Friday, 10 August 2018

Asam Pedas Ikan Sembilang Cara Kak Ila

Malam tadi Ngah bawak balik ikan sembilang. Katanya kawan bagi. Kawan tu gi mancing, Agaknya dapat banyak ikan kot, tu yang dia bagi sikit. Alhamdulillah.. rezeki lagi. Dah la bagi ikan dah siap siang dan bersih. Tinggal nak masak je.

Ngah mintak masakkan asam pedas. Teringin katanya.




Cara masak asam pedas cara aku :

Tubuk lumat sebesar separuh penumbuk lengkuas bersama seulas bawang putih dan sebiji bawang merah besar. Memandangkan lengkuas tu keras, aku hiris nipis terlebih dahulu lengkuas tu. Baru tumbuk hingga hancur. Dah hancur lumat, baru aku masukkan bawang putih dan bawang merah lalu tumbuk bersama. Lengkuas tu kalau tak hancur betul-betul, nanti mengganggu time nak hirup kuah. Nak-nak pulak ada anak cerewet macam anak aku, kejap-kejap ehh umi dalam ni ada kayu. Potong stim aku nak makan asik nak kena buang kayu kayan tu untuk dia je nanti.

Kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga garing. Aku tak suka letak belacan dalam asam pedas. Kalau korang suka, boleh tumbuk sekali dengan belacan kemudian baru tumis.
Dah garing, masukkan sesudu besar cili giling dan tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan air sebanyak 3 gelas atau sukahati korang la nak kuah banyak mana. Lepas masukkan air, masukkan 2 sudu kecil asam jawa extra Adabi. Pandai-pandai la nak masam tahap mana ye.
Biarkan kuah tu mendidih dulu baru aku masukkan ikan.
Agak-agak ikan dah hampir masak, baru aku masukkan daun kesum dan bendi. Daun kesum tu aku potong-potong sikit supaya tak melilit kat senduk hihi.
Kemudian masukkan garam + ajinomoto + gula.



Sekian, dah boleh makan dengan nasi.



** Testimoni Diamond Gold Skincare **


Tengok adik manis ni. Jeragat kat tulang pipinya dah makin kurang kelihatan sejak konsisten pakai Diamond Gold Skincare. Jeragat kita tahu memang susah nak hilang sepenuhnya. Ambik masa.
Datang pon tiba-tiba, memang takkan perasan. Tahu-tahu dah ada. Lama-lama makin besar dan makin tebal. Sape nak halang jeragat dari merebak, sila la pakai protection. 

Nak protect dengan DG? Meh wasap daku.

012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday, 6 August 2018

Aral Yang Melintang

Sabtu minggu lepas adalah sabtu minggu pertama. Jadi aku cuti. Sabtu tu jugak aku ada 2 jemputan kenduri kawin. Satu kenduri kawin officemate aku Syira, budak account department. Kenduri dia kat Sepang dari pukul 11pagi hingga 3petang. Kedua adalah kenduri kawin officemate Ngah yang diadakan di seksyen 7 Shah Alam yang bermula pukul 5petang hingga malam. Aku tak pasti tamat pukul berapa, kemungkinan pukul 11malam kot.

Dah plan elokkk dengan Ngah beberapa hari sebelumnya. Katanya sabtu dia balik kerja tu dia nak aku dan anak-anak dah siap. Dia sampai je terus mandi, bersiap jom kita gerak. Balik dari kenduri Sepang, kita singgah pulak kat kenduri kawan dia. Itu plan asalnya.

Tapi nampaknya ada aral melintang.
Jumaat malam, Ngah demam panas. Tapi memandangkan Khamis tu dia dah ambik EL jaga Ammar, jadi Sabtu terpaksa jugak dia gagahkan diri gi kerja. Ammar demam sejak Selasa malam. Rabu aku ambik turn jaga Ammar. Khamis Ngah pulak cuti duduk rumah jaga Ammar. Tup-tup Jumaat Ngah  terjangkit demam. Aku dah suruh dia gi klinik tapi Ngah kata takpe la, Sabtu kan halfday je, so dia pergi kerja jugak.

Sabtu pagi, lepas mendobi, aku tak masak pon, hanya goreng naget. ayam drummet dan fries je buat alas perut. Dah kata nak gi kenduri kan, buat apa nak masak beriya. Pukul 12tengahari aku dah siap gosok pakaian untuk pakai kenduri. Pastu aku hambat bebudak ni mandi dan bersiap. Pukul 2petang, Ngah belum balik. Time ni aku dah cuak sebab kenduri tamat pukul 3petang. Hampir ke 2 setengah, aku call Ngah, kot-kot dia lupa. Rupanya dia tak boleh balik selagi kereta nan satu tu tak siap repair. Adusss.. Aku dah hangin dah time ni sebab aku dah siap cantik-cantik dengan perut dah mula lapar, alih-alih dia belum gerak balik. Dalam phone dia kata kemungkinan tak dapat pergi sebab dia kata dia pun demam lagi. *mood memetir on*

Dah lebih 3.30 petang baru Ngah sampai rumah. Muka memang nampak penat dan pucat sebab demam. Terbatuk-batuk je. Kesian, tapi marah masih menjuarai. Sapa suruh tak bagitau awal-awal tak jadi pergi. Takkan tak boleh call beritahu sepatah? Dah la tak masak, lapar weyhhh. Aku kalau lapar, jadi bekeng melampau HAHAHA. Kesian laki aku kena petir. Aku tanya kenapa tak call at least bagitahu takyah bersiap kita tak jadi pergi Sepang sebab kerja banyak tambah pulak abang demam lagi. Tak boleh? Tak fikir ke anak bini kat rumah ni lapar namateyyy tunggu awak? Wah gituuu dia punya bebelan. Kemahinnnn drama kakak kau. Siap nak mati segala kahkahkah.

Ngah kata handphone takde bateri, tu pasal tak call. Aikk? bateri habis??? Dah tu aku call handphone dia boleh pulak dia jawab tadi? Alasan tu memang tak logik, maka bertambah lagi kemarahan kakak kau.

Ngah kata maaf la, abang memang banyak kerja. Aku diamm malas dah nak terus menjawab sebab seketika, aku sedar dia pun memang tak larat. Aku bukan kejam sangat oi. Orang bekeng macam aku ni, bila dah boleh lepaskan kemarahan melalui bebelan, dah lega dah sebenarnya. Dah habis benda yang nak diluah, lega la dia. Asalkan suami tak balas bebelan, Insya Allah takkan melarat.

Sebelum baring kepenatan, Ngah hulur RM50 suruh aku bawak anak-anak makan kat foodcourt. Aku ambik tanpa berkata apa-apa. Ajak anak-anak gi makan tapi hanya Ammar je ikut. Amir dan Joe taknak ikut kerana dorang kata tak lapar. Sampai foodcourt, kebanyakan lauk dah habis, almaklum dah dekat pukul 4petang. Mana ada lauk dah. Yang tinggal hanya lauk tak best je. Makan jugak la mana yang ada. Hanya aku je makan. Ammar takde selera sebab dia masih demam lite-lite. Dah kenyang, baru waras semula kakak kau ni HAHAHA.

Balik rumah, aku jenguk Ngah kat bilik. Tengok dia tidur kepenatan. Berselimut tebal siap pakai sweater lagi. Sian laki aku. Amir dengan Joe dah keluar main. Aku? Layan citer korea dah tak tau nak buat apa.

Pukul 6.30petang Ngah bangun tidur, datang kat aku suruh siap-siap nak gi kenduri kawan dia. Dalam hati berdialog "hek elehh.. kenduri kawan kita dia tak pergi, kenduri kawan dia buat apa kita nak pergi?" Wahhh kau. Nampak tak sisa kemarahan tak habis lagi tu? HAHAHA. Tapi dalam hati je la. Yang keluar kat mulut... "Kata demam... ". Lalu aku bangun pergi mandi. Lepas maghrib, kitorang gerak ke Shah Alam.  Sebenarnya Ngah masih demam, malahan makin teruk pulak batuk. Dalam kereta tu kemain kong kong kong batuk. Dia plan lepas kenduri nak singgah klinik ambik ubat. Tapi tak jadi, balik kenduri terus gi cod kat puchong area masjid terapung kejap, pastu terus balik makan ubat yang ada kat rumah, pastu tidur.

Ni je la satu-satunya gambar ambil kat tempat kenduri. Sungguh tak menampakkan suasana kenduri langsung. Masa kitorang sampai tu masih banyak meja kosong. Masa tu dalam pukul 8.40 kot. Sebaik selesai makan, eh kemain ramai pulak tetamu tiba. Hingga takde meja untuk tetamu nak duduk makan. Tu yang aku bangun kosongkan meja bagi orang lain pulak duduk situ. Aku lepak dengan budak-budak termasuk anak kawan Ngah kat tepi dinding. Situ ada prop pelamin lebih agaknya. So masing-masing menyandar kat situ sambil main game. Ngah pulak sembang ngan kawan-kawan dia kat luar dewan. Tapi tak rancak sangat. Monyokkk je almaklum demam.


Semalam Ahad Ngah masih demam. Bangun sekejap sarapan dan makan ubat yang sedia ada. Pastu masuk bilik sambung tidur. Petang baru dia keluar gi klinik ambik ubat. Nasib baik dah kebah. Dah boleh kerja hari ni.


** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare ** 

Korang setuju tak kalau aku cakap kusam menyebabkan raut wajah seseorang nampak lebih tua dari usia sebenar? Aku rasa ramai setuju bila tengok gambar adik manis ni.

Hanya pakai Diamond Gold Skincare, terus naik seri. Terus nampak muda remaja, dan sebetulnya beliau masih muda lagi. Ibaratnya engkau bagai air yang bersih didalam bekas yang berdebu.. githeww.. HAHA

Jom, kalau rasa nak serikan raut wajah, nak try DG, boleh wasap nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko.

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.