Thursday, 4 October 2018

Kau Bos Ke, Aku Bos?

Wahh tajuk macam mintak penampar HAHAHA.

Sebenarnya aku nak membebel sikit. Aku kan kerja purchasing, jadi tugas aku order construction materials. Dengan kata lain, aku customer.

Alkisahnya aku order crusher run. Orang kerja bidang construction tau la apebenda crusher run tu. Yang tak tau, boleh gugel ye.

Aku order untuk projek yang aku handle lah of course. Projek yang aku tak handle memang aku tak campur. Kat office ni, purchasing staff dibahagikan tugas by project. Walaupun projek-projek tu bersebelahan je, tetap takkan campur supaya setiap project budget tak bercampur aduk.

Aku handle projek KS yang lokasinya di Puchong Taman Mas. Ada satu lagi projek bersebelahan dengan projek KS ni, nama projek tu AUR. Projek AUR dibawah colleague aku. Kedua-dua projek ni naik hampir serentak. Lokasi pun taman yang sama.

Supplier crusher run memang banyak tapi kitorang biasa order dengan satu supplier je kerana setiap kali quote, harga dia paling murah. Aku namakan supplier ni sebagai KR.

Nak jadi cerita, aku order crusher run banyak tan juga (bulk order) sebab sekarang stage roadwork, memang perlukan banyak crusher run setiap hari. Kebetulan pula masa tu site AUR dah pon siap roadwork. Nasib baik jugak, kalau tak, mungkin supplier ada masalah tak cukup lori. AUR ada je lagi nak pakai crusher run cuma takde la hari-hari. Kadang hari ni nak 3 load pastu taknak dah. Maka dorang raise requisition form untuk 3 loads untuk ketika itu punya keperluan. 3 minggu kemudian nak crusher run 2 load maka dorang raise pula requisition form untuk 2 loads. Gituuu.

Masalah terjadi bila lorry driver keliru, patutnya site KS yang terima crusher run tapi lorry driver ni pergi tuang kat AUR site. Kebetulan pula masa tu Mr Ooi (site manager AUR) memang nakk sangat crusher run cuma dia belum raise requisition form je. Kiranya baru muncul dalam otak nak pakai crusher run, tup-tup datang lorry driver tu tuang depan dia. Memang suka la Mr Ooi HAHAHA. Lagi satu Mr Ooi ni jenis fail bab paper work. Nasib baik bukan team dengan aku. Kalau tak, memang haru.

Satu hari tu Mr Wong called aku beritahu dia panggil supplier hantar crusher run tapi supplier kata po sudah habis hantar. Aku pon cek.cek punya cek, masih ada beberapa load. Lalu aku called supplier beritahu rekod aku kata belum habis hantar. Supplier pun cek juga dia punya rekod. Baru tahu yang lorry driver salah hantar. Dia key dalam sistem dia nombor po KS tapi dia pergi hantar ke AUR. Agaknya dia nak betulkan balik kat sistem dia. Dia perlu ada po AUR baru dia boleh pindahkan kuantiti yang salah hantar tu ke po AUR dan baru lah po KS kira ada balance lagi.

Pastu pulak, supplier KR punya staff akaun yang sorang ni pun bengong jugak. Lepas lorry driver dia buat mistake, dia pon call kak ita selamba mintak PO baru untuk crusher run 3 load (ke 5 load aku tak sure) yang mistakenly delivered to AUR site. Dengan takde say sorry langsung pulak tu. Jenis orang kelantan kata 'meto'. Mukadimah takde sorry takde, dah la lorry driver kau yang buat silap, selamba tapir chase-chase po sebab dia kata dia takleh issue invoice selagi takde po. Panggg... kena balik dengan kak ita. Padan muka bertemu buku dengan ruas HAHAHA.

"you yang pergi hantar salah site sape suruh?" Marah kak ita.
"Bukan saya salah maa.. driver yang salah" Balas budak akaun tu. Garang weyh dia.

Kelakar pun ada. Mahunya tak kelakar. Dia tegaskan bukan salah dia sebaliknya salah driver. Habis tu kau dengan driver bukan dikira satu team ke? Memang patut kena lazer balik dengan kak ita.

Padahal memang la Mr Ooi nak guna crusher run. Cumanya Mr Ooi belum sempat nak request, crusher run dah datang. Memang la dah guna. Memang akan bayar crusher run tu tapi kenapa lah kau mulakan perbualan dengan nada macamkan kak ita tu kuli bawah kau nak marah-marah. Permulaan perbualan tu dah tegang, maka kak ita pun malas nak layan. Dia biarrr je tak bagi po. Yang supplier tu pulak selagi takde po katanya, selagi tu la dia tak boleh print out invoice. Jangankan invoice untuk kuantiti yang salah hantar, malahan semua kuantiti crusher run yang dorang hantar menggunakan po number KS yang aku bagi tu semua dia hold. Demi terlalu follow procedure yang mereka sendiri cipta, hingga takde collection (bayaran) pon takpe, sanggup tunggu po! Adehhh..

Kadang kala kita kena sedar juga. Kalau berada dalam posisi peniaga, kita kena la anggap customer tu sebagai bos. Bukan suruh sembah-taat, tapi memadai lah menjaga perasaan. Menjaga hubungan supaya tak jadi macam ni. Budak akaun tu memang pada pendapat aku rude sikit, mungkin dia muda lagi takde pangalaman kerja, atau dia anak tokey ke tak tau la. Sejak kak ita taknak layan dia, baru dia cakap baik-baik dengan aku. Kalau tak, haishh.. nakkk je aku tukar supplier. Pasni aku nak cari supplier baru dengan harga paling tidak, sama dengan KR ni offer.

Kau nampak tak tu?
Kita sebabai peniaga, kalau cakap kasar melukakan hati pembeli, pembeli akan lari dan beli dari orang lain pula. Sape rugi? Peniaga rugi.

Aku pernah baca satu article tentang bisnes online. ececeh tiber

Dia kata founder sesuatu produk wajib jaga stokis dia, agen dia dan dropshiper dia sebaik mungkin. Kerana apa? kerana mereka-mereka inilah yang membuatkan founder tu kukuh kedudukannya. Jangan sesekali berlagak bos sedangkan kau dapat duit ribu riban tu pon sebab stokis, agen dan dropship yang restock dan pasarkan produk kau. Mereka ni yang bagi duit kat kau. Kalau kau jual sorang, agak-agak boleh kaya tak? Ntah-ntah nama produk kau pon orang tak kenal.

Stokis pula kena betul-betul jaga agen dan dropshiper dia. Agen pula jaga dropship bawah dia jika ada. Sebabnya, itu lah customer mereka sebenarnya. Dan customer-customer yang beli dari kita tu apetah lagi, memang kena jaga la supaya dorang beli dan repeat order dari kita je tak lari ke penjual lain.

Kalau stokis mahupun agen tak dijaga, kedudukan founder bakal tergugat teruk. Cubalah buat tak reti dengan aduan, rintihan mahupun rungutan stokis. Lama-lama stokis tu makan hati. Pastu dia tak jual dah produk kau. Dia lari jual produk lain pula. Tu takpe lagi, buatnya dia jahat mulut pi jaja buat cerita tak elok tentang produk kau, hahh masa tu menagis pun tak guna dah. Lama-lama dengan kau dengan produk kau sekali hancur.

Sejak aku baca pasal tu, aku celik mata. Baru aku kenal siapa bos sebenarnya. Bukan founder bos aku, sebaliknya customer. Sebab customer yang beri aku duit, bukan founder. So selayaknya kita layan customer macam dorang tu bos. Gitchuuu

Sekian bebelan dari kak ila.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **
Nak cuba naikkan seri wajah dengan set Diamond Gold Skincare?
Wasap nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko - trusted online seller


Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday, 1 October 2018

Weekend Di Pekan

Malam Jumaat yang lepas aku balik Pekan, Pahang. Balik takde tujuan sebenarnya. Saja je. Tak plan langsung nak balik. Maklum lah setakat cuti sehari hari Ahad tu macam serba salah kan. Sabtu lepas adalah Sabtu minggu kelima. Aku kerja. Ngah pon kerja.

Namun yang terjadi kejadian balik kampung tu sebab beberapa hari lepas masa bersembang dengan mek sambil tengok tv, mek ada sebut "lamaaa tak tengok makngah".

Makngah adalah adik mak mertua aku. Sejak Maktua (mak kepada mak mertua aku a.k.a nenek Ngah) meninggal, makngah duduk dengan adik bongsu dia kat rumah pusaka. Adik bongsu dia dah kawin dan ada beberapa orang anak. Makngah je belum pernah kawin. Agaknya mek rasa kesian dengan makngah kot, lalu terasa rindu dan tersebut pasal makngah.

Lepas tu aku dan Ngah pon plan untuk cuti sabtu demi balik kampung bawa mek. Sementelah mek sedang ada rumah aku ni, senang nak bawa kesana kesini. Dah balik Kelantan sok, tak tahu bila lagi nak ke Pekan. Mek terkejut bila petang Khamis tu aku minta dia siap-siap, kita nak balik Pekan Jumaat malam. HAHAHA.

Kitorang gerak dari Puchong lepas Isyak. Memang tak masak kat rumah sebab kalau masak karang, pukul berapanya nak bertolak. Petang aku balik kerja tu memang mek dah siap-siap masak nasi seperiuk. Aku simpan je nasi tu sekali dengna periuk dalam peti ais. Balik dari kampung sok kita baru pikir nak goreng ke hape.

Sampai Kampung Peramu, Pekan pukul 3.30pagi Sabtu. Sembang lebih kurang dengan mak, then masuk tidur. Mak kebetulan demam dah beberapa hari. Muka pun pucat je. Tapi hebat ngko langsung dia tak gi klinik. Mak kata dia jaranggg demam. Demam kali ni dia buat malas layan. Dia biarr je. Panas kang, dia basuh kepala. Minum air. Aku dengar pun risau. Takut darah tinggi ke kan. Bahaya oii, boleh collapse tiba-tiba. Mak kata dia dah check darah. Result ok, kemungkinan panas dalam katanya. Adududu macam-macam.

Pagi Sabtu tu ingat nak bawak mek gi pasar pagi kat bandar Pekan. Sebab mek bukan selalu dapat datang, kalau boleh nak bawak la berjalan. Mek memang suka laa hai kalau dapat jalan-jalan tempat shopping. Tapi tak jadi sebab Ngah tidur macamkan 2 hari tak jumpa bantal. Kesian pulak aku tengok. Dah la dia sorang drive. Aku memang tidur dari Gombak sampai Pekan.

So takpe la kita lepak rumah je. Lagipun kat dapur ni kemain banyak abah beli sarapan. Ada nasi dagang, nasi kerabu, kuih mak buat lagi. Tak termakan nasi kerabu sampai terpaksa hantar kerumah makngah supaya tak membazir.

Tengahari aku bawak mek gi rumah makngah. Dekat je pon. Dalam 30meter je jarak dari rumah mak. Makngah pon kurang sihat. Kaki dia bengkak. Dah tiga pat hari katanya kaki bengkak hingga terpaksa tutup warung nasi berlauk sebab takleh berdiri lama.  

Rumah mak ni aku tak tau la pasal apa. Sentiasa panas membahang. Nak tidur pon terpaksa buka lubang angin baru boleh lelap. Kalau tak, memang asyik terjaga kepanasan. Aku rasa salah satu punca adalah sebab bumbung rumah pakai rooftile jenis cement kot. Kalau pakai rooftile yang jenis clay (tanah liat) tu takde la panas sangat. Rooftile ni kalau tak tahu menahu, memang kita akan pilih yang cantik kat mata dan murah. Kalau total sub bagi kontraktor buat dari A sampai Z lagi la, dorang mesti pilih bahan binaan lebih murah. 

Anak-anak mak pernah nak belikan aircond nak pasang kat bilik tapi mak tak bagi. Dia sayang rumah, dia tak bagi tebuk HAHAHA. Nak paku dinding nak gantung frame gambar pon dia tak bagi, inikan pulak nak tebuk berlubang nak pasang aircond. HAHAHADUI.. so bertahan je la panas pun huhu.

Gambar pagi Ahad. Berdua keluar cari roti canai. Padahal kat rumah mak dah masak bihun. Tapi ngengada


 Anak-anak aku tak suka balik kampung bapak dia, katanya takde kawan. Jadi apa je yang dorang jumpa belakang pintu dapur, itu la yang dorang hadap buat hiburan.

Ahad lepas zohor, kitorang gerak balik Puchong. Sampai rumah elok orang azan maghrib. Mula tu ingat nak singgah pasar malam je nak beli nasi bungkus tapi memandangkan terlajak satu hal, pastu nak patah balik macam malasnya lahai, makanya kitorang terus balik je. Sampai rumah baru teringat nasi seperiuk aku simpan dalam peti ais. Lantas aku keluarkan, renjis setengah cawan air, dan masukkan dalam sarang rice cooker. Petik suis macam nak masak nasi.

Kebetulan masa on the way balik Puchong tu kitorang singgah kat kawasan menjaja tepi petronas sebelum masuk highway. Apa nama ntah kawasan situ. Aku beli 2 paket ikan pekasam. Jadi aku goreng terus sepeket malam tadi. Hiris bawang merah dan cili api dan goreng. Kemudian taburkan atas ikan pekasam. Aduhhh habis seperiuk nasi kitorang tibai HAHAHA.. Kuah memang takde, tapi takpe budu tak pernah putus. Joe yang kurang gemar makan budu, hanya tuang kicap je. Takpe asalkan kenyang. Lena tidur kitorang malam tadi HAHA.

Lepas makan nasi, budak ni kunyah pulak kuih pedas yang Maksu (isteri kepada adik bongsu mak) bagi. Ni maksu buat untuk jual. Bulan puasa hari tu demam dia siapkan order beratus botol kuih pedas ni. Dia bagi kat mek sebotol sebagai buah tangan. Katanya sebotol ni lebih yang orang order. Takde apa nak bagi katanya. Rezeki mek. Tapi anak aku tukang perabih. HAHA

OK dah aku stop dulu.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Nak atasi masalah tona kulit tak sekata? Nak serlahkan seri wajah? Meh cuba Diamond Gold Skincare.
Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.