Monday, 4 April 2016

Rumah Kedua Disewakan

Rumah kedua yang dibeli, memang aku rancang untuk sewakan.
rumah kedua ini dibeli hanya semata-mata untuk menjana pendapatan pasif sahaja. 
aku takde niat nak tinggal kat rumah ini langsung pon.

mula-mula memiliki rumah ini, aku ingatkan nak advertise kat internet je untuk tujuan mencari penyewa.
tapi tak sempat.
kejap anak sedara call kata kawan dia baru kawin nak cari rumah.
kejap lagi ada lagi tanyakan rumah.
memang macam goreng pisang cheese dah kekdahnya.
permintaan memang tinggi kat rumah flat kawasan ni.
tapi bila cakap harga sewa, semua cakap tak jadi.

dan akhirnya dapat kat indon jugak.

sebab?

sejujurnya kan...

aku mula tu nak sewakan kat orang tempatan.
tapi bila fikir-fikir balik...
kebanyakan orang tempatan, diorang takde niat nak tinggal lama di rumah sewa, nak-nak pulak kalau rumah tu tingkat atas sekali. 

diorang akan beli rumah dan pindah. walaupun makan masa lama untuk berpindah dari rumah sewa.
ataupun, bila si isteri dan pregnant, mesti dah tak larat nak turun naik tangga (rumah aku takde lift ye), lalu akan fikirkan rumah lain untuk disewakan.

orang indon pulak, bila mereka sewa rumah kita, diorang akan duduk lamaaaa.
dan mereka ni kebanyakannya jenis menjaga rumah. kebanyakannya la. (aku harap penyewa rumah aku ni jenis pandai jaga rumah la)
dan lagi satu, dorang ni sangat on-time membayar sewa rumah.

dari segi keberuntungan jangka panjang, lebih baik beri sewa pada orang yang boleh tinggal di rumah kita lama.
sebabnya kan, katakan penyewa menyewa selama 2 tahun lepas tu pindah, mesti akan ada kos baik pulih rumah walaupun sedikit, yang perlu dibiayai oleh tuan rumah. paling koman pun, cat baru.

macam aku, setelah aku congak aku hanya akan tuai keuntungan hanya selepas tahun ke 6 indon tu menyewa. ini kerana aku dah berhabis hampir 10ribu hanya untuk simple renovation.

dalam tempoh 5 tahun pertama duit sewa tu, hanya akan balik modal kos renovation aje. gitu.

bunyinya macam kejam kerana lebih pentingkan duit semata-mata.
tapi hakikatnya, ia berbalik pula pada niat asal pemilikan rumah itu tadi.
ianya adalah sebagai sumber pendapatan pasif.

ni nak share satu cerita.
pasal kawan skolah Ngah
dia beli rumah tingkat 1 blok sama dengan rumah pertama aku.
masa dia beli rumah tu, kami masih belum ada rumah. masih menyewa lagi.
bila kami beli rumah (rumah pertama, yang kami duduk sekarang), diorang telah berpindah ke kampung di kelantan kerana si isteri mandapat kerja di kelantan. kawan Ngah ni driver teksi. jadi dia pun ikut si isteri berpindah ke kelantan.
rumah yang dekat sini dia sewakan kepada pasangan baru berkahwin.
baru-baru ini dia datang ke KL untuk tengok dan bersihkan rumah dia. 
katanya penyewa lama dah pindah, dan rumah tu bakal disewakan kepada pasangan pengantin baru. penyewa baru ni jururawat kalau tak salah dengar.

kata dia, dia sangat bersyukur bila penyewa lama nak pindah, sebab selalu tak bayar sewa on-time. 
tu satu hal lah, lagi masalah bila ada bulan yang penyewa tu tak boleh bayar disebabkan masalah kewangan.
nak bincang pun payah bila jauh. sorang kat KL sorang kat kelantan. terpaksa cakap ok je lah.
dah pindah tu, terpaksa pulak upah indon baikpulih sikit rumah dia. kos lagi tu.

bila dah ada rumah sewa sendiri ni baru aku faham. dia kata rumah yang dia sewakan tu takde untung sangat pun. elok nak saving duit sewa, tup-tup penyewa pindah, dah kena keluarkan balik duit hasil sewa tu semata-mata nak baikpulih rumah tadi. kos baikpulih bukan murah oi.

aku hari tu nak rendahkan lantai bilik mandi campur simenkan longkang dan pasang mozek untuk cover longkang je pun kena RM1,500.00
padahal kalau pikir logik macam cenonet je keluasannya.

ok la dulu.

maaf jika ada yang tidak selesa dengan entry ini.

yang baik dari ALLAH
yang buruk dari AKU

Friday, 19 February 2016

Mengolah Makanan Lebihan Semalam - Sardin Sebagai Inti Karipap Pusing



Petang Ahad hari yang sama aku menjala roti jala...

kemas-kemas pati ais, terperasan yangaku simpan lebihan sardin yang 2 atau 3 hari yang lalu.
test rasa dia. masih ok. belum basi.

ada 2 ketul isi ikan sardin. aku tumis bawang merah, pastu tuang balik ikan sardin tadi. kemudian tambah air dalam 2 cawan camtu. kemudian masukkan 2 ketul ubi kentang bersaiz besar yang dah dipotong dadu.
dah empuk semua, masukkan garam gula, ajinomoto semua dan sedikit asam jawa (sebesar sebiji kacang tanah aje, sabit nak kurangkan bau ikan sardin)
then sejukkan.

pastu uli pulak doh karipap. kali ni nak try buat karipap pusing.
banyak resepi ada kat fesbuk kan?
tapi aku ikut cara yang diajar oleh sepupu aku Kak Som. aku pernah tinggal dengan Kak Som masa tunggu result SPM hujung tahun 1996.
Kak Som ajar doh pertama uli dengan merjerin aje. just gandum dengan marjerin. garam pun takyah sebab merjerin dah masin.
doh kedua, uli gandum dengan air garam aje.

oleh kerana aku rasa sangat senang bahan-bahan nya, sampai sekarang la aku ingat, walaupun jarangggg sangat aku buat karipap pusing ni,

doh yang telah siap di uli.

doh yang di uli dengan air garam tu, kuantitinya adalah mesti dua kali ganda dari doh merjerin.
contoh kalau kita guna 1 cawan gandum untuk doh marjerin, maka doh yang di uli dengan air garam hendaklah menggunakan 2 cawan gandum.
kalau korang terngok saiz doh dalam gambar, doh putih tu 2 kali ganda besar dari doh kuning.

sebabnya adalah jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






sebab doh putih perlu membungkus menutupi doh kuning. macam dalam gambar kat atas ni.

lepas tu gelek macam biasa

kemudian gulung

lepas gulung, gelek balik

lepas tu gulung balik

lepas tu potong 

gelek untuk masukkan inti







Karipap ni aku goreng keesokkan harinya (isnin) sebagai bekal anak-anak bawak skolah.
gambar tak sempat nak snap sebab tergesa-gesa sangat.

ok lah,

sekian dulu.

lain kali rajin aku update lagi.

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku