Monday, 18 November 2013

Amir dan Tajul sekarang kat kampung bercuti sekolah

Minggu ni adelah minggu pertama budak2 skolah start cuti. Amir ngan Tajul pon dah selamat balik kampung dah. tahun ni pun pilihan anak adelah balik Kelantan. sebab kelantan best katanya.

best tu sebab ramai kawan kat sana kalau nak banding dengan kampung Pekan tu, alahaiiii... macam sama je duk KL. sunyi sepi takde budak.

tak macam tahun lepas, hanya Amir je balik kampung. Joe dia kecik lagi masa tu so macam tak harap je kalau dia duk kampung. tapi kemain dulu siap nangis nak ikut abg Amir balik kampung. jadi tahun ni, aku kuatkan semangat bagi jugak la dia merasa keseronokan alam kanak2 dia kat kampung bersama abang dia. walaupun beratttt je rasa nak lepaskan dia. Amir tu lain la dia dah besar. Ni Tajul baru masuk 4 tahun bulan 10 hari tu.

Balik Kelantan hari Jumaat malam. naik bas Transnasional kat Tesco Puchong ke Machang. kami berempat termasuk aku, mek, Amir ngan Joe. Ngan ngan Ammar tinggal KL. aku balik semata-mata nak teman Joe atas bas je. takut la tetiba beli tiket untuk 3 orang tup-tup Joe taknak naik bas kalau aku tak naik sekali. macam tahun lepas tu. dahhh burn duit tiket. tikes bas pun bukan murah sekarang ni. Tiket kanak2 RM36.80. tiket dewasa pulak RM47.60. kalah tiket flite Air Asia kot.

sampai Machang pagi sabtu. awal sampainya. belum pukul 5pagi dah terpacak kat stesen Machang.

sib baik Abe D ngan kak yah sampai tak lama lepas tu.
sampai rumah pukul dalam 5.15 camtu la.

Ahad pagi aku dah balik KL. pun naik bas Trans jugak. dari Machang ke Puchong Tesco. hoi mencabar betul la naik bas kali ni. ada ke patut tiket bas pukul 10.45 pagi. bas sampai kat stesen Machang pukul 11.30 camtu lebih kurang tapi bas gerak pukul lagi seploh minit nak pukul 12 tghari. apakah? kematu vontot dalam tu hokey!

dah gerak lambat, pastu singgah sana sini pick up penumpang, dengan benti solat lagi, campur tolak jam 8.45malam baru sampai Puchong Permai. bas ni dia hantar penumpang di hentian Putra, KL dulu. pastu dia pergi Putrajaya. kendian baru ke Puchong Permai. last baru ke Puchong Tesco. yang aku hanginnya, dah sampai Puchong Permai tu, bas tu tunggu dalam 30minit ambik penumpang baru yang nak balik Kelantan pulak malam tu. dah la bas tu sejukkkk nak mamp. leaking air aircond lagi. sib baik Ngan tu sabarrrr je tunggu aku kat Tesco. kalau tak tak tau la...

lastly sampai la jugak ke rumah jam cun-cun pukul 10.00 malam.

sekarang, kat rumah ni hanya aku, Ngah ngan Ammar je. Joe and Amir kat kampung. siyes sunyi. rinduuuu sangat especially kat Joe.

malam tadi aku call kak yah tanya joe nansig tak. kak yah kata mula tu muka dia macam mendung jugak. pastu ada la bergaduh ngan Amir  berebut tab. lalu merajuk la Joe. dan nangis panggil umii... umi... tapi kak yah kata tak lama pun. kejap je dah ok. pastu masa nak tidur tu Joe macam gelisah je. pastu dia mintak susu and kak yah pun bagi la sebab kesian sangat kat dia. dan lepas minum susu tertidur terus.

oh ya, salah satu sebab aku kuatkan semangat hantar Joe balik kampung tu sebenarnya nak bagi dia tak ketagih minum susu dalam botol susu. kat KL susah aku nak pisahkan dia ngan susu. or at least nak asuh dia minum susu dalam cawan instead of botol susu. kat KL ni bila dia tengok Ammar minum susu pakai botol dia pun nak botol. susah la aku. so, aku dah pesan ngan kak yah, cuba alih perhatian dia dari susu. memang budak ni kalau aktiviti harian dia dipenuhi dengan aktiviti yang fun, macam kat kampung dia kuat main. kawan pun ramai. jarang la duk dalam rumah, selalu kat laman je. jadi dia tak ingat nak susu sangat. aku ada la bekalkan dia sapeket susu ngan botol kot2 dia memerlukan (macam malam yang aku takde tu, so sangat la membantu)

begitu la.

ok aku stop dulu nak sambung kerja. lunch hour was over.

babai


































































Friday, 1 November 2013

Gomo Kelate Gomo!

Tak sabar menunggu.
Menunggu hari Ahad. Menunggu malamnya..
Selalu orang tertunggu malam Jumaat je ye dak? Huhu.. gatal sungguh..
Ahad malam ni perlawanan akhir perlawanan bola sepak merebut piala Malaysia. Pasukan Kelantan kesayanganku bertemu pasukan Pahang. Pahang pun kesayangan gak… kesayangan nombor 2.
Tak sabar nak tengok. Sedih pon ada gak sikit2 sebab pemain kesayanganku Daudsu tak turun. Injert katanya. suka la tengok Daudsu main. Dia antara yang paling kuat lari kejar bola. Paling suka tengok gaya rambutnya tu. Lebat ooo rambut dia. Pemain bola kalau tak rajin kejar and rampas bola dari pihak lawan tu pemalas bagi aku. Daudsu takk, dia rajinnn… J
Apa2 pun mungkin posisi masing2 mengekang pemain dari kejar bola kot. Contoh kalau main di bahagian pertahanan, mesti la kena seboleh mungkin berada berdekatan dengan gawang gol. Kena tolong penjaga gol gittew… walaupun ake tak reti mana pasal posisi dan fungsi pemain masing2, tapi sikit sikit tu tau la jugak. Benda kalau dah minat kan…
Kelantan bertemu Pahang.
Kelantan bertemu Pahang ni bagi aku seperti lawan adik beradik. Tapi aku tetap harap Kelantan menang. Namun andai kata Kelantan kalah, aku masih boleh bertabah kot, sebab kalah ditangan Pahang. Yang aku tak sanggup kalau kalah dengan pasukan ehem ehem tu je. Kalau kalah kat pasukan ehem ehem tu, aku rasa mau aku tak lalu makan barang seminggu dua. Sakit hati punya pasal.
Eh, tapi aku tetappppp mahu Kelantan menang! Gomo Kelate Gomo!!!!!!
Ngah dia kan orang Pahang. Aku pulak Kelantan. Jadi aku ni dah sah-sah la sokong Kelantan. Bila aku Tanya Ngah dia sokong mana, dia kata mesti la sokong Kelantan. Amboiii.. kemain lagi. Aku paksa dia sokong Pahang eh takmo dia. Katanya dia orang Kelantan. Cuma lahir je kat Pekan (sebab mak and abah orang Pekan jadi bila nak beranak je balik Pekan, membesar and sekolah semua di Kelantan). Tetiba mak pulak jadi orang salah sebab balik beranak kat Pekan. Boleh? Huhuhu..
Eh, ok la… aku dah nak siap2 nak balik ni..

Babai..
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.