haaaaaa....
tu diaaaa tajuk
panas panas lagi ni
boss kat sini merujuk kepada HOD aku, bukan the paymaster.
alkisahnya.
aku kan kerja purchasing.
so setiap hari akan buat PO.
sekarang aku jaga satu small project.
buat sebiji banglo.
banglo ni kira projek kecik je.
sebab biasa aku handle serviced apartment atau kondo.
yang aku nak cerita ni pasal order-order barang sebenarnya.
biasa kalau projek kondo, kalau nak order OPC cement mahupun walcrete, minimum kuantity yang selalu aku order adalah 400 bags.
tapi jarang la order 400.
selalu order 800bags.
oleh kerana nak order 800bags, aku terus order daripada trading house.
lagi untung, lagi besar rebate (potongan harga).
dan trading house tu pulak order dengan kilang cement terus.
kilang then akan hantar pakai trailer.
projek besar boleh la order 800bags.
projek banglo pulak, considered projek kecik.
lokasi tapak projek pulak di putrajaya.
memandangkan sekeliling tapak projek tu adalah rumah banglo yang dah siap, terpaksa guna lori kecik je untuk apa2 materials delivery.
kalau nak order steelbars, steelbars tu must be folded bars.
supaya boleh diangkut guna lorry atau trailer yang lebih kecik dan pendek.
kalau tak nanti kena saman dengan authority.
putrajaya authority agak straight.
oleh kerana faktor tersebut, site manager yang in charged banglo ni bila nak order cement, dorang mintak tak banyak.
80bags. 100bags. 150bags.
faktor space juga main peranan. order banyak kang kena hujan keras pulak cement.
kena la beli kat hardware shop aje.
mahal la sikit nak banding dengan beli direct kilang.
tapi takde pilihan.
kilang memang takkan ambik order sebarang cement kurang dari 400bags.
biasanya site manager ni, selain dari nak cement, dorang nak jugak hardware materials lain like bituminious felt, exmet, dan plaster lime contohnya.
dorang isi requesition form sekali harung.
jadi lepas compare harga semua, aku pun buat la price comparison.
satu supplier jugak yang paling murah.
jadi dah tentu la aku order sekali.
cement 100bags, exmet 50rolls, plaster lime 50bags.
semua dalam satu PO.
sebab order dari supplier yang sama.
oh, for info, cement dianggap sebagai major materials.
oleh itu ada budget ditetapkan untuk cement.
contoh untuk siapkan banglo tu memerlukan 1500bags cement.
jadi aku punya price comparison dalam excel tu, aku buat la satu column untuk isi budget.
untuk barang-barang yang masuk kategori hardware, ianya tak ada budget.
jadi ruangan badget tu aku kosongkan la.
format yang aku buat tu memang memudahkan aku untuk pantau.
kalau budget burst, aku boleh tahu.
sebenarnya format tu sama je dengan format projek kondo yg sudah-sudah tu.
hanya yg berbezanya, projek besar, PO cementnya, barangnya hanya cement je la.
kat satu PO tu tak mungkin ada cement dan ada plaster lime.
sebab kilang cement tak de jual plaster lime.
beberapa kali sebelumnya, masa aku submit PO bersama price comparison tu, boss cakap ok.
tapi tadi tak ok.
aku pulak terpinga-pinga.
aku nak terangkan kat dia bahawa;
aku beli cement dan barang hardware tu dari kedai yang sama.
bila beli dari kedai yang sama, dah tentu aku issue satu PO je.
takkan nak issue dua keping PO jugak kot.
dalam PO tu ada cement dan barang hardware.
pastu price comparison pun sehelai je la jugak.
takkan nak buat dua helai.
tapi dia macam tak faham
dia nak jugak pormat tu macam projek-projek lain yg sebelumnya.
sebenarnya format tu sama je pon.
cuma boss aku ni tak nak teliti dulu sebelum kata NO.
selalu lah kena macam tu.
projek besar boleh la asingkan.
sebab projek besar beli cement direct kilang.
tak mungkin bercampur dengan barang hardware.
so budget pun selamanya appeared.
ini projek kecikkkk cenonet.
susah la kalau pakai format lagu tu jugak
takkan la satu PO kena ada 2 comparison.
satu untuk cement, satu untuk barang hardware.
padahal beli kat kedai hardware yang sama.
kata PRICE COMPARISON kan.
haruslah fungsinya untuk bandingkan harga.
bila aku try nak exppain kat dia, dia pulak potong cakap aku.
siap kata NO NOO
gila!
aku nak bagitau dia tujuan aku buat begitu.
ehh langsung dia tak nak dengar pun.
aku pulak nampak macam bodoh.
padahal dia yang bodoh hahaha
ehh. tak faham ke?
hahahah lantok sana
tapi serius wehh.
boss aku ni sometime aku rasa dia kurang betul
bukan aku je rasa camtu.
semua lah dalam department ni rasa macam tu.
dia tak buat, dia tak tahu kesulitan-kesulitan tertentu yang sometime kalau nak explain pon payah.
kau buat sendiri baru kau tahu macamana nak ejas masalah tu supaya tak jadi masalah lagi.
atau paling tidak, masalah tu tak berulang lagi.
amboi kemain panjang.
ntah la yg menbaca nya tu paham ke tak.
ok nak balik dah ni.
lega pulak lepas dapat luah kat sini.
bye.
Friday, 10 February 2017
Friday, 3 February 2017
Entry Balik Kelantan sempena CNY 2017
Lepas rombongan tunang murni balik, jam masa tu dah lebih kurang 4petang.
Ngah masa ni dah balik rumah dengan anak-anak.
dia datang pukul 2, makan pastu duduk kejap terus balik.
sebab Amir sakit gigi so dia ajak balik.
ohh, lupa nak citer, Ngah pergi ke majlis murni dengan motor, membonceng dengan Ammar.
sementara aku, mek, amir dan joe pergi lebih awal dengan kereta.
almaklum la nak bawak pulut kuning dengan kuih koci ke majlis tu.
Ngah pulak terpaksa tunggu nak sidai kain.
dalam pukul 6petang camtu baru aku gerak balik.
balik terus charge handphone.
on je, terus masuk wasap dari Ngah.
rupanya dari pukul 3petang dia wasap suruh aku balik dalam pukul 4.
tapi memandangkan handphone aku mati, aku tak dapat mesej dia.
lepas Isyak, Ngah dapat call dari De.
bunyi macam kalut je.
rupanya kereta De rosak kat kelantan, kampung isteri dia.
sedangkan kereta tu nak guna esoknya untuk kerja kenduri kawin sedara.
sebelum balik kelantan, De dah mintak Ngah repair kereta dia.
oleh kerana takda masa, Ngah hantar kereta tu kat workshop kawan dia.
ingatkan setel la.
rupanya beronar kat kampung.
membebel De.
habis cakap telefon, Ngah cakap "jomlah siap-siap kita balik rumah Zemi"
terkesima kejap aku.
bukan nak balik Pekan dulu ke? soal aku dalam hati.
tapi aku ikutkan je la.
10.30malam kami gerak ke kelantan terus.
tanpa singgah Pekan.
dalam pukul 2pagi, Ngah wasap adik bongsu dia beritahu on the way ke kelantan.
yang aku pulak wasap kat Jani bagitau aku balik kelantan, bukan Pekan.
elok la.
sampai kota bharu pukul 4.30pagi.
aku dengan anak-anak masuk tidur.
Ngah terus baiki kereta De.
pagi tu aku bangun tengok Ngah tidur.
penat la tu.
pukul 11pagi, Ngah bagitau mak pun on the way dati pekan nak datang kelantan jugak.
Cik sekeluarga pun ikut.
hahaha..
apa punya rancangan daa...
semua huru hara
kalau lah semua pakat plan cecantik nak balik kelantan, boleh De adakan majlis cukur jambul anak dia.
haru betul.
tapi takpe.
tak semua plan berjalan lancar kan?
rombongan mak mertua sampai kota bharu dalam pukul 5.30petang.
esoknya, kami ke Pengkalan Kubur.
dah lama tak datang sini.
aku tak beli apa-apa pun.
ada jugak la intai-intai sudip hat pesen lama tu, tapi nan hado.
terbeli skirt je sehelai.
tu pun sebab dia lelong RM10.
yang kuat membeli hanyalah mak aje.
dia memang dah lama nak datang sini.
ada satu kedai periuk ni kan.
aku tertarik nak beli periuk cap buaya (tulisan merah).
tapi bukan tahap nakkkk sangat beli pun.
aku tanya kat kedai ni harga berapa.
makcik tu cakap dia tak jual sebiji.
minimum kena beli 3 biji.
periuk ni ada 9 saiz.
aku lupa pulak nak tanya saiz paling kecik berapa cm.
konsepnya gini.
katakan paling kecik 14cm.
saiz kedua kecik adelah 16cm. pastu 18cm, 20cm, 22cm, 24cm, 26cm, 28cm dan 30cm.
gitu.
nak beli satu saiz aje tak boleh.
kena beli 3 beradik.
3 beradik pun tak boleh pilih-pilih.
kena ambik saiz samada 3 terkecil, 3 tengah atau 3 terbawah.
kalau ambik semua 9 beradik harga RM190.00
kalau 3 beradik teratas RM50.
kalau 3 beradik tengah RM60.
kalau 3 beradik terbawah aku tak tanya hehe.
tapi yang pasti jika ambik semua 9 beradik lebih jimats.
![]() |
| gambar ehsan gugel |
pastu, dah setel di sini, kami pergi pulak ke Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.
mak rindu nak datang sini barangkali.
kami ikut je.
aku tengok periuk jenama sama yang kat pengkalan kubur tadi.
saja tanya harga.
RM240 untuk 9 beradik wehh.
beza banyak jugak tu.
ok la tak tau apa nak citer lagi
![]() |
| hari sampai kelantan tu, tengaharinya pergi makan kenduri rumah sepupu mertua De. gulai kawah daging dia tu sedap teringat-ingat lagi ni |
![]() |
| desert yg biasa nampak kat kenduri di kelantan. tapai pulut. ini pun winn sangat |
![]() |
| ni kat pantai Senok. lokasi ni sekaran semakin popular di kalangan penduduk kelantan tunuk tujuan wedding outdoor photoshot. |
![]() |
| ni kat pengkalan kubur |
![]() |
| aku up gambar ni kat fb, kawan tanya ngandung ke? hahaha konghajor sgt. dia tak tau aku asal balik kelantan je mesti ngandung. kahkahkah |
![]() |
| ni kat dalam pasar siti khadijah. kat tingkat 1 tepi tandas. tengah tunggu Joe berak lepak kedai ni, agaknya kedai ni takde penyewa kot. so jom kita pukul gamba haha |
![]() |
| Anak sulung Zemi a.k.a De. cucu perempuan kedua Mak tua dan To'Ki |
![]() |
| anak sulung tuan tanah |
![]() |
| anak kedua tuan tanah |
![]() |
| tak silap aku umur baby Aira Aina masa ni 47 hari |
![]() |
| Aira Aina dan Mak Ngah |
![]() |
| ini bapa mertua De. aku suka sembang dengan dia tapi masalahnya dia kurang pendengaran. jadi setiap kali bersembang mesti aku cakap kuat-kuat. terasa diri ini begitu konghajor hahaha |
![]() |
| tengok lama-lama macam kelakar pulak gambar ni. macam aku ni tengah bawak motor bonceng dengan amir pastu angkat tayar depan motor lalu terhasil lah pemandangan ini |
![]() |
| Aira Aina dan daddy |
![]() |
| 3 biras. Mak Ngah, Mak De dan Mak Cik |
![]() |
| Masjid Tok Guru Nik Aziz, Kampung Pulau Melaka. gambar ni diambil dari dalam kereta. |
![]() |
| bergambar di rumah kendiru kawin sedara Zura a.k.a Mak De |
![]() |
| gulai kawah daging tu memang sedap sgt. tapi masih belum mampu lawan gulai kawah masa kenduri kawin De 2 tahun lalu. terlalu sedap hokey |
ok sekian coretan hakak
nota kaki :
balik kelantan : Sabtu 10.30malam 28/1/2017 sampai 4.30pagi 29/1/2017
balik Puchong semula : Selasa 6.00petang sampai 1.40pagi
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku
Subscribe to:
Posts (Atom)


























