Monday, 9 April 2018

Cara Jimat Pakai Diamond Gold Skincare

Kebelakangan ni aku makin banyak terima wasap dari pengguna DG. Yang beli dari aku dan tanya macamana nak pakai DG Skincare, aku ok je ajar. Ye la walaupun ada pamplet disediakan dalam set untuk ajar cara-cara pakai, namun aku rasa lebih selesa dan lebih mesra jika aku boleh kongsi tips teknik-teknik penggunaan dengan betul dan tips penjimatan. Customer mesti lagi happy dan rasa best beli dengan kita kan?

Yang beli dari agen lain, tapi wasap tanya aku pun ramai hoi. Aku tanya kenapa tak tanya dari agen DG yang dia beli tu. Dia kata agen tu bila wasap tanya sepatah, balas pun sepatah. Lagi best agen tu hanya suruh baca pamplet dalam set DG. Agen mana tu weyhh? Harap-harap bukan agen aku. Kadang-kadang aku annoy jugak. Kau beli dengan sepupu kau, pastu wasap aku mintak ajar la, ada jugak yang bila naik jerawat seketul dua, tanya aku kenapa naik jerawat, dah la tak beli dari aku, tapi ada ragam nak persoalkan kenapa jadi gitu jadi gini. Adududu...

Ini bukan soal sombong ke, atau pentingkan diri sendiri untuk tak menjawab soalan awak tau. Ini soal adab. Aku rasa customer yang beli dari orang lain tapi bila ada kemusykilan dia wasap aku, aku anggap dia kurang adab. Nama aku nak marah, aku takkan marah. Aku cuma harap ada kesedaran kat situ.

Ok la.
Memandangkan ramai tanya, aku tulis je la kat blog. Mudah-mudahan boleh membantu. Harapnya lebih ramai beli DG dari aku pasni. hikhikhik

Jika korang beli Set Trial Serum Vit E (RM130/set - yang ni memang paling laku keras), korang akan dapat 5 items :

1) Sabun DG - 1pc
2) Serum Vit E 30biji/botol
3) DG Day Cream 5g
4) DG Night Cream 5g
5) DG Treatment Cream 5g

Mula-mula, cuci muka dengan sabun DG.
Sabun DG tu aku biasanya potong 4 untuk penjimatan. Ada orang potong lebih kecil tapi aku kurang suka kalau kecil sangat sebab jika terlalu kecil, sabun lebih senang lembik dan akhirnya cair dan hancur.
Sabun muka tak perlu lama-lama sangat, lebih-lebih lagi untuk yang berkulit kering. Paling afdal selama 30 saat sahaja. Macamana nak tahu korang cuci 30 saat? Senang je, semasa korang sabun muka, start bilang 1 hingga 30. Kemudian terus bilas.

Tak perlu cuci muka terlalu lama kerana ianya hanya akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering disebabkan oleh minyak-minyak asli dibawah lapisan kulit turut hilang semasa proses mencuci muka. Orang berkulit kering lebih cenderung untuk mendapat masalah jeragat.

Setelah siap mencuci muka, tak perlu lap kering muka korang jika korang nak pakai DG Toner.
(Toner tiada dalam set tau, jika nak, kena beli asing. Toner 15ml RM30, Toner 60ml RM60).
Jika perlu lap, pastikan korang lap separa kering sahaja. Kemudian, spraykan sekali atau dua kali (aku biasanya spraykan sekali je) toner di atas sehelai kapas muka, lalu lapkan rata ke seluruh muka. Dengan cara ini, toner akan lebih rata dan toner juga lebih jimat.

Setelah itu, barulah korang pakai serum Vit E.

Jika korang takde dan taknak pakai DG Toner, lepas cuci muka, terus lap muka sampai kering.

Kemudian pakai Serum Vit E.

Faham tak? Meh aku repeat.
Jika ada guna toner, lepas cuci muka, tak perlu lap kering.
Jika tak guna toner, lepas cuci muka, perlu lap sampai kering.

Cara pakai Serum Vit E pula, ambil sebiji serum vit E dan cucuk guna jarum. Picit keluar separuh je cecair serum itu dan sapu rata ke muka. Biarkan beberapa saat hingga serum meresap ke dalam kulit. Serum yang separuh lagi tu simpan untuk pakai esoknya pula.

Kemudian boleh pakai Night Cream (jika malam). Selepas pakai Night Cream, pakai pula Treatment Cream di atas lapisan Night Cream tu tadi. Siap! dan korang boleh tidur.

Jika siang, setelah serum meresap. sila pakai Day Cream. Dah siap.

Senang kan?
Set Trial Serum Vit E @ RM130/set.
Sabun DG
Serum Vit E @ 30biji/botol

Day Cream 5g, Night Cream 5g and Treatment Cream 5g

DG Toner memang tak ada dalam set. Jika nak, kena beli asing tau


** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

Ketaraaa sangat perubahan kakak comey ni sejak konsisten guna Diamond Gold Skincare. Nampak lebih muda hanya dengan sedikit effort. 

Nak order?
Wasap daku 012-931 1015

http://www.wasap.my/60129311015

Saturday, 31 March 2018

Dinner di King Tomyam BK9 Bandar Kinrara

Malam tadi Ngah bawak makan kat King Tomyam BK9. Ngah kata dia tengok dalam FB King Tomyam punya gambar macam mengiurkan sangat. So jomlah kita try, lagipun dekat je dengan rumah kitorang. Ikutkan aku, nak makan megi je hahaha. Dah lama craving for megi taruk kangkung pecah telur tapi asik la tertangguh-tangguh. Nampaknya kena tangguh lagi.

Sampai kat kedai tu dalam pukul 8.30malam. Masa tu orang dah ramai cuma meja kat dalam kedai masih ada beberapa biji yang kosong. So kitorang pun duduk kat dalam. Tunggu punya tunggu beberapa minit, nampak macam takde siapa nak ambik order. So Ngah pun panggil salah seorang pelayan untuk minta menu. Pelayan tu bawa menu dan tunggu depan kitorang, tunggu untuk ambil order. Servis agak slow kat kedai ni. Aku cadanngkan tambah staff setiap weekend hihi.

Aku pun belek buku menu. Ngah pun sama. Masing-masing baca menu sebelum pilih. Namun oleh kerana dari rumah Ngah dah pre-decided untuk makan shell out, kami pun ambik set shell our saiz kecil (untuk 2 - 3 pax). Harga RM50. Set ni dah include nasi 2 set. Kitorang tambah nasi kosong lagi 2. Kemudian aku order pulut mangga @ RM5/set. Ngah pulak tambah 1 set tomyan lobster @ RM18/set. Aku agak ralat sikit time order ni kerana pelayan tu macam tak boleh tunggu lama untuk kami baca menu sebelum membuat pilihan. Tapi takpe lah aku bisik dalam hati, mungkin kitorang memang ambik masa lama sangat kott. Dah la lama, tup-tup ini je ke yang kau order? hahaha. Tapi sebagai pelanggan, aku memang suka tengok menu. Walaupun dari rumah dah decide nak makan shell out.

Dah order, kami tunggu. tunggu punya tunggu punya tunggu, hoiii lama juga dorang ambil masa nak serve makanan. bukan aku je perasan servis slow, meja sebelah aku ni pun terjenguk-jenguk ke arah dapur. Agaknya tensyen kot lama sangat. Aku rasa kalau datang sini time kebulur, harus ada yang bangun cari kedai mamak ni. Aku pun lapar jugak, cuma nasib baik pulut mangga tu sampai dulu. So aku alas perut dengan pulut dulu. Lamaaa tu baru makanan kitorang sampai.

Anak-anak aku terutamanya Joe, nasib baik sebelum keluar tadi dah makan roti, kalau tak, jenuh jugak melayan tontrem budak lapar.

Sebaik je shell out masuk dalam mulut, terus aku rasa happy. Nasib baik la sedap hoi. Berbaloi jugak menunggu lama. Aku seumur hidup, ni kali kedua makan shell out. Yang pertama kat Shah Alam. Sedap dah aku rasa. Makan kat King Tomyam ni, lagiiii sedap berbanding yang kat Shah Alam tu. Tomyam lobster pun sedap. Kuah dia aku hirup berkali-kali sebab kena masam manis masin dia kat anak tekak aku. Pedas pun tak keterlaluan.

Gambar? Aku tak ambik gambar pun sebab aku cas handphone kat rumah. Ni pun gambar dari phone Ngah aku cilok.




Tomyam lobster. Dalam mangkuk ni ada seekor lobster dan pat lima kuntum cendawan.
Nak datang lagi tak ke King Tomyam lepas ni?
Harus datang lagi, sebab aku nak try makanan lain pulak. Nak order sotong selup tepung, Ketam masak telur masin, siakap stim limau. hehe.
Sebelum balik tadi aku ada jeling kat meja sebelah. Kemain dorang makan nasi hidang. Nampak sangat menyelerakan. Aku dah teruja ni.

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.


** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

Nak cuba atasi kulit kusam?
Cuba lah Diamond Gold Skincare.
Wasap - 012-931 1015 kak ila ngko