 August 2020

Pertama Kali Jumpa Founder DG Kak Nur

Masa Akma leader aku tanya kat group.. "sape nak join dinner dengan founder DG 25/8/2020 ni, sila tulis nama ye. 

Akulah stokis pertama yang tulis nama. takde pikir apa dah. hahaha.. Macamana nak pergi ke Hotel Seri Pasific kat Jalan Duta tu kemudian je lah pikir. Kerja menimbun kat ofis tapi tetap kena cuti demi nak jumpa kaknur, pon nanti-nanti lah aku pikir. Tema black and white glam tapi dalam lemari takde baju memandangkan saiz badan dah makin mengembang, juga kendian lah pikir. Yang penting bagi je nama dulu. hahaha.. begitu sekali tekadnya nak join the even.

Dah masuk 5 tahun aku jual DG Skincare, sekali pon belum pernah jumpa kaknur. Hanya melalui wasap je. Tu pun kalau ada issue yang memerlukan pengesahan dari kaknur je, baru aku wasap dia. Kalau setakat stok lambat dari HQ tu aku takkan kacau kaknur, memadai cari leader je.

OK tak mahu bebel panjang, aku sebenarnya nak tepek gambar kenangan ni je.

Founder DG dan Stokis DG

Leader Akma bersama barisan stokisnya.


Stokis Puchong, Leader Akma dan Stokis Johor Lina
Yang baju putih tu adik Kaknur. Masya Allah putih dan gebu giler la dia. Selama ni aku tengok kat fb je. Ingatkan dalam gambar je nampakcerah gebu, rupanya adik beradik dorang memang jenis putih gebu oii.
Lina datang berdua dengan kakak dia. 
Kitorang dibawah leader Akma duduk semeja. Lina duduk sebelah aku. Kakak dia duduk sebelah dia.Aku perati tengok kulit muka dorang dua bradik. 

Ya Allah bersihhhh je. 
Aku tanya Lina pakai set DG yang mana. 
Kan DG ada set serum vit E.
Ada DG set triple serum.
Sekarang ada DG Night Exclusive yang khusus untuk pakai malam bagi yang bermasalah teruk.
Atau ada campur produk apa-apa ke selain DG. 
Dia kata memang pakai DG set trial serum vit e tu je sejak dulu tak pernah tukar. 
Kakak dia pun sama, pakai set serum vit e je. 
Sumpah Lillahi Taala aku tak pandai-pandai buat cerita ye.
Aku banyak bersembang dengan dia. Siap  mintak tips macamana dia ada ramai agen. 
Bagus betul dia, langsung tak kedekut ilmu.

Stokis Puchong bersama stokis Batu Caves.

Stokis Puchong bersama leadernya. Gediks kan aku? hahaha

Gambar aksi gunting dan kak ila berpisah tiada haha

Ni masa baru sampai hotel. Terkial-kial aku menunggu Akma sampai. Segan jugak la sebab aku hanya kenal Akma je, dia pulak lambat, sibuk mekap gamaknya haha. Aku memang tak mekap pon. Ambik wuduk siap-siap kat rumah dengan harapan tak batal wuduk hingga sampai hotel. Sampai hotel elokk maghrib. Cepat-cepat aku solat. 

Memandangkan ini even pertama aku dengan DG, aku berusaha punctual.
Tapi punctuality aku berakhir dengan kejanggalan bila aku terkontang kanting sorang-sorang. Akhirnya aku redah masuk je kedalam dewan ballroom tu tanpa Akma. Duduk la sorang-sorang kat meja nombor lapan buat-buat bizi update instagram hahaha.

Dekat pukul 9malam baru Akma dan stokis lain sampai. Aseyleheyy betul huhu..




Selfie sedas sambil tunggu Akma and team
Buah tangan dari pihak HQ sebaik daftar kehadiran.










Dapat luckydraw youuuu.. RM100 cash. Jadik la kann.

Oh ya, luckydraw yang hujung-hujung tu memang best sangat. Dapat handbag, emas putih, dan barangan-barangan yang nilai dia ribuan jugak. Team Akma daripada 5 orang, 4 orang dapat luckydraw, sorang je tak dapat. Takpe la.. nasib kann.. hihi

OK la.. stop dulu.

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Nak beli Diamond Gold Skincare ORIGINAL, meh wasap kak ila meh.
012-931 1015

Nak beli terus dari kedai shopee pon boleh.



Singaporean juga boleh dapatkan Diamond Gold Skincare di kedai shopee kak ila tau, dah masuk shopee singapore pon hihi.

Wednesday, 27 May 2020

Kak Ila, Boleh Ke DG Skincare hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata?

Aku jarang-jarang dapat juga soalan ni. 
Tak selalu, tapi sepanjang aku jual DG dah masuk 4 tahun lebih ni ada la tiga pat orang customer tanya. 
Biasanya aku jawab TAK BOLEH.  
Basically memang tak boleh pon. 
Kebiasaannya lingkaran bawah mata ni bukan masalah kulit. 
Ianya sangat berkait rapat dengan cara hidup kita. 
Biasa terjadi disebabkan kurang tidur, selalu guna komputer / laptop / handphone secara kerap. 
Dah la kerap, lama pulak tu mengadapnya. 
Lagi satu sebab pengambilan ubat-ubatan. 
Kalau kau sejenis burung hantu selalu berjaga lewat malam dan kurang tidur, cuba ubah cara tidur. 

Pastikan tidur awal dan tidur secukupnya. 
Insya Allah lingkaran bawah mata tu nanti hilang. 
Jangan pulak pergi tidur dari pukul 10 malam sampai esoknya orang dah azan Asar kau tak bangun-bangun pulak. Nanti mata jadi bengkak dan lebam semula. 

Suatu ketika dulu aku pernah dapat wasap pertanyaan dari salah seorang customer. 
Dia nak pakai set DG sebab nak hilangkan lingkaran bawah mata ni la. 
Bila aku explain, baru dia cakap yang dia ada makan ubat. 
Aku tak ingat ubat sakit apa. 
Darah tinggi ke kencing manis lupa dah. 
Oleh kerana dia memang tak boleh tinggal ubat, lama-kelamaan bawah mata dia jadi gelap lebam. 
Tu yang dia nak try DG. 

Aku memang cakap terus terang je. 
Kalau puncanya dari ubat, DG takkan dapat bantu.
Supaya customer faham sejelas-jelasnya. 
Kalau dia nak beli juga nak cuba juga, setidak-tidaknya dia aware bahawa kulit dia boleh cerah, kusam boleh hilang. Tapi lebam bawah mata akan kekal di situ. 
Kalau dia taknak beli, pon tak mengapa pada aku. Daripada berbohong semata nakkan sale tapi end up produk tu tak dapat memenuhi janji (menghilangkan lingkaran bawah mata tadi), tak ke lagi naya. Naya kat pembeli. Naya juga kat kita sebagai penjual. Keberkatan takde.

Nak tahu kenapa aku jual DG dan masih jual walaupon dah 4 tahun. dah la dengan macam-macam rintangan? 

Sebab DG ni menunaikan janji. 

DG kata kalau pakai konsisten, kulit kusam boleh cerah dan naik seri. Memang betul.
Kulit jerawat boleh dirawat dan kembali licin bersih. Memang betul.
Yang kulit jeragat DG tak pernah kata jeragat mampu hilang selepas sekian sekian hari. 
Walaupon memang ada jenis jeragat yang bila pakai mampu hilang, namun DG hanya claim mampu pudarkan jeragat je. 
Konsep dia jangan janji bintang dan bulan kalau tak mampu ditepati. 
Jangan overclaim. 

Rezeki ni kurniaan Tuhan. 
Kalau kita jujur beri maklumat tentang produk, kalaupun customer nan satu tu hilang, pasti Tuhan kirim berpuluh-puluh lagi customer yang baik dan tak cerewat datang cari kita nak beli DG.                            

Agithuuuu


Terpegun tak? macam budak sekolah pulak sejak naik kulit bersih ni kan? haha

Nak try Diamond Gold Skincare?
Meh roger nombor ni
012-931 1015 - kak ila awak hikhik

Sekian
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku