Wednesday, 30 January 2013

Meng - toilet train - kan Tajuddin

sempena cuti Thaipusam hari tu la..
Thaipusam kan jatuh hari ahad.
so senin tu kira cuti ganti  :p

eh tapi sebenarnya ofis aku keroje. termasuk la aku.
company aku tak ambik Thaipusam sebagai public holiday. sobs sobs..

tapi aku terpaksa meng-apply cuti untuk senin tu.
kerana ??

kerana taska JC anak aku tutup ye kawan-kawan.
kalau nak hantar jugak boleh, bayo ler RM6/hour/kid.
anak aku ada 3.
2 hantar kat taska JC tu. kalau kerja sekerat hari ok la lagi.
so bila pikir2, takpe la. cuti lagi afdal kot.
dah la Ngah takde start sabtu hingga senin tu.
konon pegi kem jati diri 3D2N.. nyampah haku la...
jati diri kununnnn...
dah la hari2 balik kerja malam...
nak layan anak bini pun tak berapa nak cukup masa.
elokkkk cuti kena pergi kem2 segala...
lagi kena tinggal..
dah la anak2 kecik lagi...
makpak pulak kemain jauh nun di kelate...
kalau dekat kompom aku lari balik rumah...

sian kan aku ?
T______________T

#lap airmata kat lengan baju#


eh, nak citer pasal toilet train Tajul sebenarnya.
so, memandangkan aku ada 2 hari cuti
maka aku ajarkan Tajul kencing berak kat tandas.

'Joe, hari ni takyah pakai pampers eh?'
'hurmm' #sambil angguk kepala#

'Joe, kalau nak kencing, kencing kat tandas eh?'
'hurmm' #sambil angguk kepala#

'Joe, kalau nak kencing, kencing kat mana?'
'ecing kat tadashh'

'Bagus Joe ni, kan?'
'hurm' #angguk kepala sambil sengeh#

dokk dalam doploh minit, aku tanya lagi..
'Joe, kalau nak kencing, kencing kat mana?'
'kat tadashhhhhhh !'

good boy

selang lagi tanya lagi..

hehehehe

sebabnya, dulu aku pernah la toilet train kan dia, kadang kala dia ok...
kadang kala tak ok...
mungkin dia tak ingat yang dia tak pakai pampers kot...
maka meleleh la sana sini...
gigih la pulak haku mop2 lantai satu rumah
sambil muka hijau menahan diri dari bertukar menjadi raksasa..

hari pertama (ahad bersamaan hari Thaipusam)
sebaik mandi makan sumer, sadang ralit dia main, aku tanya..
'Joe nak kencing takk?'
'tanak'

ok

selang agak2 dalam doploh minit gitu, aku yang panggil dia suh kencing
walaupun dia tak mintak nak kencing, aku suruh gak dia bukak suar kencing kat tandas
dan dia menurut perintah.
lalu kencing kat tandas.
pastu sambung main.

tigaploh minit kemudian, aku panggil lagi, suh dia kencing lagi.
kali ni dia tanak.
'Joe tanak ecing ummi..!'
'nanti kalau nak kencing, kencing kat tandas ye?'
'hurm'

itu je la yang aku buat

pastu tak lama kendian, dia sendiri datang kat aku bagitau dia nak kencing
so, aku pasang lampu tandas bagi dia berurusan
pastu bagitau lepas kencing kena cuci bird.
dia patuh. siap flush lagik. yag ni aku tak ajarpun.
mungkin dia tengok abang dia flush kot, so dia excited nak tarik tali flush tu jugak
syabbas beta syabbasss!

hari kedua
sepanjang masa aku pasang lampu tandas.
kalau aku perasan dia main ralit sangat, nanti aku panggil dia suh kencing dulu, baru sambung main.
mana tau kot2 dia terlupa yang dia tak pakai pampers kan.
kang hakuuuuu gak yang kehijauan menahan marah nanti.

Tajul ni kalau kat rumah memang dia tak tido siang.
kecuali kalau dia penattt sangat. tengah syok2 layan kartun tup2 terlelap.

kat taska tu lain. dah memang ada jadual. time tido memang kena tido.

jadi, 2 hari tu memang tak pakai langsung pampers di siang harinya.
dan aku kira berjaya la toilet train dia.

masuk hari ketiga, adelah hari kerja, dan Tajul ber-tadika.
dah dimandikan siap2, aku pesan kat dia
'hari ni Joe gi skolah takyah pakai pampers eh? Joe kan dah besar, dah skolah, kan?'
'hurm #angguk kepala#

sampai skolah, aku pesan kat cikgu dia, kata aku dah toilet train kan dia, dan berjaya.
dan aku nak ada kesinambungan konon, sebab kalau kat taska kena pakai balik pampers buat hape kan?
baik takyah.

so, petang balik tu aku tanya cemana sumer kan.
kata pengasuh dia, ok. takde kencing dalam suar ke hapa.
cuma dorang tetapla pakaikan pampers waktu tido.
so takpe. mula2 memang cenggitu kot.

aku tanya pengasuh dia
dia tak cakap ke kalau nak kencing?
takkk kata pengasuh.
habis? langsung tak kencing ke? heran lak aku.
takkan tak kencing kot. atau Tajul sanggup tahan kencing demi takot nak bersuara?
haa, mula aku pikio lain khen. hahahah..

kata pengasuh, dia memang tak mintak nak kencing, dan memang tak kencing pon.
tapi masa nak tido siang tu, dorang pakaikan pampers
dan,pamper memang penuh la sepanjang dia tido tu.
aik? gitu ke pulak?
ntah2 ko pakaikan pampers tu sepanjang hari tak? hahahaha
(buruk sangka pulak dahhh.. ya ampunnn)

dalam keter on the way balik rumah, Tajul tetiba cakap nak kencing
aku suh dia tahan dulu, dah nak sampai rumah dah
sampai je, tengok2 basah suar dia weyh.
projek dalam keter

T___________T

sabo je la mokcik
takpe, pelan2 kayuh


so, hari ni aku hantar dia tanpa pakaikan pampers macam semalam.
pepandai la kau berdikari ye nak?
huhuhuhuh...

ye la, dah besar kot.
dah skolah tadika pon
aku bajet sampai hujung bulan ni berjaya la hendaknya.
at least pakai waktu tido memalam je.

sekian

babai

eh, jap. nak tepek gambo terbaru beliau. baru tak baru la... ni je yang ado dalam folder haku.
boleh laaa..


asal aku suruh senyum, ini la hasil 'senyuman' dia. sabo je la... anak ummi yang terpaling itam, and terpaling sensitip. sikit2 nangis, sikit2 nangis

yang baik dari ALLAH,
yang buruk dari AKU


Friday, 25 January 2013

Rezeki pizza sejukkk :p


malam tadi Amir mintak nak makan pizza. ngengada betul budak ni skrg.
ntah mimpi apakah tetiba mintak pizza.
aku mula tu malas
sebab hujan lebat maghrib tu. series lebat.
tapi Amir ni kalau dia nakkkk tu memang bikin tensi haku. dasarrr...

so layankan saja. hehehe kebetulan ja tu duit tengah ada.
kalau tadak, meroyan la kau situ huhuh..
Ngah tak ikut. so takpe, kau jaga la si kecik Ammar tu bebaik yea.
biar aku ngan Amir ngan Tajul je pergi.

pergi tu, sampai restoran pizza di Giant Bandar Kinrara.
tu je pon kedai pizza paling dekat ngan rumah.
order pukul 7.45pm camtu.
pukul 8.00pm sup sampai dulu. suam2 kuku je supnya.
mati selera aku.
dah la hantar sup, sudu tadak.
sudahnya Tajul celupkan jari telunjuk dia dalam tu demi nak rasa sup.
kan aku dah cakap sejuk? maka dia hirup je sup macam minum teh je pulak.
selang agak2 15minit kemudian, baru air mari.
pastu lamaaaaaa baru hantar pizza. aku tengok jam, omg dah pukul 8.55pm dah.
pizza baru datang weyh..
pulak tu takde la panas macam baru kuar oven pon. pelik haku.

dah tu nak makan pizza ni, eh pinggan mana? haiyoooo!
so, panggil staff dia, maka dapat la pinggan.
masa toleh belakang tu, omg ramai gilar orang makan pizza hari ni.
patut la lembab nak mamps je service dia.
tapi, patut kena ada ramai staff waktu2 cuti macni apaa..
nyesal haku makan sini hari ni...
pastu, dalam doploh minit kemudian, baru dapat spageti aku.
yang kesiyal nya, spageti pon sejuk weyh..
tutup terus selera haku la...
dah la pizza tak panas.
pizza cheezy lava ni kalau makan tak panas rasa dia tak sedap bagi aku.
cheese dia dah jadi beku kejung gitu. tak beshh
pastu dia punya breadstick tu tak samapai ke sudah.
habis tu nak cicah sup dengan apa?


sudahnya, dua badik tu hirup sup pun tak habis.
pizza pun separuh makan. tu pun yang bahagian yang ada cheesy lava tu Amir tinggal je.
spageti langsung tak ku jamah.
maka suruh staff situ bungkus aje.
akan ku panaskan dalam oven spageti tu, baru makan.
pastu mintak dia bungkus sesiap breadstick tu, nak wat balik.

balik rumah kita sambung spageti tadi. oter sikit kasi panas.
baru feel nak makan.

itu je la entry. yang aku patutnya nak up malam tadi sambil layan tv.
tapi tu la, asal aku on lappy je, adaaaaa je permintaan dari Tajul.
nak tengok ninja go, nak ninja go... ninja go... haishh
maka tak jadi up entry nih.
kasi dorang layan ninja go kat you tube.

ok tu aje.