Friday, 3 October 2014

Harga minyak naik, harga kobis pasti naik juga. tak caya mari kita perati

Harga minyak RON95 naik lagi berkuatkuasa 2/10/2014. kenaikan RM0.20. harga sebelum naik RM2.10. lepas naik jadi RM2.30/ liter

sakit hati tak?

gila kau tak sakit hati. lagi sakit hati bila ada menteri cakap kadar kenaikan tu SIKIT aje.

SIKIT???!!!

Sikit kateko???

yeah.. memang kenaikan tu sikit aje. tapi kesan kenaikan tu nanti amat amat besar!

ye, minyak baru sehari naik harga.

petang-petang balik kerja, aku akan singgah beli barang basah kat kedai dekat2 rumah (area Kinrara, Puchong)

harga kobis masih RM3.50/kg  ~ dulu masa harga minyak RM1.90/liter, harga kobis RM2.50/kg
udang biasa masih RM32/kg
sotong biasa RM20/kg
ayam RM7.30 ~ harga pasar tani Taman Bukit Kinrara baru je petang semalam (Khamis 2/10/2014)
bawang merah ros (ala yang kecik2 keler maroon tu) RM3.50/500g

itu beberapa harga yang aku ingat.

mari kita tengok seminggu dua lagi harga masih sama ke atau dah naik.

aku cukup yakin kenaikan harga akan berlaku. dan sangat menyeksakan.

alangkan harga udang sekarang RM32/kg pun aku kadang-kadang je beli sekarang sebab dah jatuh kategori mahal bagi aku, mau tak mahal. ambil 10ekor pun dah nam tujuh hengget.

memang aku stresssss sangat.
dah macam tak tau nak berjimat cemana lagi dah.

dan sekarang aku dah tak sabar2 nak tunggu pilihanraya.
tak sabar dah aku nak mengundi nih weiiiii....
aku berharap sangat nanti sesuatu perubahan bakal berlaku.
aku harap parti pakatan boleh menakhluki Putrajaya.
ye, Putrajaya!!
hanya dengan menakhlukinya saja la sekarang ni jalan yang ada.

bukan aku kata PR pasti boleh mentadbir dan boleh menghalang kenaikan minyak dan lain2 barang dengan jayanya. bukan itu maksud aku.

cumanya aku harap PR ada pendekatan yang lebih bagus menangani isu ni.

kita pon belom tau tahap pakarnya PR dalam isu menangani kenaikan harga minyak ni. untuk tahu, kita kena bagi peluang dorang pulak test power. kalau berjaya, akan lebih lama la PR menjadi pilihan rakyat. kalau sama je hasilnya, kita carik pulak alternatif lain. tu maksud aku.

sekian,

yang tidak setuju dengan kenaikan harga minyak, lalu naik minyak,

Cik Ila Kidal

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku

Monday, 29 September 2014

Toy Museum, Batu Feringgi

Sambungan kisah percutian kami ke Pulau Pinang.
kejadian adelah pada Ahad 10/8/2014

Sebaik saja makan tengahari lepas check-out, kami menuju ke Toy Museum. 

Tempat ni memang dipenuhi dengan ribuan jenis replika kartun yang dari sekecik-kecik saiz hingga sebesar seorang manusia, malahan lebih bessar.

anak-anak aku memang sukaaaa datang sini, terutamanya Amir ngan Tajul. Ammar tu mula2 je suka. tak sampai setengah jam nampak ketakutan dia sebab macam2 watak ada dalam tu. yang macam hantu ponti pon banyak. 

paling tak tahan bila Ammar dok ralit tengok satu2 kartun pastu taknak orang pimpin tangan dia. habis satu row baru dia cari kami tengok2 takde, semua orang yang dia tak kenal dalam tu. lalu dia pon berlari ke pintu sambil nangis2 ketakutan. lepas dah nampak aku, terus mintak dukung. lepas tu dah taknak turun2 dah. nak dukunggg je. lagi2 kalau nampak kartun yang muka menakutkan tu. hoi punya la dia tutup muka takmo tengok. 

tiket masuk sini kalau tak silap aku :

Dewasa RM15/person
Kanak-kanak RM10/person
Budak umur 3 tahun pon kena bayar jugak. takde pengecualian.
sebelum mintak bayaran, orang kaunter tu akan mintak IC kami anak beranak. tujuan adelah untuk pastikan samada kita betul2 warganegara atau bukan. sebab tiket untuk warganerara dan bukan warganegara adalah berlainan kot.

saksikan gambar kenangan kami di Toy Museum :)























kesian budak ni ketakutan. boleh rasa jantung dia lajuuu je



Tajul ni tak nak aku ambik gambar dia. ni pun secara curi2. pastu bila balik KL dia tanya napa sumer gambar muka abg Amir je. pastu sentap sorang2. 


masa mula2 masuk, semua replika kartun adelah adiwira terkenal yang stok hero2 gitu. masa ni Ammar sangat excited. sangat sporting masa ambik gambar. dia blom nampak lg yang muka2 huduh tu...









gambar curik


susunan gambar ikut dan ajo.

sekian.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku