Tuesday, 3 May 2016

Kadangkala Pilihan Kedua Juga Rezeki. Syukurlah

Hari ni HOD aku cuti.
hari ni jugak ada QS baru masuk.
chinese girl.
QS lama berenti dah. tak sampai 6 bulan kerja dah berenti.
so masuk yang baru ni. cantik habaq hang.
pandai dressing dan seksi giler.
hahaha berdarah la hidung kamu wahai lelaki...

hari ni aku agak free.
report dah siap.
PO ada satu je. tu pun dah siap.
tinggal nak tunggu boss sign je.
pastu dah boleh fax.

so mari update blog bersawang ni.
aku kan, lately ada je masa free sebenarnya.
boleh je update barang sebaris dua.
cuma tu la, ralit kelain
suka benar baca blog otai-otai like kak D, peej, etc

aku tengok blog aku ni macam satu hala aje.
maksud dia, takda keadah komunikasi dua hala.
FB aku tak letak. email address pun takde letak.
IG apetah lagi.
tu semua punca adelah kerana aku tak reti!!!
bila ada masa, aku cuba godek2 blog ni. pastu sekerat jalan aku sambung kerja.
pastu blog pon masih takat tu je. hahaha
sabor je lah

cara nak create blog pun 100% belajar dari gugel je.
takdak mentor ke hapa.
tu yang blog jadi kesepian tu.
eh, tapi ada ke yang nak mengelani dan menghubungi ku? huhuhuh
perasannya diaaaa...

ni aku baru call satu hardware shop ni.
sedang beli waterstop FOSROC.
repeat order.
call la office dia.
nak cakap dengan miss Siow.
dia ni anak boss.
tapi yang angkatnya pekerja dia.
aku cakap la aku nak cakap dengan miss siow.
dia tanya aku ni siapa, dari mana,
aku agak hangin juga dengan nada dia.
tapi memandangkan ye la dia nak kena tau siapa yang nak cakap dengan anak boss dia kan.
lepas aku cakap aku siapa dan dari mana, dia tanya aku nak cakap pasal apa.
aku macam... ???
apakah ini?
kau nak meniaga kan?
so apa pekdah sampai tanya nak cakap pasal apa?
ni bukan sekali dua. selalu la kalau hardware shop yang ini.

pasal nak beli hardware materials la of course!
tetiba je aku jadi tawar hati.
macam taknak dah pasni beli dari kedai ngko.
dah kerek sangat kan
tapi tu la.
tak boleh sebarang jugak.
kena beli dari yang paling murah.
takpe, lepas ni aku akan cuba cari quotation dari banyak-banyak kedai lagi.
actually boss dia mr siow ok. baik orangnya
dan peramah.
yang aku heran tu pekerja dia (or maybe relative kot) yang kerek lebih.

kita meniaga ni, kerek tu kena simpan kat rumah.
perasan diva ke, perasan kaya raya ke, perasan kasta tinggi menjulang ke, pangkat datin sekalipun, sila la simpan kat rumah.
jangan nak kerek selagi orang yang carik ngko tu berpangkat client or customer.
aku tak kerek apesal kau kerek?

tu pasal la Nabi SAW galakkan umat dia meniaga.
nampak tak hikmah bila jadi orang meniaga.
kena selalu rendah diri.
paksa diri tu supaya merendah diri.
tu kunci kejayaan.
pastu berserah sepenuhnya kada Yang Maha Memberi.
eh eh tetiba emo lalu terjadi ostajah pulekk...

lagi satu.
aku pernah hampir nak beli dari satu supplier ni.
lepas tu ada supplier yang harga dia sama dengan supplier pemenang.
(ada ketika bila 2 supplier quoted harga dan quality sama, aku akan pilih supplier yang dah lama dah tak order dengan dia. tak pon aku pilih sales person yang PR dia lebih menyenangkan)
so aku terus terang kata dia kalah dah.
aku dah order dengan orang lain.
lepas tu keesokkan harinya supplier yang aku sepatut beli tu, called dan beritahu dia takde stock.
kalau nak jugak kena tunggu.
lalu aku pun called 2nd supplier tu kata nak order dari dia.
boleh pulak dia kata dia pilihan kedua. macam kecik hati gitu
alahai..
be matang sikit boleh?
ini perniagaan.
Tuhan memang kata itu rezeki kau yang punya.
jadi pilihan kedua ke ketiga ke, apa ada hal?
bersyukur la jadi pilihan kedua.
sebab kau duduk di pilihan kedua la maka kau dapat.

patut bersyukur la sebab nombor satu tarik diri. lalu kau dapat.
eh tak kuasa la aku.
ni, siapa-siapa yang jadi sales person jual hardware materials boleh la nak cuba supply kat sini.
sini takda bias ka hapa.
siapa quoted cheapest with same quality value, In Sya Allah dapat.
gituu..


eh, sekian la dulu dari ostajah-lantik-sendiri

Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku

Monday, 4 April 2016

Rumah Kedua Disewakan

Rumah kedua yang dibeli, memang aku rancang untuk sewakan.
rumah kedua ini dibeli hanya semata-mata untuk menjana pendapatan pasif sahaja. 
aku takde niat nak tinggal kat rumah ini langsung pon.

mula-mula memiliki rumah ini, aku ingatkan nak advertise kat internet je untuk tujuan mencari penyewa.
tapi tak sempat.
kejap anak sedara call kata kawan dia baru kawin nak cari rumah.
kejap lagi ada lagi tanyakan rumah.
memang macam goreng pisang cheese dah kekdahnya.
permintaan memang tinggi kat rumah flat kawasan ni.
tapi bila cakap harga sewa, semua cakap tak jadi.

dan akhirnya dapat kat indon jugak.

sebab?

sejujurnya kan...

aku mula tu nak sewakan kat orang tempatan.
tapi bila fikir-fikir balik...
kebanyakan orang tempatan, diorang takde niat nak tinggal lama di rumah sewa, nak-nak pulak kalau rumah tu tingkat atas sekali. 

diorang akan beli rumah dan pindah. walaupun makan masa lama untuk berpindah dari rumah sewa.
ataupun, bila si isteri dan pregnant, mesti dah tak larat nak turun naik tangga (rumah aku takde lift ye), lalu akan fikirkan rumah lain untuk disewakan.

orang indon pulak, bila mereka sewa rumah kita, diorang akan duduk lamaaaa.
dan mereka ni kebanyakannya jenis menjaga rumah. kebanyakannya la. (aku harap penyewa rumah aku ni jenis pandai jaga rumah la)
dan lagi satu, dorang ni sangat on-time membayar sewa rumah.

dari segi keberuntungan jangka panjang, lebih baik beri sewa pada orang yang boleh tinggal di rumah kita lama.
sebabnya kan, katakan penyewa menyewa selama 2 tahun lepas tu pindah, mesti akan ada kos baik pulih rumah walaupun sedikit, yang perlu dibiayai oleh tuan rumah. paling koman pun, cat baru.

macam aku, setelah aku congak aku hanya akan tuai keuntungan hanya selepas tahun ke 6 indon tu menyewa. ini kerana aku dah berhabis hampir 10ribu hanya untuk simple renovation.

dalam tempoh 5 tahun pertama duit sewa tu, hanya akan balik modal kos renovation aje. gitu.

bunyinya macam kejam kerana lebih pentingkan duit semata-mata.
tapi hakikatnya, ia berbalik pula pada niat asal pemilikan rumah itu tadi.
ianya adalah sebagai sumber pendapatan pasif.

ni nak share satu cerita.
pasal kawan skolah Ngah
dia beli rumah tingkat 1 blok sama dengan rumah pertama aku.
masa dia beli rumah tu, kami masih belum ada rumah. masih menyewa lagi.
bila kami beli rumah (rumah pertama, yang kami duduk sekarang), diorang telah berpindah ke kampung di kelantan kerana si isteri mandapat kerja di kelantan. kawan Ngah ni driver teksi. jadi dia pun ikut si isteri berpindah ke kelantan.
rumah yang dekat sini dia sewakan kepada pasangan baru berkahwin.
baru-baru ini dia datang ke KL untuk tengok dan bersihkan rumah dia. 
katanya penyewa lama dah pindah, dan rumah tu bakal disewakan kepada pasangan pengantin baru. penyewa baru ni jururawat kalau tak salah dengar.

kata dia, dia sangat bersyukur bila penyewa lama nak pindah, sebab selalu tak bayar sewa on-time. 
tu satu hal lah, lagi masalah bila ada bulan yang penyewa tu tak boleh bayar disebabkan masalah kewangan.
nak bincang pun payah bila jauh. sorang kat KL sorang kat kelantan. terpaksa cakap ok je lah.
dah pindah tu, terpaksa pulak upah indon baikpulih sikit rumah dia. kos lagi tu.

bila dah ada rumah sewa sendiri ni baru aku faham. dia kata rumah yang dia sewakan tu takde untung sangat pun. elok nak saving duit sewa, tup-tup penyewa pindah, dah kena keluarkan balik duit hasil sewa tu semata-mata nak baikpulih rumah tadi. kos baikpulih bukan murah oi.

aku hari tu nak rendahkan lantai bilik mandi campur simenkan longkang dan pasang mozek untuk cover longkang je pun kena RM1,500.00
padahal kalau pikir logik macam cenonet je keluasannya.

ok la dulu.

maaf jika ada yang tidak selesa dengan entry ini.

yang baik dari ALLAH
yang buruk dari AKU