Thursday, 9 November 2017

Amir Dan Lawatan Sekolah Rendah - MAPS Perak

Sebenarnya, masa awal tahun hari tu, cikgu umumkan nak buat lawatan ke Lombok, Indonesia untuk meraikan murid-murid darjah 6 dan guru-guru yang bertungkus lumus mengajar demi UPSR, dimana guru-guru ni time cuti pon kena adakan kelas tambahan. Kos yang diberitahu adalah RM2,800 per head kalau tak silap aku. Masa tu cikgu besar beritahu ketika berucap dalam mesyuarat PIBG.

Oleh kerana jauh kebenor, dan kos yang mahal, aku dan Ngah cakap takyah laa. Lagipun macam tak harap je nak lepas Amir pergi sendiri jauh-jauh. So kami diamm je lah.

Kemudian, baru-baru ni guru kelas Amir edarkan surat lawatan ke MAPS Perak. Masa tu Amir nampak tak berminat. Barangkali dia ingat kalau dia mintak kat aku nak pergi pun, aku takkan izin kot. So dia hanya diam je lah. Hinggalah aku hulur duit RM75 untuk lawatan Joe, aku suruh Joe bayar kat ustazah kelas dia. Dan-dan tu Amir protes nak pergi MAPS, nak pergi MAPS. siap komplen kenapa Joe dapat pergi lawatan sedangkan dia tak dapat pergi MAPS. Adusss...

Tak aci katanya. Joe baru darjah 2, boleh jenjalan pergi lawatan. Sedangkan dia dah darjah 6. Patut dia yang dapat keutamaan memandangkan tahun akhir dapat enjoy ngan kawan-kawan. Pasni dah berpecah sorang sekolah situ sorang lagi sekolah sini.

So ok lah. Ambik RM180 ni gi bayar kat cikgu. Terus senyum. Ikutkan Ngah, dia tak kasi pergi. Katanya mahal untuk pergi balik hari, dan lebih berbaloi kita pergi anak beranak siap boleh tidur hotel lagi. Tapi memandangkan lawatan ni boleh jadi kenangan indah untuk Amir, takpe lah. Pergi lah.

Beberapa gambar yang dikongsikan oleh cikgu.









 

Memandangkan waktu ni negeri utara dilanda hujan lebat (hingga Penang banjir teruk), perjalan bas kembali ke sekolah adalah agak lewat. Pukul 10.20malam cikgu bagitau bas dah ada dekat tol subang, so Ngah pon start motor gi tunggu kat sekolah. Pukul 11malam baru Amir terpacul depan rumah.

Gambar ni takde kena mengena dengan cerita. Ni adalah senyuman pesen terbaru. Asal suruh senyum je, begini lah hasilnya
Sekian update.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday, 6 November 2017

Bawak Mek Sambung Ubat

 Aku MC. 
Rasa migrain hanyut je sejak balik kerja petang sebelumnya. Rupanya period lepas balik klinik. patutlahhh. 

Joe pulak ada lawatan anjuran sekolah agama (ke mana ntah aku ni asik lupaaa je). Yang pasti, lawatan tu dalam negeri selangor jugak. Bayaran lawatan tu RM75. Joe pergi sekolah dihantar oleh abah dia naik motor macam biasa.

Aku pulak siap-siap nak ke klinik. Dah alang-alang, aku angkut mek sekali bawak makan roti canai.



Lepas makan, aku ke sekolah agama tengok joe naik bas.
Sejenis mak-mak sangat, anak nak naik bas pun pergi tercongok nak tengok HAHAHA.








Lepas Joe dah selamat naik bas dan bergerak, aku dan mek pon ke klinik 1 Malaysia Kampung Lindungan. Sebabnya gini. masa sedang makan, kami sembang. Mek kata dia nak balik Kelantan dah, tapi aku halang. Kalau boleh balik la dengan aku. Tunggu cuti sekolah ni aku cakap. Tak lama dah.

Mek kata ubat darah tinggi dia dah tinggal sebiji je lagi ngam-ngam untuk esok, ubat yang doktor Hospital Machang bagi. Memang alasan yang agak kukuh untuk dia balik awal la tu. Aku cakap takpe la mek, kita gi mintak ubat yang sama kat mana-mana klinik kerajaan kat sini. Lamaaaa kemudian, mek setuju. Lalu kami pun shoot ke Klinik 1 Malaysia Kampung Lindungan.

Sesampai je kami ke situ, seorang nurse yang sangat peramah menyambut kami. aku sukaaa stail beliau. ramah dan sentiasa senyum melayan pesakit. Memang sesuai dia duduk kaunter depan.

Namun, rupanya kat klinik 1 Malaysia mana-mana cawangan pun menurut nurse tersebut, memang tak ada ubat untuk darah tinggi. kot mana-mana pon kena pergi klinik kesihatan, kena jumpa doktor terlebih dahulu. Baru dapat ubat. Kat Klinik 1 Malaysia ni untuk kes-kes ringan je.

So kami pun patah ke Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. mula tu aku ingat nak ke klinik Taman Medan je, tapi takut sesat sebab tak pernah kesitu. Klinik Batu 14 ni memang aku biasa pergi, dulu check perut kat situ.

Sampai Klinik Batu 14 dalam pukul 10.40 camtu. Ingatkan lama nak kena tunggu. Rupanya rezeki mek kot, tungu tak sampai 2 jam, selesai semua dan balik rumah.
Alang-alang aku tak kerja, aku ambik terus Ammar kat daycare dan bawak balik rumah. 

Elok je tidur siang, mentang-mentang la duduk rumah. Kalau duduk daycare memang takde masa nak tidur. Mainnnnnn je kerjanya


KAri ayam untuk tekak mek. Budu dan ulam petai untuk tekak aku



** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

"Sejak Pakai DG Skincare, ramai tegur kulit cerah dan berseri pakai apa hihi"


Nak cuba?

WA 012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku