Thursday, 2 January 2014

Suami sakit

Fuhhhh...

penat betul la minggu ni.

setart hari Khamis. tapi sebelum tu lagi dah penat sebenarnya. tak cukup masa nak uruskan diri dan keluarga. macam ngko je la ada kuarga huhuhu...

hari Khamis. malamnya tu kena hantar Ngah masuk wad. dia kena operet hari Jumaat keesokkannya tu. jangkaan operet pagi. pukul berapa misi takleh nak konfimkan sebab kata dorang depends pada doktor. sementelah pulak bilik bedah tak banyak.

spital dia tajuk Shah Alam Specialist Hospital. panel company Ngah. masuk sebab kena operet. Sebab hernia. tau hernia tu apa? usus dah terjatuh ke dalam kantung batu. itu la secara mudahnya yang berlaku pada Ngah.

Jumaat hari yg Ngah operet aku terpaksa ambil EL. terkejar2 hantar anak ke taska. pastu zass ke spital. janji ngan Ngah nak sampai jam 9pagi. tapi jam 9.15pagi masih kat rumah hegeh2 goreng naget permintaan Amir.

sampai spital jam 10pagi. hoi melayu-tak-maju sungguh peel macam ni. janji pukul 9 pukul 10 baru sampai. huhuhu...

masuk bilik Ngah (bilik no. 401, kena rekord ni sejarah kahkahkah) tengok dia lekkk je depan tv. tapi muka macam takde mood. iye la puasa kennn muka pun kelattt je la. dari pukul 12malam tadi bawak ke paginya tak makan harus la muka seposennn je.

sembang2 blablabla, dalam jam 11.00camtu 2 orang nurse datang nak cukur sumer bulu2 roma yang kat bahagian yg nak kena toreh nanti. bukan kat bahagian tut  tu eh, dia kat bahagian perut tapi ke bawah sikit. nurse tu nampak ngah macam malu lalu cakap kalau aku nak tolong pun boleh. aku pun paham situasi jadi ok la aku tolong cukurkan. pastu nurse to keluar.

dalam 11.30camtu datang lagi sorang nurse bawah wheelchair nak bawah Ngah ke bilik pembedahan. tinggal la aku sensorang lam bilik tu sambil tengok tv.
pukul 2.30petang eh, ke 3.30petang eh? aku lupa. Ngah pun dibawa kebilik tu balik.
teringat aku dulu masa keluar dari bilik bedah lepas beranak. lagu ni la.

pastu Ngah mintak aku bermalam teman dia tapi anak2 cemana? maka terpaksa suruh adik dia yang no.4 tu jagakan. Zemi nama dia.so, jam 6petang  Zemi datang. aku balik kutip anak2.

mak mertua aku langsung Ngah tak bagitau hokey! nasib Zemi tu call mak dan mak apalagi, terus suh abah cari tiket. tiket pon banyak yg dah sold out. sumer takde dah untuk malam nya tu. yang ada cuma esokkannya (Sabtu). tu pun tiket 4.30petang.

sabtu.
aku EL lagi. sebabkan Zemi kena kerja paginya, harusla Ngah tinggal sensorang. takde orang tengok2kan dia. walaupun nurse ada je sepanjang masa, tapi at least kalau ada seseorang kat tepi dia kan lebih selesa?
aku angkut sumer anak2 ke spital. sebab kalau hantar taska pun hanya sampai pukul 2.00pm je. baik aku bawak sekali. lagipun Ngah tak share bilik ngan sesiapa. jadi selesa kalau  anak2 nak main2 pun. siap mandi manda lagi anak2 haku huhuhu... macam dok hotel dah kekdahnya.
lepak dari pukul 10.00pagi sampai 3.00pm pastu Ngah suruh balik. sebab anak2 aku dah mula boring kot asik la gaduh2 pastu nangis pastu jerit2 dan Ngah pun takleh tido bising2 dan takut mengganggu pesakit lain.
malamnya tu adik bongsu Ngah jagakan.

ahad.
dokter kata Ngah dah boleh balik pukul 2.00pm. jadi aku drive pi amik.

Isnin.
aku kerja dah... walaupun hati rasa berat. tapi nak buat cemana dah banyak sangat cuti pon tak sedap jugak. tapi tak pa mak and abah masih ada. dorang boleh masakkan untuk Ngah.

Selasa.
Mak and abah dah nak balik. naik bas tiket pukul 10pagi. naik di Shah Alam. jadi, terpaksa la adik bongsu Ngah bawak keter hantar aku pegi kerja.

Rabu.
Public holiday sempena tahun baru 2014.

ok tu je entry ringkas buat masa ni...

nanti senang update lagi


bye

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.


































































Thursday, 26 December 2013

Pertama kali naik kapal terbang

Ngah and Ammar

Amir si penakut sampai nangis

Joe sedang baca panduan dalam katebang

pandangan bandar Kubang Kerian dari atas katebang

walaupun sekarang musim banjir teruk, dan hujan selebat-lebatnya masa kami on the way dari Machang ke Kubang Kerian, tapi Alhamdullillah masa flite ni hujan dah benti. so, cuaca dari atas nampak cun.

tuan tanah yang first time naik katebang. jakun tak? hahahaha




gambar2 kat atas tu adelah pada hari Selasa 10/12/2013. hari bersejah dalam hidup tuu.. almaklum kali pertama naik katebang. maka, tuan punya belog mesti akan rekod kat belog supaya tak lupa. anak2 and Ngah pun tak pernah naik katebang seblom ni.

apa perasaan?

bagi aku, ia adelah gayat. sangat gayat. dan takuit. nak naik lagi tak lepas ni? NAK!! walaupun gayat, tapi best.

dulu masa aku kecik2, setiap kali katebang bunyi dari atas langit, aku ngan kengkawan mesti dongak atas langit dan jerit kuat2.. kapatube!! kapatube!! (orang kelantan punya sebutan)
dan terdetik dalam hati, bestnya naik katebang. satu hari mesti nak try naik ni.

tapi nak naik nak pegi mana je pun. selama ni hidup aku kelantan KL, KL kelantan... dan kalau balik kampung pun mensti drive. lain la kalau dok kat sabah nun.

dan kalau pergi jenjalan pon bukan sampai ke seberang laut pun. belom lagi la buat masa ni...

naik kali ni pun sebab aku yang request kat ngah. aku cakap.. balik ambik Amir angan Joe kat kampung nanti kita naik bas. balik sini balik kita naik katebang. Ngah mula tu tanak dia. baik naik keter je. kat kampung nanti boleh jenjalan. ni balik ngan bas nanti patah kaki katanya nak ke bandar Machang pun tak dapek.

dan yang menjadikan Ngah setuju tu sebab aku cakap aku nak bawak anak2 merasai pengalaman naik katebang sempena cuti skolah kali ni. nak tunggu lain kali, eh lain kali tu bila dahhhh? ini la masanya pon. dah la skrg ni musim banjir. kalau naik bas lebih selamat sebab badan bas kan besar. kalau naik keter ntah2 sampai kat merapoh stuck takleh jalan sebab keter kecik. eh ntah hapa2 je alasan aku bagi aku sendiri pon konfius. dan Ngah pun setuju.
dah setuju tu masalah pulak nak tempah tiket online sebab aku tak gheti almaklum la tak pernah buat. lalu demi taknak susahkan diri sendiri kami pun pergi ke kaunter tiket katebang Subang dan telah membeli 5 ketul tiket Air Asia. RM berapa ntah aku tak ingat tapi kalau tak silap sorang dalam RM109.00 kot. pastu aku ambik luggage yang kena bayor ikut timbang KG tu. kalau tak silap RM30.00 kot. eh aku lupa la, tu la pasal citer dah lama tapi skrg baru hegeh2 nak update maka harus la banyak yang aku dah lupa. beg bukan besar pun tapi mamandangkan aku tak pernah ada pengalaman sebelum ni, jadi aku sangka beg anak2 aku kat kampung campur ngan beg galas aku lagi maka baik aku tambah kos luggage ni. padahal bila timbang beg anak hanya 6kg lebih2 je. dan boleh je kalau nak bawak masuk and simpan kat bahagian penumpang. ramai je aku tengok yang bawak beg dorang letak kat atas kepala dorang. hangus RM30 aku. beg galas aku rupanya boleh awak sekali masuk kat bahagian penumpang. ada rak macam bas tu yg belas atas kepala tu. jakunnya la aku huhuhhu... tapi takpe. rilekkkk. kali pertama memang sumer pun jakun kan?

tiket flite pukul 5.00pm. aku anak beranak dari umah mek pukul 10.00pagi lagi dah kuar rumah. dihantar oleh Abe D a.k.a abg ipar aku. dia hantar kat bandar Machang je. aku dah plan nak naik bas dari Machang ke KB. pastu dari KB kita ambik teksi ke Kubang Kerian. gitu la cadangnya sebab tu kuar rumah awal.
tapi memandangkan ketiak tu hujan turun dari renyai2 dah mambawa ke makin lebat dan takde tanda2 nak benti buat seketika, maka kat stesen bas Machang, plan bertukar pulak dah. Ngah la punya pasal. kata dia, kita naik je la teksi dari sini terussss ke Kubang Kerian. kita dok lepak lama kat situ takpe, dari kita tergopoh gapah nak tunggu bas la dengan hujan nya lagi mesti jalan jadi slow. bahek la suami, sukati you la.

Abe D tolong bawak ke stesen teksi. depan stesen bas je pon. lalu sorang pakcik drebar teksi ni pon datang. katanya dia boleh hantarkan terus ke Kubang Kerian dengan kos RM28.00 lump sum. kami pon ok la. dah naik teksi tu sampai Kubang Kerian eh eh dia mintak RM50 pulak dah. ini pakcik nasib baik aku tak snap muka dia. kalau tak aku tempek kat belog ni (walaupun aku sedar diri takde reader pun huhuhuh). tapi akan aku pahatkan supaya tak terbertembung lagi ngan pakcik tu.

nasib baik gak tak naik bas weyh. naik teksi pun sampai dekat jam 3.00pm dah. sebab sepanjang2 jalan adelah hujan lebat yang hebat. wiper teksi tu dah tahap maksima dah aku tengok, pun penglihatan kabut2 lagi. sumer keter pun bawak slow2 je.

dah sampai tu anak ajak makan. kami naik tingkat satu menuju ke KFC. makan dan tunggu. dah makan tetiba Ngah nak ketandas. aku tunggu anak2 main kat playground yang KFC tu sediakan. eh, lamanya Ngah ni. ni mesti pi mambuang ni.

Jam 4.15pm camtu lebih kurang, kami pun pegi check-in. eh, betul ke panggil check-in eh? lantak la janji paham. orang kaunter tu kata kami kena bayor RM10 X 5orang sebab lambat check-in. patutnya bila dah sampai tu cecepat check-in dulu. pastu pegi la nak pegi memana pun kata dia. eh, kalau masa aku beli tiket ni kau pesan siap2 SILA CHECK-IN SEBELUM ATAU SELEWAT2NYA SATU JAM SEBELUM BERLEPAS, kan bagus? ni tak pasal2 aku kena tambah RM50.00 gara2 tunggu Ngah berak!

kesimpulannya.
kalau beg pakaian yang bukan jenis beg akademi fantasia tu, dan kalau berat beg tu tak sampai 10kg, aku cadangkan tak perlu la bayar luggage cost. mambazir je. ramai je aku tengok main hangkut and letak je kat bahagian penumpang.

sabaik sampai kat airport, baik kau check-in dulu apa2 hal pun. nak berak ke sila tahan dulu. nak2 kalau festaim macam aku.

tu je la pon pengalaman pertama aku and suami and anak2 naik katebang.

sekian.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.
*aku naik flite domestik ye, jadi aku simpulkan ikut pengalaman aku je la.