Friday, 8 February 2013

Toilet Train Dah Berjaya :)

Tajuddin @ Tajul sekarang ni, sejak dah biasa tak pakai pampers di siang hari kan, amboi kemain lagi marah2 aku masa nak pakaikan pampers kat dia malam2 sebelum tido. kemainnnn sangat. sabo je la...

apapun, aku sangat la happy bila dia dah berjaya biasakan diri tanpa pampers. jimattttttt duit apak hang!

cuma tu la, bila nak keluar kemana2 yang ambik masa lama atas keter, terpaksa la jugak paksa dia pakai pampers khenn... hoi hangin terus diaaaa... 'joe tanak!  joe tanak!!!' haishhhh la budak nih..

kat skolah pulak, ada la sehari dua dia terkucil lam suar...

tu masa awal2 je la. hari pertama, kedua, ketiga camtu...
pengasuh citer kat aku, mula2 dorang tanya 'joe, nak kencing tak? lajuuuuu je geleng kepala, tup tup basah suar. TT__________TT

'joe, nak kencing bagitau ye?' pastu terkulat-kulat muka dia langsung takde jawapan. sah! dia nak membuang la tu. lajuuu je pengasuh pimpim dia ke tandas. nasib sempat.

aku cakap ngan pengasuh, kalau boleh, kalau sejam Tajul tak kencing, bawak itu budak pergi tandas dan suruh dia kencing. biar dia biasakan pergi tandas sendiri tanpa di soal2. anak aku tu mungkin dia malu, mungkin dia segan, mungkin dia  takut nak bagitau dia nak kencing...

sehari je pengasuh buat macam aku suruh tu, pastu terus anak aku ok sendiri. asal rasa nak kencing je dia sendiri pegi tandas. budak ni dia hanya perlukan PENGALAMAN PERTAMA sahaja. selagi dia blom try, payah la sikit. kau perlu dedahkan dia dengan pengalaman tu aje. pastu sumer akan jadi mudah.

ok tu je la update yang ntah hapa2... eh, bukan selalu ke entry aku ntah-hapa-hapa? kekeekeke...

babai..





Tuesday, 5 February 2013

kereta rosak lagi :(

antara azam baru aku tahun ni adelah untuk kurangkan ambik cuti. ehem ehem...

tapikannnn...
masukkk je bulan Feb ni dah apply EL. hari sabtu hari tu. gara2 keter tetiba takleh start. huhuhu...
rugi je rasa.
ye la. bangun pepagi.. siap2kan diri sendiri.
pastu siap2kan anak nak hantar taska.
tup2 nak start enjin keter tak hidup...
terpaksa la mesej bos kata EL...
kalau tau baik takyah bangun awal. tidoooooooo je

pagi ni pon keter buat hal lagi.
jenuh aku start takkk idup idup.

agak2 dah fedap, aku cari phone nak call Ngah.
call call tapi tak leh. sebab aittime aku dah habis... pfttt...

pastu aku try gak start balik enjin keter tu. mana la tau kot2 menjadik ke kan. hampeh gak.

jiran aku Yus a.k.a suami Ija menjengok. lalu offer nak bantu.
tapi tak berjaya jugak, almaklum la dia bukan mekanik, lagikan keter dia pon laki aku yang tolong tengokkan. huhuhu.. ye la, dia kerje bukan bidang keter, lain la Ngah.

mungkin agaknya tak sampai hati kot tengok aku terhegeh2 bukak bonet keter macamkan aku pandai sangat kahkahkah... apa pon tak vley..


Yus  tau kot aku tak dapek nak kontek Ngah, lalu dia pon dialkan pakai handphone dia.
pastu pass kat aku. timer kasih la Yus...

cakap lebih kurang ngan Ngah. Ngah kata nak balik kejap. ok setel.

Yus ajak Tajul naik motor ngan dia, konon nak hantarkan sekali ke taska la. anak dia Hafiz pon skolah kat taska yang sama.

tajul??  mana la dia nakkk. terus lari menyusup ke dapur. takut sangat orang tangkap dia.

sambil tunggu Ngah, baik cari breakfast dulu.
angkut Ammar ngan Tajul naik motor. merempit ke foodcoutr BK4. beli nasi kerabu ngan laksam.
balik2 tengok Ngah dah sampai. ngan sorang kawan dia. cepat betul?

godek punya godek pon tetapla tak idup keter tu. mungkin nak kena tukar seketul bateri tu kot. atau mungkin ada benda lain rosak selain bateri ke, ntah la. almaklum keter tu sebenarnya dah boleh masuk muzium pon wakakakakaka...

so, itu je la kisah sendu di pagi hari ku.