Monday, 1 October 2018

Weekend Di Pekan

Malam Jumaat yang lepas aku balik Pekan, Pahang. Balik takde tujuan sebenarnya. Saja je. Tak plan langsung nak balik. Maklum lah setakat cuti sehari hari Ahad tu macam serba salah kan. Sabtu lepas adalah Sabtu minggu kelima. Aku kerja. Ngah pon kerja.

Namun yang terjadi kejadian balik kampung tu sebab beberapa hari lepas masa bersembang dengan mek sambil tengok tv, mek ada sebut "lamaaa tak tengok makngah".

Makngah adalah adik mak mertua aku. Sejak Maktua (mak kepada mak mertua aku a.k.a nenek Ngah) meninggal, makngah duduk dengan adik bongsu dia kat rumah pusaka. Adik bongsu dia dah kawin dan ada beberapa orang anak. Makngah je belum pernah kawin. Agaknya mek rasa kesian dengan makngah kot, lalu terasa rindu dan tersebut pasal makngah.

Lepas tu aku dan Ngah pon plan untuk cuti sabtu demi balik kampung bawa mek. Sementelah mek sedang ada rumah aku ni, senang nak bawa kesana kesini. Dah balik Kelantan sok, tak tahu bila lagi nak ke Pekan. Mek terkejut bila petang Khamis tu aku minta dia siap-siap, kita nak balik Pekan Jumaat malam. HAHAHA.

Kitorang gerak dari Puchong lepas Isyak. Memang tak masak kat rumah sebab kalau masak karang, pukul berapanya nak bertolak. Petang aku balik kerja tu memang mek dah siap-siap masak nasi seperiuk. Aku simpan je nasi tu sekali dengna periuk dalam peti ais. Balik dari kampung sok kita baru pikir nak goreng ke hape.

Sampai Kampung Peramu, Pekan pukul 3.30pagi Sabtu. Sembang lebih kurang dengan mak, then masuk tidur. Mak kebetulan demam dah beberapa hari. Muka pun pucat je. Tapi hebat ngko langsung dia tak gi klinik. Mak kata dia jaranggg demam. Demam kali ni dia buat malas layan. Dia biarr je. Panas kang, dia basuh kepala. Minum air. Aku dengar pun risau. Takut darah tinggi ke kan. Bahaya oii, boleh collapse tiba-tiba. Mak kata dia dah check darah. Result ok, kemungkinan panas dalam katanya. Adududu macam-macam.

Pagi Sabtu tu ingat nak bawak mek gi pasar pagi kat bandar Pekan. Sebab mek bukan selalu dapat datang, kalau boleh nak bawak la berjalan. Mek memang suka laa hai kalau dapat jalan-jalan tempat shopping. Tapi tak jadi sebab Ngah tidur macamkan 2 hari tak jumpa bantal. Kesian pulak aku tengok. Dah la dia sorang drive. Aku memang tidur dari Gombak sampai Pekan.

So takpe la kita lepak rumah je. Lagipun kat dapur ni kemain banyak abah beli sarapan. Ada nasi dagang, nasi kerabu, kuih mak buat lagi. Tak termakan nasi kerabu sampai terpaksa hantar kerumah makngah supaya tak membazir.

Tengahari aku bawak mek gi rumah makngah. Dekat je pon. Dalam 30meter je jarak dari rumah mak. Makngah pon kurang sihat. Kaki dia bengkak. Dah tiga pat hari katanya kaki bengkak hingga terpaksa tutup warung nasi berlauk sebab takleh berdiri lama.  

Rumah mak ni aku tak tau la pasal apa. Sentiasa panas membahang. Nak tidur pon terpaksa buka lubang angin baru boleh lelap. Kalau tak, memang asyik terjaga kepanasan. Aku rasa salah satu punca adalah sebab bumbung rumah pakai rooftile jenis cement kot. Kalau pakai rooftile yang jenis clay (tanah liat) tu takde la panas sangat. Rooftile ni kalau tak tahu menahu, memang kita akan pilih yang cantik kat mata dan murah. Kalau total sub bagi kontraktor buat dari A sampai Z lagi la, dorang mesti pilih bahan binaan lebih murah. 

Anak-anak mak pernah nak belikan aircond nak pasang kat bilik tapi mak tak bagi. Dia sayang rumah, dia tak bagi tebuk HAHAHA. Nak paku dinding nak gantung frame gambar pon dia tak bagi, inikan pulak nak tebuk berlubang nak pasang aircond. HAHAHADUI.. so bertahan je la panas pun huhu.

Gambar pagi Ahad. Berdua keluar cari roti canai. Padahal kat rumah mak dah masak bihun. Tapi ngengada


 Anak-anak aku tak suka balik kampung bapak dia, katanya takde kawan. Jadi apa je yang dorang jumpa belakang pintu dapur, itu la yang dorang hadap buat hiburan.

Ahad lepas zohor, kitorang gerak balik Puchong. Sampai rumah elok orang azan maghrib. Mula tu ingat nak singgah pasar malam je nak beli nasi bungkus tapi memandangkan terlajak satu hal, pastu nak patah balik macam malasnya lahai, makanya kitorang terus balik je. Sampai rumah baru teringat nasi seperiuk aku simpan dalam peti ais. Lantas aku keluarkan, renjis setengah cawan air, dan masukkan dalam sarang rice cooker. Petik suis macam nak masak nasi.

Kebetulan masa on the way balik Puchong tu kitorang singgah kat kawasan menjaja tepi petronas sebelum masuk highway. Apa nama ntah kawasan situ. Aku beli 2 paket ikan pekasam. Jadi aku goreng terus sepeket malam tadi. Hiris bawang merah dan cili api dan goreng. Kemudian taburkan atas ikan pekasam. Aduhhh habis seperiuk nasi kitorang tibai HAHAHA.. Kuah memang takde, tapi takpe budu tak pernah putus. Joe yang kurang gemar makan budu, hanya tuang kicap je. Takpe asalkan kenyang. Lena tidur kitorang malam tadi HAHA.

Lepas makan nasi, budak ni kunyah pulak kuih pedas yang Maksu (isteri kepada adik bongsu mak) bagi. Ni maksu buat untuk jual. Bulan puasa hari tu demam dia siapkan order beratus botol kuih pedas ni. Dia bagi kat mek sebotol sebagai buah tangan. Katanya sebotol ni lebih yang orang order. Takde apa nak bagi katanya. Rezeki mek. Tapi anak aku tukang perabih. HAHA

OK dah aku stop dulu.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Nak atasi masalah tona kulit tak sekata? Nak serlahkan seri wajah? Meh cuba Diamond Gold Skincare.
Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday, 17 September 2018

Guys, Hati-hati Jika Jumpa DG Murah

Kakak nak bebel sikit.

Kalau jumpa set DG harga murah-giler berbanding harga pasaran, korang patut heran. Ya, sila heran. Sila fikir dulu sebelum beli. Takkan agen tu mulia sangat nak jual barang harga RM130 kepada harga hanya RM80 misalnya?

Kalau aku, aku pelik. Lagikan durian kampung belakang rumah, sebelum nak jual kita survey dulu harga durian orang lain jual berapa RM per kg kan? Supaya kita dapat jual dengan harga lebih kurang sama. Nampak tak tu betapa kita cuba untuk seragam supaya boleh untung lebih kan?

Itu kalau durian.

Kalau roti pulak, biasanya orang hanya jual 50% hingga 80% lebih murah sebab roti tu dah nak expired. Maksudnya barang tu hampir rosak. Kalau tak jual murah, nanti dah habis tempoh, langsung takleh jual. Dan roti yang kita beli dengan harga murah tu pulak, kita kena makan secepat mungkin. Kalau simpan lagi, esok rosak terpaksa buang. Rugi. Sape rugi? Pengguna la, penjual tak rugi dah sebab korang dah beli dari dia. Dia dah dapat duit. Sikit pon jadik la dari tak de langsung.

Kalau pisang pulak?
Haaa... masa tengah masak ranum, kulit tegang harga RM4.50 sekilo. Dah lembik esok, penjual tu terpaksa jual harga longgok. Selonggok 3 ringgit. Ambik 3 longgok dapat 5 ringgit. Penjual cuba jugak jual habis pisang tu supaya dia ada untung, walaupun keuntungannya sikit je. Jadikk la daripada buang je pisang tu. Kann?

Tapi agen ni? Set Trial DG RM130/set, dia pi jual RM80/set, kau ghasee??

Mesti ada sesuatu ni. Sama ada :
1) Itu set lama yang terperam belum habis terjual, atau
2) Agen baru belajar jual DG tapi dia tak berjaya buat sale lalu dia putus asa lalu ambik keputusan untuk tak jual lagi dan set kat tangan tu dia nak letgo murah-giler-nak-mati, atau
3) Itu barang fake!

Kalau korang ter-beli dari no.2 tu ok la untung, tapi pasni agen tu dah takde lagi sebab dia dah ambik keputusan berundur dari jadi agen DG.

Kalau dapat barang fake? Tak ke nangis tak berlagu muka rosak demi nak murah.

So sila berhati-hati ye. Yang kita nak beli ni adelah skincare, bukan buah durian tau. Durian ni Tuhan yang buat dia. Jadi kalau dapat durian isi tak tebal pun, still boleh makan. Paling teruk pun masih boleh buat tempoyak. Dan terpaling penting durian takde bahan bahaya. 100% semulajadi dan selamat dimakan.

Skincare pulak buatan manusia. Kalau dapat barang fake, memang jahanam la muka.

So plisss hati-hati ye.




Ni kisah sebelum cuti raya haji tempoh hari. Aku tak sempat nak blog sebab aku kan nak balik bercuti seminggu beraya haji kat Kelantan. Jadi aku kerah site manager supaya order siap-siap materials apa nak guna sepanjang ketiadaan aku. Jadi seminggu sebelum cuti aku memang bizi giler. Hari-hari kena issue PO tujuh lapan keping.
Takpe bizi sekarang daripada menyusahkan orang site. Nak buat kerja materials takde. Karang dorang mengadu kat bis boss, haruuu. Lagipun aku tak suka orang lain terpaksa handle kerja aku semasa aku bersuka ria holiday, sepertimana aku pun tak suka handle kerja orang HAHAHA.

Kesimpulannya, korang kalau jumpa DG murah tu hati-hati la ye.

Kalau nak beli Diamond Gold Skincare Original, wasap daku

012-931 1015 - kak ila ngko.


** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Baru 3 minggu pakai DG, bermakna belum pon habis 1 set trial dah boleh nampak perubahan pada wajah adik manis ni. DG ni memang menjadi. Tolonglah percaya. Aku takkan tipu hanya semata-mata kerana aku jual. Sebaliknya aku pilih jual DG kerana banyakkkkk giler testimoni pengguna DG.

Pengguna DG yang berpuas hati hingga secara sukarela kongsikan gambar perubahan dorang. Yang share kat aku siap pesan jangan publish kat fb ig sebab dia malu, pun ada oii. Yang itu aku tak share la. Ni yang sporting ni pun dekat seribu testimoni dah (yang dikumpul dari beberapa team stokist DG).

Kalau korang nak nampak cerah semulajadi, sila lah try dulu 1 set. Pakai jangan ponteng. Tengok sendiri hasilnya. Ohya jangan lupa ambil gambar muka sendiri sebelum start pakai DG. Dah sebulan ambil lagi gambar sendiri. Kemudian bandingkan. Kalau tak berubah sekelumit pon tona wajah korang, aku pulangkan duit DG tu. Wahh gitu sekali jaminannya. Tapi kalau nak money-back-guarantee, sila jujur lah. Pakai jangan ponteng. Aku berani jamin sebabnya aku sangat yakin kulit muka pasti cantik lepas pakai DG. Tak mungkin bertambah buruk.
Jadi takkan ada yang minta pulangkan duit DG hahaha.

OK lah. Stop sini dulu. Ingat ye, kalau jumpa DG harga murah giler, sila hairan. Kerana founder DG tak pernah izinkan mana-mana agen jual harga selain harga yang ditetapkan.

Sekian.
Babai

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.