Monday, 16 August 2021

Reputasi Vitamilk Buruk Bukan Sebab Vitamilk Pon

 Tapi kebanyakan adalah sebab seller!

This is true. Aku kadang heran kenapa ada antara pembeli vitamilk lepas beli, akan bagi bad review kat produk.

Bila aku fikir balik aku dapati :

Kebanyakan seller masih muda, rata-rata umur belasan atau baru awal 20an. Kebiasaan seller peringkat umur ni masih baru lagi, baru nak belajar berniaga, kesabaran kurang, pendek kata belum matang lagi. 

Bukan la aku nak kata semua sama, cuma KEBANYAKAN nya macam tu lah. Kurang sabar. Customer pon rata-rata dari umur dorang jugak. Iye la kan, kalau seller ni umur 20 katakan, sudah tentu dia punya crowd di instagram ke di tiktok ke, umur-umur baya dia jugak. Jadi tahap degil pon sama hahaha

Ni bukan aku reka-reka sendiri tau. Ni dari pemerhatian sendiri.

Jenis tak sabar satu hal, jenis mudah terpengaruh pun satu hal jugak. Pantang ada isu pada produk, dia terus percaya. PAstu murung. Pastu tukar jual produk lain pulak. Bila produk yang dia jual tu pon ada isu, dia murung lagi, tukar jual produk lain lagi. Macam tu la ulang-ulang-ulang, sampai abang jamil mampos hahaha. Padahal produk tu elok je takde masalah pon. Yang mencipta masalah tu manusia yang berkepentingan. Aku dah masak dah dengan semua permainan ni. 

Ada satu kes tu. Katanya dia belikan mak dia vitamilk. lepas tu mencanak tekanan darah mak dia naik. Pastu salahkan vitamilk. Aku baca nak tergelak.

Apeeee daaa.. 

Ntah-ntah mak dia makan durian pon kita tak tahu. Sekarang kan musim durian. Sep-sep hantu durian tu mampu ke tengok saja? Tak pon sejenis yang suka makan benda manis.  

Bukan nak pertahankan vitamilk, kalau memang di diagnos oleh doktor kata darah naik sebab minum vitamilk, takpe la aku faham. 

Ni tak, pandai-pandai buat andaian, siap bagitahu dah campak vitamilk dalam tong sampai. adududu.. kot taknak minum vitamilk dah, takpe. Minum la minuman yang awak biasa minum dulu-dulu tu semula. 

Takpe. 

Takde paksaan pon. Cumanya agak annoying  bila ada cubaan untuk hasut orang lain supaya tak minum vitamilk jugakk. Sejenis penyakit hati.

Ada satu kes lagi, minum vitamilk lepas tu datang bulan darah keluar berketul-ketul. Terus bimbang, terus wasap seller tanya kenapa darah period saya keluar ketul-ketul. Seller pun cuak tak tau nak jawab apa,  dia screen shot masuk dalam group nak mintak tolong jawapkan.

Dari screen shot tu didapati customer tu hanya bagitau dia period 20/6/2021 - 28/6/2021. Darah period berketul. Bila bilang, total days period 9 hari, dimana bagi aku normal la. Tak dinyatakan pulak adekah 9 hari tu darah berketul? atau hanya 3 hari pertama je berketul. Kalau hanya 3 hari pertama darah keluar berketul, itu normal. Darah haid aku pon berketul pada 3 hari pertama.

Malahan kalau customer tu sejak akil baligh darah haid keluar jenis tak berketul, and bila minum vitamilk baru berketul, wahhh.. aku kira vitamilk adalah sangat bagus!

Darah haid yang sihat memang sepatutnya berketul kan. Sila tanya doktor, atau baca kat laman web sakit puan tengok.

Kalau ketulan darah tu  tak keluar habis, tertinggal di dinding rahim, kemungkinan akan dapat masalah keputihan. bau busuk macam ikan masin jeruk. Silap haribulan spender kau boleh berlubang sebab vagina kau berasid. So kalau asbab minum vitamilk mampu keluarkan ketul-ketul darah haid, teruskanlah minum k. Takde apa nak dirisaukan pon. Vitamilk kan minuman kesihatan.


** Testimoni Vitamilk **


Selama ni tiap-tiap pagi minum teh tarik kan? Haa.. apa kata cuba tukar minum vitamilk tarik pulak. Tengok abam macho ni, kulit makin sihat jerawat makin hilang, tona kulit pon makin cerah, cerah dia seluruh badan tau, bukan kat muka je. Asbab konsisten minum vitamilk. Dah habis 7 botol dah.

Vitamilk ni susu kambing.

Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Kalsium dah tentu ada. Diformulasi pulak dengan vitamin C. Musim-musim macam ni orang memang cari produk yang ada sumber vitamin C. Untuk kuatkan imun system.

Nak try, boleh roger nombor kat bawah ni

012-931 1015 - kak ila ngko hehe

Yang nak join agen pon di alu-alukan.


Sekian, 

Yang baik dari Allah,

Yang buruk dari Aku

Tuesday, 29 June 2021

Vitamilk Takde HALAL Certificate OMG

 Hahaha..

Tajuk pon mengundang sangat niii ..

Ye, Ramai cuba create issue serta cari salah dan keburukan vitamilk.

Dorang kata terlalu manis la. Padahal pada anak tekak aku rasa dia takde la manis nau nau. Teh tarik mamak jauhhhhh lebih manis berbanding vitamilk. Iye, kalau banding vitamilk dengan susu segar Goodday misalnya, memang la vitamilk lebh manis kerana vitamilk ada kandungan madu dan kurma. Memang logik la kalau manis sikit pon.

Terbaru, dorang pertikaikan kenapa kat botol vitamilk takde logo HALAL.

Ok meh aku terangkan apa yang aku tahu.

Ye, memang Vitamilk belum ada logo HALAL (as at 29/6/2021), maka sudah tentu lah kat botol takde tulis halalnya tu. Kalau tepek logo halal tapi persijilan halal belum ada, maka itu baru menjadi kesalahan berat dan boleh dikenakan hukuman.

But, adekah ini bermakna vitamilk HARAM? 

Tidakkk. 

Vitamilk tidak haram. ianya halal je diminum. Korang ni jangan la mudah sangat panik. Adududu..

"Belum ada logo HALAL tapi dah jual kat orang ramai?"

Ye. Boleh je. Tidak menjadi kesalahan pon.

Hanya kalau kau nak bawak masuk pasaraya Giant misalnya dan kalau Giant kata mesti nak ada sijil halal baru boleh masuk Giant, haaa.. maka kau terpaksa la tunggu ada sijil halal baru masuk produk kedalam Giant. Kena ikut rules 'tuan rumah'. 

Cuba korang bayangkan kalau kerajaan kata ehh.. ni belum ada sijil halal ni, tak boleh jual dulu. Tunggu kami proses bagi keluar dulu sijil halal, baru korang jual. Tung tang tung tang katalah ambik setahun baru ada sijil halal, lepas dah dapat sijil baru start pasarkan produk, last-last sendu sebab susu ni bukan taste masyarakat. Takde value kepada pengguna. Modal dah labur banyak, masa pun dah buang banyak menunggu sijil halal tu tadi. 

Sebab tu kerajaan benarkan jual walaupon sijil halal belum ada. 

Ambil pulak contoh industri IKS (industri kecil & sederhana). Katakan makcik kiah usahakan ikan kering. dia nak jual ikan kering dia dalam internet, dah packing cantik tapi takde logo halal. caner tu? Kalau kerajaan kata tak boleh jual selagi takde logo halal. Caner tu? Tidakkah ia membantutkan usaha makcik kiah nak cari pendapatan? Tidakkah kerajaan pon terlihat zalim kepada rakyat?

Ah Hock jiran makcik kiah pon buat bisnes ikan kering. Dia nak bawak masuk ikan kering dia kedalam pasaran. Tapi Ah hock ni tahu bahawa orang melayu yang paling sukakan ikan kering berbanding orang cina. Dia juga tahu orang melayu susah nak beli ikan kering buatan orang cina, walaupon ikan kering Ah Hock jauh lebih gemuk dan berisi berbanding ikan kering makcik kiah hahaha. Orang melayu ni walaupon dia kategori solat pon kelaut, bila bab makan ni dorang ambik berat uiii..

Apa Ah Hock buat? Ah Hock terpaksalah memohon sijil halal bagi meyakinkan orang melayu untuk beli dan makan ikan keringnya tanpa was-was.

Persoalannya, adekah makcik kiah punya ikan kering tu tidak halal? 

Halal je, cumanya makcik kiah tak boleh la tepek logo sijil halal tu kat bungkusan ikan kering dia kerana menjadi kesalahan pulak takde sijil halal tapi tepek konon ada.

Ok, berbalik kepada vitamilk. Adakah takde logo halal bermakna susu ini tidak halal?

Tepuk dada tanya iman. 

Kalau tak yakin, toksah la beli dulu. Sebab kalau kau minum dalam keadaan kau tak yakin, ianya jadi mudarat. This is no kidding hokey.

Ini Nabi SAW pon ada beritahu pasal ni. Tak sedap jangan makan, kalau makan jangan komplen. Diammmm je. Kalau komplen jugak padahal makan, makanan tu membawa mudarat. Tak caya tanya ustaz.

Macam aku, aku minum je vitamilk. Anak-anak aku pun pulun minum.

Bagi aku, vitamilk ni halal. Takkan la founder yang beragama islam dan dia menjalani hidup cara islam, solat macam kita jugak, puasa macam kita jugak. Takkan la dia nak jual benda tak halal kan?

Korang, kalau taknak beli takpe, sokey. Tapi please jangan la hasut orang lain untuk tak beli juga. Berdosa tau.

Vitamilk ni baruuu sangat lagi di pasaran online. Belum setahun pon lagi. HQ kabarnya sedang memohon untuk pensijilan halal. Korang nak tunggu sijil halal ada baru nak beli pon boleh je takde hal.

Macam aku, aku minum je sebab aku yakin hikhik.

Meh, siapa nak dapatkan sumber vitamin C melalui minuman susu kambing Vitamilk, boleh wasap aku k.

012-931 1015 - kak ila ngko hikhik


** Testimoni Vitamilk **


Nampak tak tu? Terus meningkat keyakinan diri menjak dah takde jerawat hikhik.




Sekian,
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku