Friday, 15 February 2019

Lama Betul Menyepi

Kannnnn.. lama betul aku menyepi, langsung tak update blog.

Raya cina hari tu aku cuti seminggu, balik kampung. Sabtu pagi 2/2/2019 kitorang bertolak balik Pekan, Pahang dulu sebab mak dan abah pun nak ikut ke Kelantan. Adik bongsu Ngah pon ikut, dia bawak sekali gewenya Linda.

Sampai Pekan dalam pukul 3.30pm. Ayahsu @ Sad (adik bongsu Ngah) sampai pukul 6.00pm.

Keesokkannya (Ahad) kitorang pagi-pagi dah gerak ke Chendering, Terengganu untuk hadiri kenduri kawin kawan Sad.

Mujur cuaca masa perjalanan tu redup, tak terlampau panas.
Elok sampai Chendering pukul 1.30tangahari. Kemain ramai jemputan hingga takde tempat nak duduk makan huhu. Mana tak ramai, dengarnya kedua-dua ibu bapa pengantin kerja kerajaan, jadi elokkk waktu tu pulak time orang keluar lunch, officemate mak bapak pengantin pakat hadirkan diri time tu, memang sesak lah.

Dah kenyang makan, kitorang gerak ke Pengkalan Datu, rumah Zura. Sampai dalam pukul 6.00pm camtu la. Sebelum sampai, sempat singgah kat Professor Cendol dekat Tok Bali. Saja la singgah walaupon masih kenyang, sebab Linda kan belum pernah datang. Takde apa yang menarik pon, sama je macam yang kitorang singgah dulu. Tu pon tak sangka abah nak benti sini, kitorang follow kereta Sad, jadi kalau dorang menyinggah, kitorang pon ikut menyinggah. Kalau la tau abah nak try udang celop tepung, baik benti kat tepi pantai Tganu tu, lagiiiii banyak kedai, lagiiiii banyak pilihan, lagiiiiii sedap mata memandang.

Lepas Maghrib, kitorang keluar ke Wakaf Che Yeh. Ini Zura la ajak, aku pulak pantang diajak berjalan hahaha. So onz. Sep muda mudi yang banyak tenaga ni takde masalah, yang kesian nya tu mak dengan abah, dengan makngah sekali. Ohya lupa nak cakap, makngah (adik mak) pon ikut jugak kali ni ke Kelantan. Kesian sangat, sampai-sampai je terus masing-masing terhenjut-henjut krem lama sangat dalam kereta. Tapi tetaplah semangatttt ngko, tetap la ikut sep muda mudi ni ke Wakaf Che Yeh. Gilo ngko taknak ikut?? Bukan selalu dapat berjalan oiiii. Mak tu lagi la, kalau anak-anak tak bawak, nak harap abah drive, memang tak sampai laaaa.

Hanya Joe dan Ammar je taknak ikut, dua beradik ni kalau dapat main games, tinggal pon takde halll. Bawak Amir je, so merasa la Amir berlagak macam anak tunggal, mintak cap, dapat. Mintak baju print tulisan sendiri, dapatt. Mintak jam, ponnnn dapat.

Aku tak beli apa-apa pun, hanya beli seketul kek cheeese leleh je sebekas, pastu beli gelembong boyo sepeket.

Round dalam tu lebih kurang, then balik tidur.

Pagi esoknya (Isnin) kitorang ke Pengkalan Kubor. Ramai giler hoii manusia pakat shoping sini. Parking pun jenuh mencarik.
Sarapan nasi kerabu kat kedai Yati Ayam Percik, Kota Bharu. Kitorang sampai depan kedai ni dalam pukul 11.00pagi. Masa tu kedai belum buka tapi dah ramai orang beratu depan kedai tu. Kemain asap kepol-kepol depan kedai dorang bakar ayam.



Lepas makan kenyang-kenyang baru pergi Pengkalan Kubor.





















Mak nak beli periuk kukus. Lepas tu plan nak ke Rantau Panjang pulak sebab makngah dan Linda belum pernah sampai, tapi memandangkan cuaca panas berdenting, tambah pulak abah pun nampak layuu je, kitorang cancel Rantau Panjang. Siap shoping kat situ, semua balik Machang, rumah aku... ehh, rumah mek.

Aku dari semalam lagi menggeletis nak balik Machang. Sebab rumah mek buat renovation sikit bahagian dapur, so aku teruja nak balik tengok. Asalnya mak plan nak tidur semalaman kat rumah mek, tapi memandangkan rumah belum siap, pintu bilik air pun belum pasang, lantai dapur pun masih berpasir belum plaster, terpaksa cancel plan. Aku dah cakap sejak kat Pekan lagi, kata rumah mek belum siap, so mak pun faham, cumanya memandangkan dah ada di Kelantan ni, jomlah jenguk besan Machang pulak.

Bersembang lebih kurang, rombongan mertua pon balik semula ke Pengkalan Datu. Esoknya dorang nak ke Pasar Besar Siti Khadijah, pastu terus balik Pekan.

Aku anak beranak tidur rumah mek la dah tentu, tu pun kuis-kuis mana patut kahkahkah. Rumah mek memang berselerak, almaklum la mek duduk sorang, kederat dia mana la larat nak kemas itu ini. Ni alasan rumah renovation, kalau rumah tak de renovation pun berselerak jugak kahkahkah.

Esoknya (Selasa), pagi tu aku aku angkat dapur gas letak kat table top, tak siap lagi sebenarnya table top tu tapi nak buat macamana kan, aku ada seminggu ni takkan tak masak langsung kot. Masa Jani robohkan bumbung dapur, semua barang-barang kat dapur; dapur gas, meja makan.rak pinggan semua tu Jani pindahkan sementara ke bilik yang kitorang selalu tidur. Situ je bahagian dapur yang bumbungnya tak dibuka.

Sedang sediakan bahan nasi lemak, tiba-tiba mek balik bawak 3 keping roti duda (macam roti canai je, cuma duda lebih besar, harga RM1.50/pc) yang dijual di kedai Abe Isa; sepupu aku.

Tengahari, kak yah ajak gi makan gulai. Wahhh ini memang aku tunggu-tunggu. Ada dua tempat makan gulai hari tu, kitorang semua pergi kecuali Ngah je takleh ikut sebab dia kena jaga rumah, almaklum la rumah takde pintu mesti kena ada sorang tunggu rumah. Plan asal Ngah nak ikut, malahan dah siap pakai baju cantik pon, tup-tup tak jadi sebab Jani takde kat rumah, dia balik Kota Bharu, jadi dengan banyak barang kat rumah, dengan pintunya pun langsung takde, mesti seseorang kena jaga rumah, terpaksa la Ngah tinggal.

Lepas balik kenduri, petang tu kitorang gotong royong anak beranak pakat punggah dinding papan yang Jani pecahkan, susun kat tepi dinding dapur.

Renovation ni sebenarnya hanya untuk salin dinding papan kepada dinding simen je. Tapi ntah macamana jadi bertambah besar pulak bahagian yang dibaikpulih tu, kos jugak jadi double. Nasib baik la adik sendiri yang buatkan, kalau tak, mahu terbengkalai sebab tak cukup bajet huhu.

Ada sebahagian ruang dapur yang dulunya papan, pon adik aku pecahkan, dan jadikan semuanya batu, ruang tu dia nak buat bilik mek. Banyak la papan dan zink yang berselerak kat tepi rumah, mek nak susun sorang memang tak larat. Nak harapkan Jani, dia memang dah penat buat rumah.

Jadi kitorang balik ni, kitorang setelkan mana patut. Perasaan aku taknak balik kl, kemain seronok bila rumah mek dah luas, zink pun tukar baru dan ada sekeping zink tu Jani pasang warna jernih, tembus cahaya, so memang cerah dan berangin ruang dapur mek. Dulu, dapur mek takde tingkap tau tak? Setiap kali masak memang berkepam asap tak tau nak keluar ikut celah mana. Gelap pon gelap.

Sekarang ni dah ada tingkap naco 3 bingkai, dan ada 2 pintu dapur. Satu pintu dapur menghadap rumah kak yah kat belakang rumah. Satu lagi menghadap rumah arwah kak Peah. Pintu menghadap rumah kak Peah ni aku suruh Jani pasang yang 2 daun pintu, besar sikit. Tak lama lagi pintu ni bakal menjadi pintu utama lah, tetamu datang pun, kita jemput masuk melalui pintu ni terussss ke meja makan hahaha.

Kalau keluar ikut pintu dapur yang menghadap rumah kak yah pulak, akan ada satu balkoni. Balkoni tak balkoni la, berbumbung, seakan bilik yang hanya bersimen paras pinggang saja. Atas pada paras pinggang tu akan ada dinding (soon) dari besi wire mesh lubang kecik-kecik pat segi tu. Cadangnya nak jadikan sebagai ruang dapur kayu. Pastu ada satu pintu lagi untuk betul-betul keluar pijak tanah hahaha. Aku memang suka rumah yang dapurnya ada dapur gas dan dapur kayu. Senang aku nak bakar lauk nanti. Walhal nak balik duduk kampung nya tak tahu bila. Takpe, biarkan aku berangan dulu.

OK takmo cakap pasal rumah lagi.

Rabu, Ada kenduri kawin jugak, kawan kak yah kawinkan adik perempuan dia. Mak bapak pengantin dah meninggal, jadi si kakak uruskan majlis kenduri si adik. Kak yah ajak, kitorang yang kelaparan lauk kenduri ni apalagi, lajuuu je la ikut. Kat rumah dah masak padahal, tapi jemputan kenduri bukan selalu ada kan? nak-nak pulak kenduri kampung. Berjaya juga makan gulai daging campur umbut kelapa. Dah lamaaa tak makan.

Petang Rabu kitorang pergi Tanah Merah, saja tengok-tengok sambil belikan barang keperluan rumah. Tahulah mek, sabun pencuci pinggan habis, bukan dia kesah. Sabun serbuk yang guna untuk remdam baju pon boleh. Janji ada buih kata dia hahaha. Sabor je lah. So beli mana patut, pastu balik.

Khamis.
Khamis buat apa ye? aku lupa haha.
Oh ya, Khamis kitorang buat gerai tempat duduk-duduk menggunakan kayu dan papan yang banyak giler tu. Orang kelantan panggil 'jemorea'. Nak panggil bangsal pon macam tak kena sebab kalau bangsal mesti ada bumbung kan? Panggil gerai je lah.

Gerai kitorang takde bumbung sebab masing-masing aku dan Ngah tak pandai bertukang. Kang pasang-pasang tetiba roboh bumbung tu atas kepala, so baik takyah ada bumbug, lagipun ada bayang pokok takde la panas sangat. Petang-petang boleh bancuh sirap bandung lepak kat situ sambil mambawang kahkahkah.

Jumaat.
Pagi-pagi aku dan Ngah keluar pergi pasar tani. Balik kali ni tak sempat pergi pasar Sena sebab masa tu masih berada di Kota Bharu. Jadi pasar tani ni tak mungkin tak pergi. Beli makanan je pon. Pastu beli baja buah untuk pastikan tahun ni durian berbuah lebat. Tahun lepas durian berbuah tapi tak banyak mana, semua dapat kat tupai. Tahun ni harapp sangat berbuah lebat sampai tupai tak larat nak habiskan semua hahaha...

Sabtu, kitorang pagi-pagi pukul 7.00am dah bertolak balik Puchong. Sampai kl pukul 2.30petang, terus ke tempat kenduri anak sepupu aku kat Kampung Lindungan, PJ. Makan-makan, sembang-sembang terus balik.

Kakcek. Sepupu aku. 
Kakjah. Mak dia sepupu aku. Mak dia kakak kepada kakcek.

Itu je la gambar kejadian kat lokasi kenduri. Sampai-sampai je salam lebih kurang, terus aku tuju kat nasi. Lapor weyhh..Sekali lauk dah banyak yang habis. Tinggal dalca dan fillet sweet sour je. Onz je. Apa de halll. Agaknay tetamu terlebih ramai kot, hingga lauk tak cukup huhu. Lepas makan, tiba-tiba sedara aku cakap lauk ayam dah ada. Ahhh kita dah kenyang haha. Biasa la tempat kenduri,


Gambar ni takde kena mengena dengan kisah cuti seminggu tu ye. Ni masa kitorang gi kolam air panas Sungkai bila ntah. Loveeee sangat gambar ni, walaupun Ammar takde dalam gambar. 

Gambar kat bawah ni pulak adalah pagi ni. Ammar tak ke sekolah agama sebab ada program KAMIL. Ustaz kata yang tak terlibat, takyah gi sekolah pon takpe. Macam paham-paham je ustaz ni, budak ni memang tiap-tipa hari pun sejenis liat nak bangun gi sekolah. Ustaz kata macam tu, lagiiii di sokaaa hahaha..



Sekian update setahun sekali ekekeke..


** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Jika kulit terlampau kering, dan kerap terdedah kepada kekeringan, jeragat amat mudah terbentuk. Alhamdulillah sejak beliau konsisten pakai set DG, jeragat dah makin tak nampak. Tumpang gembira untuk beliau.

Siapa nak order set Diamond Gold Skincare, boleh wasap nombor dibawah ye.

012-931 1015 - kak ila

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Wednesday, 23 January 2019

Nak Cakap Aku Bodoh Lettew

Beberapa hari ni mata aku ni rasa kemain tak selesa. Nak-nak pulak kalau cuaca panas, memang rasa perittt je. Dari zaman sekolah rendah, aku memang ada masalah sikit dengan mata, tak tahan silau.

Walaupun aku rasa semua mata manusia di dunia ni takleh kena cahaya melampau, namun aku rasa mata aku lebih sensitif kot. Mata berair dan rasa pedih tu seolah-olah kau duduk kat dapur kayu sedang tiup bara api untuk hidupkan api tu. Gitu la aku rasa.

Dulu pakai jugak spek mata untuk silau tapi sejak spek aku calar, aku belom beli baru. Ntah bila nak gi survey ntah. Bukan takde kedai spek, bersepah. Tapi aku ni kalau nak pilih spek, nak jugak yang mengikut selera aku hahaha. Pastu nak beli mesti kena ada Ngah sekali. Nak kena minta pandangan dia, maklum saja la muka aku ni bentuknya unik, selebar dulang, bukan semua spek boleh masuk kahkahkah.

Kejap tadi aku try godek-godek PC ni nak bagi gelap sikit screen, jenuh cuba tapi tak reti. Lalu aku pun minta officemate tolong set kan. Aku tau je butang dia kat bahagian kanan monitor, belah bawah, cumanya aku tak reti nak tekan butang-butang tu sendiri. Kawan aku tolong buatkan.

Tapi yang mengundang jengkel adalah, sorang senior dalam ofis aku ni, tetiba tanya..

"ehh, akak bukan belajar sains komputer ke dulu?.."

Konon macam pertikaikan aku la tu, belajar sains komputer tapi nak cari button brightness pun tanya orang.

"Belajar sains komputer pon, bukan dia ajar benda-benda remeh macam nii.." aku jawab balik.

Ye lah. Button-button tu kan dia macam remote control, aku ni nak tukar celcius ke Fehreinhait kat remote aircond pon fail, lagi kan nak main tekan-tekan butang kat skrin komputer. Dah berjaya tekan masuk, nak keluar tak boleh. Nangesss..

Terus kena chop bodoh, cakap pulak kuat sengaja bagi semua orang dalam department dengar.

Sesuka hatii je nak highlight kan kelemahan orang. Padahal dia pun bukan bagus sangat.

Ada satu hari tu dia tanya junior dia kenapa quotation untuk sewa backhoe takde transport charge padahal kalau nak sewa excavator selalunya supplier charge transport. Dia suruh tanya balik supplier tu. Tu tak kisah la, cumanya cara dia tanya tu macam dia hebat la sebab jumpa salah junior and inilah masanya nak berlagak hero. Junior dia cakap memang supplier tu tak charge mahh.. Ehhh.. nak jugak menang, dia balas "cuba you tanya betul-betul, nanti kang kalau dah hire, tiba-tiba baru charge nanti boss marah".

Lalu junior tu tanya aku. Sebabnya masa aku mula-mula kerja sini, memang tugas aku la cari-cari dan sewa-sewa machineries.

"Memang la sewaan backhoe tak payah bayar transport charge sebeb backhoe kan boleh dipandu sendiri atas jalan raya, sedangkan excavator tak boleh. Excavator kan takde tayar, ia pakai rantai untuk bergerak jadi dah tentu kalau nak disewa, supplier perlu hantar excavator tu menggunakan loader. Kalau backhoe, kau drive je la, buat apa nak sewa loader.."

Ingatkan dia diam, tapi dia jawab.. " takde la i nak test tengok you tahu ke tak je, benda-benda ni you kena belajar tau.."

Wahhhh ngko! tetiba dia kata macam tu. Nampak sangat nak cover malu. Padahal semua orang dalam department ni dapat sence sesuatu.

Nak perbodohkan orang lain, terserlah pulak kebodohan diri sendiri. huhu
Ini la rupa backhoe. Ada tayar, jadi dia boleh dipandu sendiri kemana-mana pun. Gambar dicilok dari gugel

Ini pulak excavator. Tengok tu takde tayar kan? sebab tu dia nak kemana-mana site, kena naik loader. Pun gambar gugel
Ok la aku dah habis bebel.

Babai..


** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Tengok ni, siapa kata orang lelaki hilang macho kalau pakai skincare. Makin naik saham dia ada laa.. Jerawat makin hilang, parut juga dah tak nampak. Lelaki pon manusia weiii, dorang pun tak suka jerawat.

Jomm siapa nak order Diamond Gold Skincare sila wasap nombor ni ye.

012-931 1015 - kak ila ngko hihi

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari aku.