Wednesday, 9 August 2017

Raya Haji Balik Kelantan Tahun Ni ! Yabedabeduuu

kejap tadi ngah wasap aku.
dia suruh aku apply cuti pada 4/9/2017 ni sempena hari raya haji.
katanya raya ni kita balik kelantan.

yahooooooooooooooo..

seronok la aku.
dah balik kampung sendiri kan.
aku nakkkk sangat tengok anak pokok yang aku tanam tu.
dah plan dah. balik ni nak beli pokok lagi. 
dapat tanam pokok, dan tengok pokok tu hidup, nikmat dia lain macam hokey.

patutnya tahun ni raya haji turn pahang.
tapi memandangkan adik ngah,De nak adakan majlis akikah anak sulung dia kat kelantan, maksudnya mak dan abah dari pekan pun ikut ke kelantan.
kalau tak, memang raya kat pekan je.

De mula-mula tu rancang nak buat akikah anak dia kat pekan, rumah mak mertua aku.
tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan.
lagipun mak kata kat pekan ni tak se-best kelantan punya raya haji.
wahh, sportingnya mak mertua aku.
kalau mak orang lain, mungkin berebut nak adakan majlis kat rumah masing-masing kan.
hingga anak menantu pulak serba salah.
ni mak mertua aku dah bagi greenlight untuk buat je kat kampung isteri De.

mak hencik tumpang gumbira lah kenn.

opsss... stop kejap ada kerja urgent nak buat.

babai.

Tuesday, 8 August 2017

Tanamanku Dibaham Lembu

Lamanyaaa tak update blog.
dah bersawang pon. huhu

padahal banyakkkkk cerita nak tepek sini.
kisah open house.
kisah kenduri kendara.
kisah bisnes online.
kisah pokok aku tanam kat kampung sebelum balik kl yang dah kena ragut dengan lembu jiran.
hahaha.
sakit hati bila ingat balik cerita mek.
tapi apakan daya. ku hanya mampu taip HAHAHA aje.

lembu pulak bukan lembu orang lain.
lembu jiran sebelah rumah mek aje.
jiran mek pulak bukan orang lain.
anak saudara dia jugak. sepupu aku je pon.

lembu dia banyakkkkk.
dulu aku pernah kira saje-saje, bukannya kira betul-betul pun.
ada kot lebih 20 ekor.
tu pon aku rasa lebih sebenarnya.
bela lembu, pagar takde.
ehh, aku pun sama je. hihi..

tanam pokok pagar takde.
kira dua-dua pun salah la.
tapi pada perkiraan aku, pemilik lembu lebih salah dari segi percentage nya.
kerana dia bela binatang yang ada kaki, boleh berjalan masuk tanah orang.
macam aku ni tanam pokok. pokok duduk diam je kat situ kan.
huhu
so mek pun lepas pokok kena baham dengan lembu, dia pergi la rumah anak sedara dia ni.
ajak kongsi bina pagar.
sekali jawapan adelah krik krikk krikkk je.
lagi la besar percentage kesalahan tu.

bukan nak pagar keliling tanah mek aku.
hanya nak pagar perimeter antara tanah rumah mek dengan tanah dia aje.
kesudahannya takde jawapan.
jiran yang ada lembu ni belah kiri.
jiran belah kanan nama cik kiah.
cik kiah ada tanam pokok mangga.
tak tau apa tajuk pokok mangga tu tapi dengarnya baka mahal.
anak dia ustaz fakrol beli melalui internet.
balik tanam depan rumah. 'Taro' (bahasa kelantan; taro bermaksud sempadan) dapur rumah mek.
dah tinggi dah pokok tu.

cantik pokoknya. subur. daun pun rimbun.
ponnnnnn jadi santapan lembu sepupu aku tu.
marah giler cik kiah.
aku faham rasa nak marah tu.
kira macam takleh bebas nak bercucuk tanam kat tanah sendiri.
iye la aku faham konsep nak berkebun kena ada pagar supaya tak dimakan binatang.
tapi yang bela binatang yang jenis berjalan ni pun kena la peka.
haishh.
nasib la dapat jiran mengalah (mengalah tu sebab lemah, mek dah kematian suami, cik kiah pon kematian suami) jadi macam takde daya kekuatan nak marah-marah sangat.
sudahnya pakat diam je lah.

so sekarang dalam kepala aku ni ada matlamat jangka pendek.
aku nak simpan duit nak bina pagar untuk mek.

korang, kalau rasa nak beli Diamond Gold Skincare, mohon beli dari aku ye.
cepat sikit matlamat tercapai.. hehehe..


Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare

Hanya selepas seminggu menggunakan Diamond Gold Skincare secara K.O.N.S.I.S.T.E.N, kulit wajah beliau tampil lebih cerah dan berseri.



This lady memang betul-betul berdisiplin. Sebaik sahaja beli DG Skincare, beliau terus pakai tanpa skip. Hasilnya, seminggu dah nampak perubahan. kulit jauh lebih cerah berbanding sebelumnya.

nak cuba?
whatsup me
012-931 1015 - kak ila ngko

cod area : 
Puchong (area mana tu, kita bincang k?)
Bandar Kinrara
Western Digital PJ, Kampung Lindungan PJ (my agent)
Pos setiap hari.

huhu


sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku