Monday, 17 April 2017

Setelah 2 Tahun Pakai Diamond Gold Skincare OMG!

"Sis, Diamond Gold Skncare ni, kalau makin lama pakai, ada kesan tak?"

Ada dikk, jadi makin cantikk!

HAHAHA


sejujurnya aku sendiri belum pernah terima aduan pasal muka jadi buruk, menggerutu, menggelupas, mahupun bernanah setelah pakai DG skincare.

BELUM ADA LAGI.

yang ada hanya aduan-aduan bersifat kecil seperti parut jerawat belum hilang sepenuhnya walaupun dah habis satu set kecil DG.
selalunya jika terima aduan macam ni, aku hanya mampu nasihatkan untuk teruskan guna DG, kena bagi peluang untuk DG perform dulu.

jangan terus buat kesimpulan DG tak bagus.
ini kerana dah banyak testimoni gadis mahupun wanita mendapati kulit wajah mereka semakin bersih, cerah berseri setelah 3 bulan guna DG secara berdisiplin. 
di ulangi, 3 BULAN.

kemudian satu lagi, Set Kecil DG ni, purata penggunaan adalah sebulan lebih-lebih. jika ada yang guna set kecil sehingga mencapai 2 bulan, aku jadi khuatir pula. 
khuatir penggunaan yang terlampau jimat akan membuatkan DG nampak macam tak berkesan. sebab guna sikit sangat kan. macam kita cuci baju juga. letak sabun terlampau sedikit, hingga baju jadi tak bersih. lepas tu salahkan sabun HAHAHA.

so, aku tepek kat sini testimoni seorang wanita cantik yang mengaku dah 2 tahun guna DG. tengoklah sendiri rupa beliau.


Cantik sangat kan?

Minggu lepas, ada seorang gadis wasap aku.
dia pungguna DG, cuma dia tak beli dari aku.
katanya dia beli dari kawan dia.
dia kata dia jumpa nombor handphone aku kat gugel.
mungkin dia jumpa blog aku ni la kot.

katanya dia risau sebab tumbuh jerawat.
dia pakai DG sejak Januari baru ni.
tak pasti pulak aku dah berapa set dia pakai.

sekarang ni kan kecoh pasal satu produk popular tu disahkan ada bahan merbahaya.
dan dan tu tetiba naik jerawat seketul dua pakat panik tak tentu hala.

aku tanya dia, kenapa tak tanya dari kawan dia tu.
logiknya, kan senang tanya macam-macam kat kawan sendiri.
dia kata kawan dia tu jenis soal sepatah, jawap pun sepatah.
adudu, ntah la betul ke idok 

pastu dia snap gambar muka dia, kasi aku tengok.
takde la banyak mana pun.
maaf aku tak boleh tepek gambar dia kat sini tanpa mintak izin. 
lagipun gambar dia tak tutup aurat.
jerawat dia, yang aku nampak ada 3 ketul.
kat tepi bibir bawah kanan seketul. kat pipi kiri seketul.
pastu kat tengah-tengah antara dua kening tu nampak tak nampak je.

dia tanya aku macamana nak atasi masalah jerawat dia tu.
ada apa-apa cadangan tak nak pakai apa dan tak perlu pakai apa.
gitu la lebih kurang soklan dia.
aku suruh dia cuci muka tak terlalu lama.
kalau lama, kulit jadi extra kering.

pandangan aku la.
jerawat ni kalau tumbuh sekali sekala tu normal je.
maksudnya kulit muka kita ni masih sihat. 
yang tak normal tu kalau langsung tak tumbuh jerawat, atau naik jerawat mencanak-canak.
pastu dengan pakej bernanah pulak. banyak pulak.
lagi satu, jerawat ni pun ada sebab jugak dia naik.
kalau sebab muka ada kotoran, liang roma tersumbat, maka gunakanlan skincare secara berhemah.
kalau dia naik sebab hormon, maksudnya bukan kena tukar skincare.
ada jugak yang naik jerawat sebab pemakanan.
serius bukan semata-mata sebab skincare.

cuba jangan cuci muka terlalu lama.
ni ada yang duk gosok sampai 10 minit.
tak perlu sebenarnya nak sabun muka lama-lama.
nanti kulit jadi terlampau kering.

pastu lepas cuci muka, lap separa kering dan sapukan toner.
Diamond Gold pun ada toner jugak.
cuma ianya tiada dalam set je.
boleh add on toner kalau nak.
harga toner 15ml loose RM28 sebotol.
Tapi harga add on hanya RM25 je.
kalau misalnya kau beli set kecil Serum Vit E RM130.
pastu tambah toner 15ml jadi RM130 + RM25 = RM155 je.
kalau semata-mata beli toner je, harga RM28.
tu belum tambah RM8 untuk postage.

ok la.
nak sambung kerja sikit.
nak order Diamond Gold Skincare, wasap aku ye.
012-931 1015

sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Thursday, 13 April 2017

Pepagi Dah Bengang

Promosi 'Beli Diamond Gold Gluta White DAN Mana-Mana Diamond Gold Skincare DAPAT FREE Seqy Beauty Lip Matte' dah genap seminggu tamat ye.

Terima kasih kepada yang membeli.

Pagi ni agak panas hati sikit.

Ngah keluar rumah hantar Amir dan Ammar pergi sekolah kebangsaan.
aku pulak siapkan Joe nak ke sekolah agama.
rumah aku kan ada pintu dapur.
jadi memang keluar masuk rumah guna pintu dapur je la. 

Lepas siap pakai baju sekolah, Joe pun duduk depan pintu dapur tu nak pakai kasut.
aku pulak masuk ke ruang tamu nak ambik pakaian untuk sekolah sesi petang pulak.
ambik bawak ke grill pintu dapur tu la. nanti Ngah nak bawak hantar ke daycare.

tiba-tiba Joe panggil aku.
"umiiii, tengok ni cepat umiiii!"
aku pun datang sambil tangan bawak pakaian sekolah sesi petang.

"napa Joe?"

"Tadi ada orang tingkat atas, dia tuang air sampah. jatuh atas kereta abah"

aku tengok tu terus meluap-luap nak marah.

kau tau tak?

air sisa dia cuci pinggan mangkuk barangkali, ada la kot sebaldi, disimbahnya dari  rumah dia keluar melalui beranda rumah dia. beranda (tempat kita sidai pakaian) ke tingkap pun aku tak pasti, sebab aku tak pernah terserempak dia SEDANG menyimbah tu.

habis atas kereta aku ada biji-biji nasi, sisa-sisa bawang dan macam-macam lagi la.
bau dia tu memang masam sama macam bau sampah.
orang tingkat 1, takpun tingkat 2
tapi aku rasa ni kerja orang tingkat 1.
sebab secara logiknya, kalau orang tingkat 2 yang tuang air, mesti akan jatuh atas awning rumah tingkat 1, dan mesti ada bunyi bising masa air tu jatuh kan.
ini takde bunyi pun.
tau-tau je pelepappp, jatuh atas kereta.
air yang terpercik kat bumbung kereta tu, melantun pulak merecik-recik kat tuala yang aku sidai kat grill.
takde etika punya orang.

aku pun, terus ambik gambar.
sampai office je terus aku hantar email komplen kat management.

ini bukan kali pertama sebenarnya.
dulu, masa kali pertama berlaku.
aku nak pergi kerja, nampak kereta melekit dengan kotoran.
ada tulang ikan, ada sisa sambal ikan bilis.
bertempek-tempek kat bonet belakang kereta.
aku sangkakan kucing yang muntah.
kot kucing tu melantak nasi lemak pastu terlekat tulang ke hapa.
so biarkan.

kereta jiran tepi rumah aku pun pernah kena jugak.
seat motor Ngah pun pernah ada cecair berminyak melekit-lekit jugak.
sisa-sisa puntung rokok pun ada.
lama-lama baru aku tau ni kerja orang atas rupanya.
tapi selalunya dia buat kerja-kerja menyimbah waktu tengah malam.
waktu kami tidur, ataupun waktu kami sedang tengok tv.
pendek kata memang tak pernah terserempak dia tengah menyimbah.
tau-tau je pagi esoknya ada kesan lekit.

pernah jugak kena sergah dengan jiran aku masa dia buang air sisa.
pastu diam sekejap.
lama tu buat balik.

kalau macam ni punya perangai takleh tinggal bermasyarakat bang oi.
pergi duduk dalam gua.
kau nak baling taik pun takde orang kisah.
ni aku buat aduan bertulis pon bersebab jugak.
nanti kalau management dah bagi nasihat kang tak makan saman jugak, setidak-tidaknya aku ada bukti aduan pernah dibuat.
pagi tadi masa breakfast sorang-sorang kat kedai mamak tepi office, tetiba project manager dua orang datang joint duduk semeja.
aku pun cerita la kisah pagi tadi.
dia nasihatkan aku untuk pergi slow talk dengan orang atas tu.
kalau tak jalan, report kat management.
nanti management akan pergi rumah orang tu untuk bagi amaran.
biar management selesaikan.
management juga boleh buat aduan kat majlis daerah kata project manager aku.

harap-harap takde lagi kejutan macam ni.
sakit hati wehh.
tak pasal-pasal aku kena cuci kereta pagi-pagi.
kalau tak cuci karang panas dia kering bertompok-tompok jadinya.

ni balik nanti nak kena cuci lagi sekali tuala yang kena air busuk tu.
adehhh
kereta buruk pun, sayang wehhhh


nampak tak tu? nasi, bawang. daun kari pun ada

sekian bebelan.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku