Wednesday, 30 May 2018

Apa Beza Set TRIPLE Serum Dan Set Serum Vit E ? Pening Arrrr

Ok meh aku explain.

Set Diamond Gold Skincare ada 2 jenis. 
Satu dipanggil Set Serum Vit E. 
Satu lagi dipanggil Set TRIPLE Serum.

Yang berbeza antara kedua-dua skincare ni hanyalah serumnya aje. Item lain dalam set ni seperti sabun DG, day cream DG, night cream DG dan treatment cream DG adalah sama.

Saiz pula ada dua. 
Satu saiz kecil, atau kita panggil trial set. 
Satu lagi saiz besar, atau dipanggil exclusive set.

Set Serum Vit E, serumnya dalam bentuk biji. Jika trial set, serum vit E ada 30biji/botol. Set exclusive pula, serum Vit E ada 60biji/botol.
Serum Vit E. Bentuknya biji-biji. Perlu cucuk guna jarum untuk picit keluar serumnya.

Set TRIPLE Serum pula, serumnya dalam botol. Trial set, TRIPLE serum 10ml/botol manakala set exclusive pula, TRIPLE serumnya 30ml/botol.
TRIPLE Serum. Tak perlu pakai banyak, setitik pun dah memadai.

Apa pula beza kedua-dua serum ini?

TRIPLE serum mempunyai 3 kali ganda lebih kelembapan dan lebih lembut berbanding serum vit E. Orang yang pakai Serum Vit E beberapa bulan, kemudian selepas itu dia try pula TRIPLE serum, dia akan perasan perbezaannya.
Yang mana tak percaya, boleh try. Sumpah tak tipu.

Harganya pula macamana? Ada beza tak?
Ya, ada beza harga RM10.
Jika Set Trial Serum Vit E harga RM130/set, Set Trial TRIPLE Serum pula RM140/set.
Ini Set Trial Serum Vit E. Harga RM130/set. Harga belum masuk postage ye

ini Set Trial TRIPLE Serum. Harga RM140/set. Harga belum masuk postage ye.
 "Kak ila, boleh cadangkan set mana saya patut pakai? Saya ada masalah bla bla bla... "

Pandangan aku,
Jika baru firstime nak pakai set Diamond Gold Skincare, sila lah pakai Set Serum Vit E je dulu. Ambik set kecik. Sebab apa? sebab Serum Vit E ni serum dia bentuk biji. Cucuk dan picit keluar SEPARUH je, dan sapu rata kemuka. Separuh dia tu korang akan tahu banyak mana. Setitik je awak oii. Sikit sangat-sangat. Jadi jika dah pernah pakai set Serum Vit E, kemudian baru pakai set TRIPLE serum, korang akan tahu berapa banyak nak pump keluar TRIPLE serum tu. Dah boleh agak berdasarkan separuh Serum Vit E yang korang pernah pakai dulu. 

Lagipun, Set Serum Vit E pun dah cukup bagus sebenarnya. 

Ada juga yang beli Set Serum Vit E pastu dia add onn TRIPLE Serum sebotol. Sebenarnya boleh je kalau nak tukar-tukar pakai serum. Contohnya pagi-pagi nak cepat, nak pakai TRIPLE serum sebelum pakai day cream. Cepat, pump je serum keluar. Takyah nak cari jarum nak cucuk serum ambik masa. Malam pula ada lebih masa, boleh pakai serum Vit E sebelum sapu night cream & treatment cream. BOLEH. Cuma jangan lah pakai kedua-duanya serentak. nanti muka jadi terlampau berminyak nanti dah tak boleh pegang day cream mahupun sebarang foundation. Tak lekat nanti. Ngerti?

Ok. Sekian penjelasan. hihi

Nak order?
Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Wednesday, 23 May 2018

Ammar Puasa Sebab Dah Sekolah Darjah 1

Alhamdulillah.. termasuk hari ni, dah seminggu kita berpuasa. Tahun ni adalah tahun pertama anak aku si Ammar berpuasa. Memandangkan dia darjah 1 tahun ni, aku pesan kat dia sebelum bulan puasa lagi, bahawa dia dah kena puasa sebab dia dah sekolah. 

Tahun lepas, ketika dia tadika, kami tak kejutkan dia bersahur pun, tapi ada juga hari yang dia terbangun dan join kitorang sahur. Tahun lepas dia dah belajar puasa cuma aku tak ambik serius. Pernah dia sahur makan nasi pukul 9pagi. Pastu seharian dia tak makan tak minum, konon dia puasa hahaha. Ada satu hari tu, aku offer dia makan nasi tengahari, dia taknak. Dia kata nak puasa. Dia berjaya puasa penuh beberapa hari jugak walaupun aku tak pernah suruh. Mungkin dia tengok abang-abang dia memasing terkulai layu takleh makan, dia pun tak nak makan. Terikut-ikut.

Itu cerita tahun lepas. Tahun ni aku kena tegas sikit. 

Cabaran terhebat adalah mengejutkan dia bangun sahur. Ammar ni susah nak bangun. Ketika hari pertama sahur untuk first ramadhan, jenuh abah dia kejut, tak jalan. Aku pulak kejut, ponnn tak jalan. Dia sedar mamai-mamai pastu tergolek-golek and nyenyak balik. Last-last kitorang biarkan je.

Bangun pagi keesokkan harinya untuk pergi sekolah, abah dia tanya kenapa tadi taknak bangun sahur? Ammar cakap dia mengantuk sangat. Pastu aku menyampuk, hari ni dah puasa tau. Jadi tak boleh makan tak boleh minum kat sekolah. Dia nampaknya faham. Dia pesan siap-siap supaya kejutkan dia sahur esok. Abah dia kata kalau kejut tapi Adik taknak bangun jugak macamana? Dia jawab ugut dia kata nak rotan. HAHAHA. Kelakar jugak bila pikir balik. Agaknya dia pun sedar diri liat nak bangun tapi izinkan abah dia rotan supaya kot mana-mana pun supaya dia bangun sahur. Adoii.

First ramadhan tu, sekolah agama cuti dua hari (1 dan 2 ramadhan) tetapi sekolah kebangsaan sekolah macam biasa. Jadi aku hantar dorang 2 beradik ke daycare berserta baju sekolah sekali. Malangnya kasut Joe tertinggal dalam kereta pulak. Jadi Joe terpaksa ponteng sekolah. Ammar pun ikut ponteng sekali. Hmmm, takpe la, lagipun hari ni baru start puasa. 

Kat daycare, aku sempat bisik kat Siti pengasuh situ, kemain slow aku cakap supaya Ammar tak dengar. Aku beritahu Ammar puasa, cuma kalau Siti ternampak Ammar diam-diam minum air, takpe lah takyah tegur dia. Buat tak tahu je. Sebab dia tak bangun sahur. Tapi aku taknak Siti offer makanan pulak. Karang punah, tiap-tiap hari nanti mintak nak makan hahaha. 

Petang ketika aku jemput dorang balik, aku tanya Ammar puasa tak. Dia kata puasa. Dia tak makan tak minum langsung. Wahhhh tak sangka. Aku pun puji dia melambung-lambung biar hati dia berbunga-bunga hehe.

Ramadhan kedua Ammar tak puasa. Dia minum air kat daycare. Puncanya gini. Ketika Ngah hantar dorang ke daycare, Ngah pesan kat Ammar, kalau tak tahan haus, Ammar minum air je lah. Budak tu apa lagi, haus terus togok air. petang masa jemput dorang balik, aku tanya Ammar hari ni puasa tak? Ammar cakap dia tak puasa dia minum air. Aku tanya kenapa Ammar minum air? Bukan ke Ammar sahur pagi tadi? Kenapa semalam tak sahur tapi boleh puasa tapi hari ni sahur tak boleh puasa? Ammar kata abah pesan, kalau haus boleh minum air. Adududu.. Abahnya punn. Dah bagi izin boleh minum kalau haus, memang la budak tu akan minum. Malamnya aku pesan kat Ngah jangan pesan pesan boleh minum lagi. 

Dah masuk hari ke 7 puasa ni, Alhamdulillah Ammar hanya ponteng puasa hari ke 2 tu je. Hari-hair lain, dia memang puasa penuh. Setiap hari aku puji dan cium pipi dia bila dia bagitahu dia tak makan tak minum pun kat sekolah. Mudah-mudahan penuh la hingga ke penamat nanti.

Masa ni duit belanja sekolah dia hilang. Petang ambik dia kat daycare, dia kata lapar. So aku bawak dia makan kat kedai mamak. kat dahi tepi mata tu lebam. Katanya berlaga dengan kawan sekolah ketika berlari. Kenangan darjah 1 huhu



** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **
"Sejak pakai DG, kulit muka saya lebih bersih, lembut dan cerah. Ramai tanya pakai apa kulit cantik hihi"

Nak cuba Diamond Gold Skincare?

Wasap nombor ni 012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.