Thursday, 22 December 2016

Ahad Lepas Kami Di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

tu diaaaa tajuk.

kisah ahad lepas. 18/12/2016
Ngah plan sebelum balik kampung lagi.
katanya nak bawak anak tidur dalam khemah tepi laut.
nak bagi anak jantan dia merasa kenikmatan berkhemah yang dia sendiri tak dapat dizaman kanak-kanak.
mula tu dia nak bawak masuk hutan, tapi bila pikir-pikir balik, macam bahaya je kan. mari la kita try kat tepi pantai dulu. pasni baru kita slow-slow tudur kat hutan pulak.

kami gerak hari sabtu petang. mek tak ikut. oleh itu, aku hantar dia rumah suzi. suka la dia. dah lama dia rindu nak tengok adam anak suzi. ramai kat rumah suzi. kak yah, abe D, tunang juer, murni pun ada. jadi mek tak bosan lepak situ.

sampai PD dalam pukul 6petang.
terus budak-budak ni mandi laut. 
sementara tu Ngah pasang khemah. 
aku tolong-tolong mana yang patut.
tolong tengok je la banyak huhu.

dah siap pasang khemah, aku bawak budak-budak ni mandi kat rumah mandi awam.  
cas masuk mandi RM1 setiap seorang.
lepas mandi, malam tu aku bukak bekal nasi kari ayam, dan suap budak-budak ni.
boleh pulak lupa bawak pinggan.
penat Ngah cari kedai nak beli pinggan plastik, nan hado. 
sudahnya aku makan je dalam bekas tuperware tu.

korang kalau nak pasang khemah, better pilih tempat yang dekat dengan tandas dan rumah mandi. 
senang kalau malam-malam buta anak nak berak kang boleh lari terus. 
kalau jauh kang jenuh nanti.

aktiviti takde apa.
aku nampak ramai je berkhemah kat tepi khemah kami. selua pakat berBBQ. 
bau semerbak je memasing.
lepas makan, boleh pulak aku tertidur.
macam dua hari tak tidur.
 
masa baru sampai. dah petang. tak sempat nak tanggal baju memasing

dah makin gelap



konon-konon ungun api la tu. padahal pelepah pokok kelapa. jadikkk lah ambik feel

dah kenyang makan nasi, aku bergolek-golek situ sampai tertidur terus. nampak kat belakang Ammar tu? aku la tu. bapak dorang siap beli gas kecik semata-mata nak masak  dalam khemah. masak megi cup je pon. kemain teruja budak-budak ni.

antara pintu khemah dengan tikar yang Ngah bentang depan khemah tu, Ngah pasang buai. makanya semua pakai ambik giliran bergayut dalam ni


esoknya, aku terjaga awal sebab terkejut bunyi anjing menyalak.
dah lepas gosok gigi semua, melangut aku sensorang sebab semua pun masih tidur.
aku dah kelaparan ni.
pastu joe bangun.
sementara nak tunggu yang lain bangun, aku ajak joe jenjalan sekitar pantai tu.
gambar selfie banyak giler tapi malas nak letak semua.
aku pilih je randomly.











pastu amir dan ammar pulak bangun.
sebenarnya aku yag kejutkan. nak harap dorang bangun sendiri tu lambat sangat.
lepas tu terus lompat dalam laut.
sambil mandi sambil tunggu ngah bangun.
lama giler tidur
last-lasr aku naik kejutkan dia.
baru reti nak sedar diri
lepas mandi apa semua, kami pun siap2 pergi sarapan.
lepas tu balik.
kami singgah Nilai 3 pulak.
takda plan nak beli apa pun.
sekadar nak tengok-tengok je.
dah lama kot tak datang sini
macam tak best je aku rasa.
ke aku yang tak reti nak sopink kat sini aku pun tak tau la.
kebanyakan karpet karpet karpet
pastu kebanyakan kedai kami masuk, adelah orang asing yang meniaga.

tak beli apa pun.
hanya beli frame ayat Kursi je.
satu set ada 3 frame.
harga RM145. dia offer RM90. so ambik
itu je
lain takde apa dah
frame pun ada belum gantung lagi.

ok lah.
itu je nak cerita.sementara rajin ni hihi

yang lain tu gambar je lah

















 sekian

Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku

Makin Seronok Dia Buat Cat Boot Sale Jual Keropok Lekor

pukul 5 pagi tadi, adik aku Jani dah bertolak balik kampung.
mek aku pun ikut balik sekali.
Abe D pon balik jugak. dan bakal isteri Juer, Lily pun tumpang kereta jani balik kelantan.

tinggal kak yah je masih kat rumah suzi.
dia kena jaga juer. almaklum baru lepas operate masukkan besi kat dalam kaki kanan.
kesian sangat. tapi tu la, benda dah jadi. terpaksa lah telan.

Alhamdulillah, tadi jani wasap kata dah sampai rumah mek.
mujur la selamat. 
sebenarnya dua hari lalu kereta jani tiba-tiba brek tak makan.
dia cakap masa tu dia meniaga keropok lekor di Puchong Perdana.
masa nak balik tu baru dia perasan brek kereta tak makan.
pastu dia tekan brek dan lepas, tekan dan lepas, tekan dan lepas berulang kali.
baru brek makan semula.
cuak giler dia kata.
dari puchong perdana, jani nak bukak car boot kat BK4 pulak. 
terpaksa la bawak kereta slow-slow.
sampai BK4 konon nak bukak boot kat pasar malam, tapi malangnya kena halau ngan ketua persatuan kat situ. hahaha sabor je la

terpaksa la dia bukak kat 7e kawasan rumah aku. nasib baik semua keropok lekor yang ada tu laku semua. dah keropok tu memang sedap. banyak ikan.
lagipun itu bukan pertama kali dia bukak car boot kat situ. dah 2,3 kali jugak.
orang yang pernah beli keropok dengan dia, bila beli kali kedua kebanyakannya akan beli 2 paket terus. mungkin sebab dorang dah tau keropok tu sedap. dengan tulang pun hampir takde. 

malam tadi Ngah check kereta dia, fix apa yang patut.
tapi memandangkan nak kena beli spare part yang berkenaan, 
dan dah malam-malam kat mana nak cari, 
lalu kesudahannya kereta tu terpaksa la dipandu secara sangat hati-hati semasa balik kampung.
brek bukan tak makan langsung, cuma mungkin ada kebocoran kot, kata ngah.
ntah aku tak paham sangat pasal kereta ni.aku ni  tahu isi minyak kereta dan tahu isi angin kereta pon dah besar rahmat.

jani ni aku tengok makin suka meniaga.
masa mula-mula datang bawak keropok lekor, tahun lepas kot kalau tak silap, dia datang dengan bini dia. masa tu cuti sekolah. bini dia cikgu.
memandangkan cuti sekolah, konon dorang datang kl nak melawat adik beradik, sambil bercuti. 
sambil datang tu, bawak la beberapa ratus batang keropok lekor.
masa tu dia belum jumpa rentak lagi.

jani cerita kat aku, mula-mula dia bukak kat pasar pagi kat kawasan rumah kakak ipar dia la.
baki yang belum terjual, dia bawak meniaga pulak tepi masjid shah alam kalau hari jumaat.
lepas tu kalau ada lagi baki keropok, dia bawa pulak ke pasar malam. 
bukak boot kat hujung-hujung yang dia rasa orang tak marah.
lepas tu kali kedua pun datang dengan bininya jugak.

kali ketiga baru dia datang sorang bawak keropok.
masa datang sorang, dia tak tidur rumah kakak ipar dia.
dia tidur rumah suzi di kampung lindungan.
tapi dia masih meniaga di shah alam, tempat yang dia biasa bukak.

satu hari tu dia bawak banyak berbanding biasa.
lepas meniaga di shah alam, masih banyak belum laku.
pastu, oleh kerana risau kang dah banyak hari, keropok mungkin berbau, dia bukak boot kat kawasan rumah suzi. 
tak sangka laku habis. 

sejak tu bila datang kl bawak keropok, tempat pertama dia tuju adelah kawasan rumah suzi di kampung lindungan dulu. 
dia pastikan seharian dia bukak kat situ dulu.
tak pergi mana-mana.

macam sebelum ni kan dia pindah-pindah.
pagi kat situ, then petang ke malam kat tempat lain pulak.
sekarang ni dia jumpa rentak baru. seharian mesti stay kat satu tempat je. 
pagi sampai malam.

esoknya baru kat tempat lain pulak. pun seharian kat tempat tu. 
sekarang ni semakin banyak aku tengok dia bawak keropok.
mula-mula mencuba, dia bawak 200 ke 300 je.
lepastu, dia tambah jadi 500 pulak.
bila laku, kali berikutnya dia bawak 700 pulak.
maintain 700 setiap kali datang kl.
just nice untuk tempoh meniaga 2 hari. ada juga la kadang-kadang terbabas ke 3 hari.

pasal keropok ni kan.
jani biasanya ambik keropok waktu petang. 
biasanya lepas isi keropok dalam kereta, malamnya tu dia terus bertolak ke kl. 
keropok yang dia ambik tu memang ngam-ngam baru masak, dan baru siap packing. 
kadang tu dia kena tunggu pekerja tu packing. siap ambik keropok, malam tu terus gerak ke kl.
sampai pagi belum subuh. lepas tidur kejap, baru dia start meniaga. 
sebab tu orang yang beli keropok dia, akan beli lagi sebab tau keropok tu segar dan sedap.

satu hari tu dia bawak 1000 batang keropok.
hari pertama dia start kat kampung lindungan.
sebahagian keropok dia simpan dalam peti ais. 
takde masalah sebab keropok tu memang dia packing teknik vacuum. 
sesuai untuk frozen.

dah bawak banyak, dia pun try meniaga kat rumah aku.
aku mula tu tak galakkan dia meniaga kat kawsan rumah aku ni.
sebab pada sangkaan aku, kawasan ni kebanyakannya berpendapatan kecil. 
ramai suri rumah tak berkerja. jadi mungkin dorang kurang aku cakap.

rupa-rupanya salah sangkaan aku tu.
sekejapan je habis keropok lekor adik aku jual.

yang kelakarnya.
ada akak ni datang naik motor singgah beli
pastu datang beli lagi. sebab dia kata yang beli tadi tu dah goreng.
pakat makan, masing -masing kata sedap dan nak makan lagi.
terpaksa datang beli lagi.
hahaha

pastu adik aku cakap, dia pernah bukak boot kat depan masjid BK4 waktu hari jumaat. 
orang memang ramai. almaklum datang nak solat kan.
dan ramai la yang datang tengok-tengok. pastu masuk masjid solat dulu.

adik aku sangka lepas solat datang la kot membeli.
takde makna nya!
yang laku hanya 4 paket.
tu pun semua yang beli tu perempuan.
hahahaha

see??

kalau bab barang makanan, kuasa beli memang lebih pada wanita.
lelaki tukang makan je boleh la. hahaha
so dapat lagi ilmu baru.
jangan sangka kawasan banyak rumah flat tu orang kurang membeli ye.
mereka tu lagi hebat berbelanja. 

mungkin sebab dorang sepenuh masa ada kat rumah so mereka sentiasa rasa nak makan.
nak mengunyah-mengunyah. 
nak buat cekodok tu dah biasa sangat kan. 
naget tu pon biasa sangat. 
jadi sekali sekala ada keropok lekor ni bagus jugak.

lepas tu jani cakap. dia lebih suka stay seharian kat satu-satu tempat, 
berbanding pindah situ pindah sini dalam masa satu hari. 
sebab biasanya orang nampak tu, orang tak terus beli.
mungkin lalu sekali lagi baru beli.
dah kalau asik pindah je, orang datang nak beli tengok-tengok dah takde. rugi pulak.
dan lagi satu pasal kos. 
banyak gerak means, banyak kos pada minyak, pada tol, pada masa dan lain-lain perkara yang kita mungkin tak perasan.
keropok sedap



keropok lekor ni memang dah dipacking vacuum. jadi kalau adik aku bawak banyak, sebahagian dia simpan dulu dalam peti beku. supaya tak berbau. dont worry. tetap sedap

minggu depan nak datang lagi. seronok dia kata.


ok lah.
stop dulu.
nanti rajin aku bebe lagi

Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku